})();

nuffnang

24 December 2012

Malaysia Benam Jepun


KUALA LUMPUR - Skuad hoki kebangsaan memulakan saingan Kejuaraan Hoki Trofi Asia 2012 di Doha dengan langkah kanan apabila garang menundukkan Jepun 4-1 pada perlawanan pembuka tirai, semalam.


Pengurus pasukan kebangsaan, Mohamad Saberi Salleh berkata, kemenangan tersebut adalah permulaan baik buat Malaysia pada kejuaraan tersebut.


Malah, Mohamad Saberi turut memberitahu, skuad kebangsaan yang berada di bawah bimbingan jurulatih dari Afrika Selatan, Paul Revington menguasai hampir keseluruhan perlawanan itu.


"Saya dapat lihat pemain di setiap posisi beraksi pada tahap yang membanggakan dan melaksanakan tugas dengan baik.


"Saya harap pemain dapat meneruskan prestasi sebegini bagi setiap perlawanan yang bakal dihadapi selepas ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.


Pasukan kebangsaan yang beraksi dalam cuaca 18 darjah Celsius pada perlawanan semalam tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan apabila meledak gol pertama melalui Tengku Ahmad Tajuddin Abd. Jalil seawal minit ketiga sebelum jaringan kedua oleh penyerang berbisa negara Faizal Saari minit ke-17.


Malaysia terus menambah derita Jepun apabila meledak dua lagi gol pada minit ke-32 melalui Hafifihafiz Hanafi dan Muhammad Razie Abd. Rahim minit ke-58 untuk menguasai perlawanan.


Gol tunggal Jepun diperolehi hasil jaringan Tachibana minit ke-65.


Hari ini Malaysia yang berada pada ranking ke-13 dunia dijadual menentang pasukan ke-36 dunia, Oman untuk perlawanan kedua. - Utusan Melaysia

23 December 2012

16 Pasukan Terbaik Liga Juara-Juara Eropah

JADUAL UNDIAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH 16 PASUKAN TERHEBAT


Berikut adalah senarai pasukan yang bertandingan dalam 16 pasukan yang masih tinggal untuk menghadapi saingan Juara-juara Eropah. Turut disertakan jadual perlawanan mengikut undian perlawanan yang bakal berlangsung bermula dari 14 Februari 2012.
























Datuk Nicol Buru Juara


KUALA LUMPUR - Datuk Nicol David di ambang kejayaan merangkul mahkota skuasy Wanita Terbuka Dunia ketujuhnya selepas menempah tempat ke perlawanan akhir bertemu pemain No. 3 dunia, Laura Massaro dari England di Kepulauan Cayman, semalam.


Kemaraan tersebut bermakna pemain No. 1 dunia itu bakal tampil pada final ketujuh dalam lapan tahun, satu rekod baharu bagi kejohanan yang mempunyai sejarah sejak 1976 itu.


Pada separuh akhir, Nicol sekali lagi mengaibkan Jenny Duncalf iaitu lawan yang ditewaskan dengan mudah pada final di Belanda tahun lalu.


Nicol memerlukan hanya 37 minit untuk mengetepikan Duncalf dalam straight set 11-7, 11-4, 11-2.


Set pembukaan berlangsung sengit menyaksikan Nicol memimpin perlawanan dengan jurang rapat 5-4 dan 8-7 sebelum meningkatkan rentaknya untuk memungut tiga mata berturut-turut dan memenanginya.


Dua set berikutnya jelas milik Nicol tatkala lawannya, Duncalf mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan.


"Jenny mempamerkan beberapa pukulan hebat di permulaan, saya tidak dapat menjangka di mana hala tuju bola sementara diri saya pula gagal bermain seperti kebiasaannya.


"Saya terpaksa meningkatkan tahap permainan untuk cuba menyaingi Jenny, mujur saya berjaya mengawal kembali permainan pada penghujung set pertama dan membina keyakinan untuk set seterusnya," kata Nicol.


Mengenai final dan pertembungan dengan Massaro yang pernah menewaskannya dua kali tahun lalu, jelasnya: "Perasaan saya sungguh menakjubkan untuk beraksi dalam satu lagi final di sini (Kepulauan Cayman), lebih lebih lagi Terbuka Dunia!.


"Laura dan saya masing-masing sedar kami perlu bermain jauh lebih baik untuk esok, pertarungan kami berdua patut sengit."


Massaro mengecapi final pertamanya setelah mengerah segala kudrat untuk membenam pemain No. 2 dunia, Raneem El Weleily dari Mesir 5-11, 11-9, 12-14, 11-4, 13-11 dalam tempoh 69 minit.

