Pada babak pertama permainan, tuan rumah berjaya meledak lima gol melalui Diouf minit ke-22 dan 26, Walters (30’), Adam (41’), dan N’Zonzi (45’).
Manakala gol saguhati Liverpool dijaringkan oleh kapten Steven Gerrard pada minit ke-70 sekaligus melengkapkan gol peribadinya yang ke-120 dalam aksi EPL sebelum Peter Crouch menambah gol keenam Stoke minit ke-86.
Pastinya perlawanan akhir ini bukan kenangan manis buat Gerrard yang bakal berhijrah ke LA Galaxy musim depan.
Sementara itu, pemain tinggi lampai Stoke, Crouch mencatat rekod 47 gol melalui tandukan, melebihi rekod pemain-pemain lain.
Selain itu, kali terakhir Liverpool tewas lebih daripada lima gol pada tahun 1963 kepada Tottenham dengan keputusan 7-2. The Reds menamatkan saingan musim ini di tangga ke-6.
Anak buah Brendan Rodgers ini bakal berdepan dengan aksi kelayakan Liga Europa pada 30 Julai ini.

No comments:
Post a Comment