})();

nuffnang

19 November 2014

Teguran TMJ Pada FAM

‘NYAWA’ skuad bola sepak Malaysia masih boleh diselamatkan jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berani melakukan perubahan ke atas pengurusan pasukan Harimau Malaya.
Demikian mesej ringkas Penasihat kepada Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengenai perkembangan pasukan kebangsaan yang bakal bertarung pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, Ahad ini....
Menurut Tunku Ismail, kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad negara dalam beberapa siri perlawanan persahabatan kebelakangan ini berpunca daripada sikap acuh tidak acuh pihak pengurusan yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
“Saya rasa kelemahan dimiliki pasukan kebangsaan boleh diperbaiki dengan mengubah sepenuhnya pengurusan pasukan. Kemudian (baharu) kita boleh memperbaiki prestasi pasukan.
“Negara kita mempunyai ramai pemain yang berbakat. Malah Dollah (Salleh) sendiri merupakan jurulatih yang bagus dan berpengalaman, tetapi (kemampuan) beliau amat terhad. Kita perlukan kepakaran dan bantuan kejurulatihan dari luar untuk membantu Dollah,” titah baginda dalam satu sidang akhbar di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin Johor Bahru semalam.
Tunku Ismail bertitah, pasukan kebangsaan perlu mempunyai pengurusan yang profesional di mana setiap anggota jawatankuasanya memberi sepenuh komitmen dan memainkan peranan masing-masing tanpa memikirkan kepentingan peribadi.
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Speak Negeri Johor (PBNJ) turut mempersoalkan kredibilit presiden-presiden persatuan bola sepak negeri yang sepatutnya berani menyuarakan pandangan dan idea mereka sekiranya benar-benar komited serta sayangkan bola sepak Malaysia.
“Adakah individu-individu yang berkhidmat dalam FAM merupakan orang yang betul-betul komited atau pun memegang jawatan tersebut sekadar untuk kepentingan tertentu sahaja?

“Seharusnya, orang yang memegang jawatan ini harus memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan. Jangan hanya memegang jawatan sekadar memenuhi syarat. Begitu juga dengan presiden persatuan bola sepak negeri, kenapa hanya saya sahaja yang bersuara?,” titahnya lagi.
Beliau turut menasihatkan Presiden FAM.... Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya melantik individu yang benar-benar komited membangunkan bola sepak negara dalam FAM.
“Sebuah organisasi bola sepak perlu diuruskan oleh individu profesional yang memahami struktur sukan bola sepak dan boleh menjalankan tugas serta menyumbang bakti, bukannya hanya tahu sekadar bercakap sahaja.
“Saya yakin Tengku Abdullah amat komited dalam memajukan bola sepak kita, tetapi dia perlu melantik orang yang boleh menjalankan kerja bagi membantunya, bukan mereka yang hanya mahu mengaut populariti serta keuntungan sahaja” titah baginda lagi.

No comments:

Post a Comment