})();

07 May 2016

PKNS Tak Gentar Johor Darul Ta'zim

E.Elavarasan Tidak Pandang Hebat JDT Dan Sekadar Pasukan Bola Sepak Biasa Liga Malaysia

Pengendali PKNS FC E.Elavarasan menasihati anak buahnya agar tidak gentar dengan JDT dan tidak sehebat mana menjelang aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam 14 Mei ini.

Beliau mahu anak-anak buahnya beraksi seperti biasa berdepan reputasi johan Piala AFC yang mempunyai segalanya diatas kertas dan di padang.

PKNS juga perlu mempunyai keyakinan yang tinggi susulan layak ke final atas usaha dan keupayaan sendiri.


Baginya, kalau tidak kuat mana mungkin mereka boleh berada di pentas final dan walau apapun pandangan umum tentang pasukannya, beliau mahu pemain berfikiran positif sepanjang perlawanan.
"Ini peluang terbaik yang kita miliki bagi mencipta sejarah bukan saja buat PKNS tapi peluang menyinar pemain sendiri.

"Yang membanggakan semua pemain kini berada pada tahap terbaik menjelang aksi final dan yang paling terbaik akan saya turunkan pada perlawanan nanti," katanya.

Beliau berkata, semua pemain layak untuk diturunkan dalam kesebelasan utama namun yang paling hebat buat pemain yang mempunyai kemahiran, keupayaan dan pengalaman turut diperlukan.

Beliau juga akan menurunkan muka-muka baru yang menjadi pemain utama skuad Red Ants itu.
Katanya juga yang memang tidak dinafikan ada kegugupan dalam kalangan pemain tetapi beliau optimis segalanya akan berjalan lancar seperti yang dijadualkan dan bertekad mencipta kejayaan di Shah Alam.


No comments:

Post a Comment