Kedua-dua pemain pernah bertemu sembilan kali tetapi rekod memihak Nicol dengan kelebihan 7-2. -Utusan

10 December 2012

Manchester United Menang Lagi


ENGLAND 9 DIS. - Jaringan lewat penyerang Belanda Robin Van Persie menjadi penyelamat buat Manchester United untuk meraih kemenangan ke atas Manchester City 3-2 di Stadium Etihad dalam saingan Liga Perdana Inggeris, lewat malam tadi.


Malah kemenangan tersebut juga memboleh skuad bimbingan Alex Ferguson itu terus kekal sebagai pendahulu liga dengan 39 mata selepas 16 perlawanan setakat ini mengatasi City di tangga kedua menerusi kelebihan enam mata.

Pada perlawanan semalam penyerang sensasi England, Wayne Rooney terlebih dahulu meledak dua gol awal pada minit ke-16 dan ke-29 sebelum penjaring terbanyak liga musim lalu Van Persie menjaringkan gol kemenangan ketika masa kecederaan.


Manakala dua gol City diraih melalui Yaya Toure minit ke-60 dan Pablo Zabaleta minit ke-80. - UTUSAN

Tugas Getir Menanti Harimau Malaya


KUALA LUMPUR - Harimau Malaya berdepan tugas berat pada separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Supachalasai, Bangkok Khamis ini apabila membenarkan Thailand bangkit untuk seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 belum cukup buat Malaysia muncul sebagai pemenang apabila penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda memadamkan kelebihan yang dimiliki skuad Datuk K. Rajagobal pada minit ke-79.


Dengan satu jaringan yang dicuri oleh Thailand di sini, semalam, Harimau Malaya perlu menang atau sekurang-kurangnya seri dengan keputusan melebihi dua gol di Bangkok.
Harimau Malaya seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana permainan yang dipamerkan semalam sebenarnya menunjukkan kita mampu menjinakkan Thailand.


Namun penyudah tumpul sekali lagi menyebabkan beberapa peluang gol terbaik terlepas begitu sahaja selain kecekapan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Seperti yang dijanjikan, Rajagobal melakukan rombakan dengan formasi 4-5-1 dengan Norshahrul selaku penyerang tunggal.


Penyokong hampir berpesta apabila menyangka Azamuddin Akil mampu memanfaatkan hantaran silang Bunyamin Umar pada minit ke-19, namun pemain Pahang itu ofsaid.


Penjaga gol Thailand. Kawin Thamsatchanan bertungkus lumus apabila beberapa kali terpaksa menyelamatkan percubaan berbahaya Malaysia khususnya sepakan percuma ketua pasukan, Safiq Rahim.


Gol yang dinanti-nantikan akhirnya menjelma, bermula dengan hantaran lintang Mahalli Jasuli pada minit ke-48 dan ditanduk dengan penuh bergaya oleh Norshahrul, yang merupakan gol peribadi pertama dalam Piala Suzuki AFF 2012.


Namun perubahan oleh Rajagobal pada minit ke-73 dengan membawa masuk S. Kunanlan dan Safee Sali membawa padah apabila Malaysia kehilangan cengkaman pada bahagian tengah untuk Thailand mengambil kesempatan.


Berpunca daripada satu hantaran silang, Teerasil melonjak tinggi menyambut hantaran itu untuk mendiamkan penyokong Harimau Malaya.

Perlawanan kecoh seketika apabila jurulatih Thailand, Winfried Schafer yang sering membantah keputusan pengadil dari Iran, Torki Mohsen Ramezanali diarah meninggalkan tempat duduk pemain pada minit ke-81.- Utusan

09 December 2012



DEBARAN saingan Piala AFF Suzuki 2012 kian terasa terutama kepada empat pasukan yang melayakkan diri ke slot separuh akhir tahun ini.



Skuad Harimau Malaya yang menerima sokongan padu penyokong tempatan, tewas mengejut 3-0 ditangan Singapura sebelum membaham Laos (4-1) dan Indonesia (2-0) untuk mara ke Stadium Bukit Jalil bertemu Thailand pada 9 Disember ini.


Juara bertahan ini kemudian bertandang ke Stadium Supachalasai, Bangkok bagi aksi timbal balik empat hari kemudian.


Manakala bekas juara, Singapura bertemu pasukan meningkat naik, Filipina 8 Disember di Stadium Rizal Memorial sebelum menjadi tuan rumah pada 12 Disember di Stadium Jalan Besar.


Pasukan paling mencuri tumpuan dalam kejohanan ini adalah Malaysia. Apa tidaknya, gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan persahabatan tidak mencerminkan perwatakan sebenar skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu.


Buktinya, mereka kecundang 3-0 kepada Singapura aksi pembuka tirai Kumpulan B. Namun, kembali mengaum sehingga dua jaringan menerusi Azamuddin Akil dan Mahalli Jasuli menghantar pulang pasukan Garuda pada kempen kali ini.


