Seorang rakan menulis dalam FB" Lupakan politik Malaysia yang kacau bilau dan membuatkan kita meluat, Pergi bersantai menonton Ola Bola membuatkan kita lebih menyanyangi dan lebih menghargai menjadi rakyat Malaysia".
Amat payah nak lihat filem Malaysia yang boleh menyentuh emosi penonton kebelakangan ini. Tetapi Ola Bola mampu membuat penonton menangis. Inilah naskah yang bersifat Malaysia sepenuhnya. TANPA MEMBEZAKAN WARNA KULIT ATAU BAHASA PERBUALAN SEHARIAN. Ola Bola menyatukan semua kaum . 5 bintang saya berikan.
Amat jarang kita lihat dimana mana fn memberi 5 bintang untuk sesebuah filem apatah lagi yang menulis bukan kaki bola jauh sekali pernah ke Stadium.
Ola Bola mengisahkan perjuangan pasukan bola sepak Malaysia era 80an memburu tempat ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Filem ini mengembalikan nostalgia bagaimana pasukan Negara menewaskan Korea Selatan dalam satu perlawanan yang mendebarkan..
Gol kemenangan pasukan negara yang dijaringkan oleh penyerang James Wong hasil lorongan pemain sayap kiri Hassan Sani akan kekal sampai bila bila dalam ingatan seorang kenalan saya kerana beliau merupakan peminat bola sepak dan beliau berada di Stadium ketika perlawanan itu.
Setelah sekian lama disajikan dengan tema cinta terhalang, cinta tak kesampaian, anak derhaka menjadi kaya, gengster gaduh, mat rempit, Ola Bola wajar diberi pujian kerana mengetegahkan satu tema perpaduan, perjuangan, semangat kerjasama sejati bagi mencapai kejayaan dalam bidang sukan demi Malaysia.
Sebak dan terharu melihat semangat perjuangan tak berbelah bahagi para pemain dalam pasukan Kebangsaan ketika itu.
Lihat saja ketika mereka dibawa menaiki Helikopter untuk ke stadium menjalani latihan intensif akhir, pasti sesiapa sahaja akan sebak mendengar lagu Inilah Barisan Kita. Lagu yang sama terus berkumandang di Stadium Merdeka pada malam perlawanan tersebut.
Ola Bola menceritakan kehidupan seharian rakyat Malaysia pelbagai keturunan ketika itu. FILEM INI TURUT MENGANGKAT TEMA PERSAHABATAN, PERJUANGAN PENUH RANJAU, KEKELUARGAAN DAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA.
Chow Kwok Keong, Ahmad Ali, Muthu Kumar, Eric Yong, Ong Tiam Chai dan Muhammad Abu adalah watak watak dalam Ola Bola yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza.....
Filem ini benar benar memaparkan semangat 1Malaysia. Para pelakun pelbagai keturunan bercakap dalam bahasa ibunda masing masing tetapi berkongsi tetapi berkongsi satu matlamat iaitu memastikan Malaysia layak beraksi di Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980.
Filem ini memberi mesej yang cukup jelas, selagi kita bersatu dan bekerjasama apa sahaja mampu kita miliki.
Sukan khususnya bolasepak dilihat mampu menyatupadukan pelbagai masyarakat Malaysia....oleh itu sama sama kita berjuang untuk bolasepak Negara......
JOM NONTON OLA BOLA DI PAWAGAM