Peminat Skuad The Red Warrior Dari Pantai Timur Sudah Boleh Tarik Nafas Lega.
Kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sejak sekian lama sudah mengakhiri ceritanya semalam apabila Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Ismail Md Noor menegaskan "tutup cerita tarik diri, kita buka cerita baru dan Kelantan kekal dalam saingan Liga Super (Liga M) 2017" kepada wartawan semalam di Kota Bharu.
Pengumuman itu amat melegakan para penyokong skuad The Red Warriors (TRW) selepas badan induk itu sebelum ini kekal dengan menarik diri ekoran masalah kewangan yang sangat kritikal.
Menurutnya mereka juga menerima talian hayat berserta sumbangan dana berjumlah RM6 juta daripada dua buah syarikat yang dipengerusikan oleh Annuar iaitu Al Hamra Group dan syarikat telekomunikasi RedOne.
"Al Hamra sudah pun membuat pendahuluan berjumlah RM3 juta bagi membolehkan TRW menyempurnakan salah satu syarat di tetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu mendaftarkan pasukan pada November lalu.
"Manakala RedOne pula telah bersetuju untuk memberikan jumlah yang sama bagi menampung perbelanjaan pasukan buat sementara waktu, sebelum mendapat penajaan dari lain-lain penaja.
"Melalui bantuan ini Annuar akan bertindak sebagai penaja utama TRW musim 2017," kata Ismail pada sidang media yang turut dihadiri oleh Annuar.
Tambahnya lagi tindakan yang dilakukan oleh Annuar itu amat melegakan barisan kepimpinan KAFA selepas berusaha keras mendapatkan dana bagi memastikan TRW kekal dalam Liga M.
Beliau mewakili seluruh badan induk itu merakamkan ucapan terima kasih kepada Annuar kerana sudi tampil membantu KAFA.
"KAFA juga berterima kasih kepada Kerajaan PAS Kelantan kerana turut sama membantu menerusi jawatankuasa teknikal yang sudah dibentuk,"ujarnya lagi.
Dan KAFA juga telah bersetuju dengan cadangan Annuar supaya mendaftarkan 23 pemain tempatan termasuk seorang import bagi memastikan Kelantan kekal bersaing dalam Liga Super.
Katanya lagi, KAFA telah menyelesaikan pendaftaran tersebut semalam yang merupakan tarikh akhir pendaftaran pemain tempatan.
No comments:
Post a Comment