})();

nuffnang

10 March 2013

Anak Wira Negara Dapat Perhatian


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara bersetuju menyumbang RM5,000 kepada pemain muda berbakat besar Hazreq Zafri Sabaruddin yang telah kehilangan bapanya akibat terkorban dalam serangan penceroboh di Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, sumbangan tersebut adalah untuk meringankan beban keluarga Hazreq yang juga salah seorang pemain dalam program MyKids Soccer di Perak.

Bapa Hazreq, Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud adalah antara lapan anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban sewaktu serangan penceroboh.

"Kami dapat lihat Hazreq mempunyai potensi yang besar sejak bersama dalam program kami ini dan ini juga adalah sokongan kami buat Hazreq untuk terus tabah dan cemerlang dalam sukan bola sepak.

"Dalam masa yang sama juga saya ingin mengumumkan bahawa program MyKids Soccer ini bakal diperluaskan lagi daripada 14 buah pusat latihan kepada 30 kesemuanya yang turut melibatkan penambahan jurulatih dan pelatih," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut di sini, semalam.

Dalam pada itu, Razali memberitahu jawatankuasa turut bersetuju untuk membiayai sebahagian daripada kos persediaan skuad kebangsaan untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, hujung tahun ini.

"Bantuan diberikan dalam bentuk geran namun jumlah tersebut tidaklah sebanyak perbelanjaan FAM untuk pasukan kebangsaan.

"Perbelanjaan ini melibatkan pendedahan dan persiapan pasukan untuk menghadapi Sukan SEA bermula dari sekarang," kata Razali.- Utusan

No comments:

Post a Comment