})();

nuffnang

10 March 2013

Dato LCW ke final

                                             

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah menempah tempat ke saingan akhir All England selepas meraih kemenangan 22-20 21-8 menundukkan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk pada separuh akhir, semalam.

Seandainya Chong Wei memenangi perlawanan akhir hari ini ia akan menjadi gelaran ketiganya dalam kejohanan itu selepas 2011 dan 2010.

Pada perlawanan semalam, Chong Wei hanya memerlukan 33 minit untuk menundukkan lawan tidak ternama itu meskipun Tanongsak cuba untuk memberikan saingan pada set pertama.

Bagaimanapun, pada set kedua, Tanongsak akhirnya terpaksa akur dengan ketangkasan Chong Wei yang tidak memberikan ruang untuk pemain Thailand itu menambah mata hingga tamat perlawanan.

Kata Chong Wei kemenangan tersebut menaikan semangatnya untuk mendapatkan gelaran pada All England kali ini.

"Selalu orang asyik cakap tentang All England dan ini juga adalah sebahagian daripada tumpuan saya untuk tahun ini.

"Semua ini juga adalah hasil latihan kuat saya selama ini," kata Chong Wei.
Pada saingan akhir hari ini pemain pilihan utama kejohanan itu dijadual menentang pemenang antara Cheng Long dari China atau pemain Denmark, Jan O Jorgensen.

Keputusan separuh akhir lain setakat tengah malam semalam menyaksikan pemain perseorangan wanita Thailand, Intanon Ratchanok mara ke saingan akhir selepas meraih kemenangan 21-15 21-19 menewaskan Saina Nehwal dari India.

Sementara, dalam acara beregu lelaki Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun menewaskan pasangan Thailand, Maneepong Jongjit-Nipitphon Puangpuapech dengan keputusan 22-20 21-15.

Perlawanan akhir hari ini akan menyaksikan pasangan beregu Jepun itu akan menentang gandingan dari China, Xiaolong Liu-Zihan Qiu yang meraih kemenangan 21-12 13-21 21-17 pada saingan separuh akhir ke atas Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia. - Utusan

No comments:

Post a Comment