TAG - Liga Super 2021, Penang FC Champion ,EPL, Messi, Ronaldo,Covid-19
nuffnang
04 November 2013
Kelantan Tumbang 1 - 0
Harapan menggunung penyokong Kelantan yang sanggup datang dari Kelantan sejak awal pagi yang berkampung di Shah Alam gagal menyuntik kemaraan kelantan apabila tewas 0-1 kepada pasukan Tok Gajah ( Pahang ).
The Red Warrior merupakan pasukan yang diramalkan menang oleh semua jurulatih Malaysia kerana rekod kecemerlangan dan di barisi oleh pemain muda tidak mampu menyekat kehebatan Pahang yang bermain cukup baik walaupun padang basah.
Komen dari Bojan Hodak yang berbunyi " Padang basah dan pengadil yang kurang peka " amat tidak masuk akal bagi saya. Seperti ATM bertemu Kelantan, pengadil juga yang menyebabkan ATM tewas disebabkan gol pertama sepatutnya batal atas sebab kaki yang melebihi kepala oleh pemain kelantan. Jadi tidak perlu mempertikaikan pengadil kerana situasi sama telah berlaku. Biasa lah kalau pasukan dah kalah , pelbagai alasan akan di berikan.
Seperti ulasan Editor Majalah kakisukan, Kelantan yang sepatutnya mendominasi perlawanan semalam disebabkan mereka merupakan pemain yang banyak pengalaman berada di pentas final dan juga terlibat dengan AFC maka tidak perlulah merungut padang basah. Adalah tidak adil menyalahkan padang atau hujan kerana Pahang juga bermain di atas padang yang sama sehingga mampu menjaringkan gol.
Rata-rata penyokong Kelantan amat kecewa diatas prestasi dan persembahan pasukan Kelantan yang dilihat cukup caca merba seawal 20 minit permainan separuh masa pertama. Tetapi agak berbeza dengan pemain Pahang yang cukup cemerlang dari awal permainan sehingga wisel penamat. Taktikal " Men to men marking" oleh Pahang amat-amat di puji sehingga Indraputra langsung gagal bergerak. Hodak akan meninggalkan Kelantan musim depan dengan penuh sayu akibat misi beliau gagal.
Inilah perlawanan bolasepak , sesiapa sahaja boleh menang atau kalah kalau leka. Tahniah buat Pahang yang berjaya meleraikan penantian selama 21 tahun Pahang untuk menjulang sebuah Piala berprestij negara. Tahniah kepada Dollah Salleh yang berjaya membawa Pahang ke mercu kejayaan, walaupun pada awal saingan Pahang hanya di anggap pasukan "Underdog", namun semangat pemain Pahang yang bangkit semula tanpa mengenal erti jemu berjaya menghasilkan sebuah impian menjadi kenyataan apabila berjaya menjulang Piala Malaysia edisi 2013.
ANDA INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM , DAPATKAN EBOOK DISINI PANDUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment