})();

nuffnang

24 August 2014

Piala Malaysia 2014

     Saingan Liga tempatan telah pun berakhir dengan pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) muncul selaku pasukan juara Liga Super 2014 manakala pasukan PDRM FA pula muncul juara saingan Liga Premier 2014. Kini setiap pasukan akan menumpukan perhatian melakukan persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia 2014 yang dijadualkan berlangsung selepas bulan puasa ini. Saingan tahun ini pastinya sengit dengan pasukan juara bertahan, Pahang pastinya akan sedaya upaya mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu.

Namun begitu saingan pasukan lain tidak boleh dipandang ringan oleh pasukan Pahang. Saingan Piala Malaysia musim ini akan menyaksikan 11 pasukan Liga Super 2014 serta 5 pasukan Liga Premier layak ke undian peringkat kumpulan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai 2014 akan datang. 10 pasukan Liga Super dan 4 pasukan Liga Premier layak secara automatik manakala 2 lagi pasukan ditentukan oleh saingan play-off. Saingan Piala Malaysia 2014 menyaksikan pasukan PKNS FC dan Negeri Sembilan gagal ke saingan Piala Malaysia berikutan kekalahan kepada pasukan JDT II dan T-Team. Berikut adalah 16 pasukan yang akan bersaingan dalam Piala Malaysia 2014 YANG TELAH PUN BERLANGSUNG KINI...     

                                Piala Malaysia

     
                                  16 PASUKAN YANG LAYAK KE PIALA MALAYSIA 2014


No comments:

Post a Comment