Kini, hanya berbaki 180 minit untuk disudahkan pasukan Harimau Malaya dalam usaha melangkah ke pentas final buat kali ketiga sejak pertama kali pada 1996.


Pendek kata, memenangi kejuaraan adalah mudah berbanding mempertahan gelaran.


Hanya pasukan beraksi baik akan dimahkotakan sebagai 'Raja Asia Tenggara' edisi kesembilan dan Malaysia tidak terkecuali jika berjaya mengekalkan gelaran yang dirampas daripada pasukan Vietnam dua tahun lalu.







03 December 2012

Nama Pasukan Dalam Liga EPL ( BARCLAYS)

Senarai Nama Pasukan Yang Bertanding Dalam English Premier League Musim 2012 - 2013



    1. Manchester United
    2. Manchester City
    3. Chelsea
    4. Tottenham
    5. West Brom
    6. Everton
    7. Swansea
    8. Wesham
    9. Stoke
    10. Arsenal
    11. Liverpool
    12. Norwich
    13. Fulham
    14. New Castle
    15. Wigan
    16. Aston Villa
    17. Sunderland
    18. Southampton
    19. Reading
    20. QPR

BARCLAYS premier League ( Jadual Perlawanan )


TARIKH/HARI                                         MASA               PASUKAN                                  STADIUM



Isnin 3hb Disember 2012                    20.00         Newcastle Vs Wigan                     St James' Park
  

Saturday 8 December 2012               15:00           Arsenal v West Brom                     Emirates Stadium


                                                                  15:00         Aston Villa v Stoke                          Villa Park


                                                                 15:00         Southampton v Reading               St. Mary's Stadium


                                                                 15:00         Sunderland v Chelsea                  Stadium of Light


                                                                 15:00         Swansea v Norwich                       Liberty Stadium


                                                                15:00           Wigan v QPR                                  The DW Stadium
Sunday 9 December 2012                13:30             Man City v Man Utd                                    Etihad Stadium
This fixture was previously scheduled on Saturday 8 December 2012 at 23:00 but was rescheduled due to live broadcasting on Sky Sports

                                                              15:00              Everton v Tottenham                    Goodison Park

This fixture was previously scheduled on Saturday 8 December 2012 at 23:00 but was rescheduled due to Tottenham's participation in the Europa League the preceding Thursday

                                                             16:00               West Ham v Liverpool                  Upton Park

Monday 10 December 2012           20:00               Fulham v Newcastle                    Craven Cottage


Tuesday 11 December 2012         19:45              Sunderland v Reading                  Stadium of Light


Saturday 15 December 2012         12:45              Newcastle v Man City                    St James' Park

This fixture was previously scheduled on Saturday 15 December 2012 at 23:00 but was rescheduled due to live broadcasting on Sky Sports 



                                                             15:00              Liverpool v Aston                           Villa Anfield

                                                             15:00              Man Utd v Sunderland                 Old Trafford

                                                             15:00             Norwich v Wigan                            Carrow Road

                                                             15:00             QPR v Fulham                                Loftus Road Stadium

                                                             15:00             Stoke v Everton                              Britannia Stadium



Sunday 16 December 2012           13:30             Tottenham v Swansea                 White Hart Lane

This fixture was previously scheduled on Saturday 15 December 2012 at 23:00 but was rescheduled due to live broadcasting on Sky Sports

                                                            16:00              West Brom v West Ham              The Hawthorns

This fixture was previously scheduled on Saturday 15 December 2012 at 23:00 but was rescheduled due to live broadcasting




Bowling - Juara Dunia Malaysia Pertama



SYAFIQ Ridhwan mengucup trofi kejohanan boling Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland setelah muncul juara kelmarin.

KUALA LUMPUR - Sambutan wira menanti jaguh boling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek apabila dia menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pagi ini.


Kejayaan pemain tinggi lampai berusia 26 tahun itu menjulang Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, kelmarin yang melengkapkan koleksi gelaran utama di peringkat antarabangsa untuk Malaysia.


Malaysia pernah mengecapi kejayaan dalam semua saingan peringkat tertinggi termasuk Kejohanan Dunia, namun tidak Piala Dunia, pertandingan individu yang mempunyai sejarah penganjuran sejak 1965, menjadi satu-satunya gelaran tidak terjangkau oleh mana-mana pemain kita sebelum Syafiq menamatkan penantian kita melalui edisi kali ini.


Tiada pemain negara pernah merangkul gelaran berprestij itu dengan Michael Chuah paling hampir melakukannya apabila dia muncul naib juara pada 1983 di Mexico City.


Ini diikuti Shalin Zulkifli, juga berpuas hati sebagai kedua terbaik di Belfast, Ireland Utara pada 1996 dan terbaru Zulmazran Zulkifli meraih tempat ketiga pada 2008 di Hermosillo, Mexico.


Untuk memenangi Piala Dunia bukan perkara mudah, malah jauh lebih rumit berbanding menggondol emas dalam Kejohanan Dunia.


Untuk layak bergelar juara, seseorang pemain itu tiada pilihan melainkan menghayun konsisten dari pusingan kelayakan lagi kerana jumlah jatuhan pin akan dibawa bersama ke peringkat lanjut.


Syafiq telah mengharungi cabaran 39 game dalam tempoh enam hari, bermula dengan 20 game di pusingan kelayakkan yang menampilkan 82 pemain, sebelum dikurangkan kepada 24 pemain (lapan game), suku akhir (lapan pemain bertarung lapan game secara round robin) sebelum mara ke peringkat stepladder (tiga pemain terbaik) yang dilangsungkan dalam format best of three.


Dua halangan terakhir menyaksikan Syafiq menumbangkan bintang pro PBA Amerika dari Colombia, Andres Gomez 2-1 (234-236, 224-201, 258-218), disusuli kemenangan ke atas penyandang juara remaja dunia dari Amerika Syarikat, Marshall Kent 2-0 (236-225, 237-221).


"Sebaik saya melangkah ke final, firasat saya memberitahu, saya akan merangkul kejuaraan ini.


"Sudah seminggu saya bertarung, saya tidak sanggup tercicir, saya bertekad tidak membiarkan prestasi memberangsangkan sepanjang minggu dirosakkan begitu sahaja, lebih-lebih lagi pada saat getir.


"Saya kerap mengingatkan diri bahawa saya kena menangi. Ia bukannya tekanan, sebaliknya merupakan motivasi untuk membakar semangat saya," kata Syafiq.


Jurulatih skuad kebangsaan, Holloway Cheah turut gembira dengan kejayaan Syafiq.


"Detik yang cukup istimewa, kita akhirnya menang Piala Dunia boling. Syafiq sangat hebat sepanjang minggu ini, begitu juga Sin Li Jane, yang turut membanggakan menduduki tempat kelima keseluruhan dalam saingan wanita," katanya. - Utusan

AFC Cup - Jadual Perlawanan

Jadual Perlawanan Piala AFC 2012


Sabtu, 8 Disember, 2012                                     Phillipines 00:00 Singapore



Ahad, 9 Disember, 2012                                       Malaysia 20:45 Thailand



Rabu, 12 Disember, 2012                                   Singapore 00:00 Phillipines



Khamis, 13 Disember, 2012                               Thailand 00:00 Malaysia



Rabu, 19 Disember, 2012                                    Pemenang 1 00:00 Pemenang 2
________________________________________________________________________________________
Kumpulan A

Pasukan                                                   P  W  D  L  F  A  GD  Pts                                                           

Thailand                                                    3  3   0   0  9  2   7     9

Phillipines                                                3   2   0 1   4   2   2    6

Vietnam                                                    3    0  1   2  2   5  -3   1

Myanmar                                                  3    0   1   2  1  7  -6   1

Senarai Pemain Arsenal Pujaan Anda









Wojciech Szczesny






02 December 2012

Team Utama Manchester United Musim Liga 2012-2013

Lihat dan saksikan wajah pemain pujaan anda bagi musim Liga Premier English 2012 - 2013 untuk Pasukan Manchester United...


PENGURUS






Jersey Idaman Peminat Manchester United

Pastinya anda akan teruja melihat Jersey yang serba menarik di bawah....







01 December 2012

Indonesia Tewas 2 - 0

Salam dan selamat malam buat peminat bola sepak Malaysia yang teramat fanatiknya..termasuk lah saya sendiri yang ternanti-nanti perlawanan yang amat hebat iaitu Malaysia VS Indonesia yang berakhir dengan kemenangan bergaya Malaysia 2 - 0 ...



Buat peminat Malaysia yang kaki kutuk setiap masa ..insaflah bak kata pengulas sukan sebentar tadi , terdapat kutukkan yang agak pedas di laman sosial sehingga ada yang terasa teramat sangat...sedarlah dan insaflah yang anda berpijak dan masih rakyat Malaysia...



Apa pun saya nak ucapkan tahniah kepada semua pemain Harimau Malaya yang nampak cara permainan sangat-sangat cemerlang dan bersungguh-sungguh dan terutamanya Penjaga Gawang Malaysia walaupun masih muda tetapi cukup hebat....saya cadangkan kepada Rajagopal kekalkan kesemua pemain yang sedia ada sekarang untuk terus maju ke akhir....permainan malam ini memangnya cukup hebat dari semua posisi yang cukup baik terutama pertahanan, walaupun separuh masa kedua.

Syabas Malaysia..