})();

09 May 2016

Bayern Munich Aka Bayern Munchen Juara

Bayern Munich Julang Kejuaraan Bundes Liga Empat Kali Berturut-turut

Pep Guardiola pastinya diingati oleh peminat Bayern Munich disebabkan kegagalannya di peringkat Eropah, namun jurulatih kelahiran Sepanyol itu tetap akan diberikan sambutan majlis yang meriah sebelum meninggalkan kelab itu setelah membimbing pasukannya untuk menang kejuaraan Bundes Liga buat kali keempat berturut-turut hari.

Perlawanan yang berlangsung dengan penuh debaran buat penyokong mereka menyaksikan Bayern mendahului menerusi jaringan penalti Robert Lewandowski pada minitbke-15 diikuti gol kedua juga oleh penyerang dari Poland itu pada minit ke-32 selepas menerima umpanan cantik Xabi Alonso.
Manakala skuad Ingolstadt pula mendapat gol saguhati jaringan oleh Moritz Hartmann menerusi sepakan penalti pada minit ke-42 sebelum babak pertama berakhi.

Kekalahan Ingolstat 1-2 bermakna Bayern mencatatkan juara Jerman sebanyak 26 kali.
Juga merupakan gelaran juara ketiga berturut-turut buat Guardiola sejak dia menyertai mereka pada 2013 dan dia masih berpeluang untuk menambah kejayaan di peringkat domestik apabila Bayern menentang Dortmund dalam perlawanan akhir Piala Jerman pada 21 Mei.

Namun Guardiola pastinya kecewa kerana dia gagal memenuhi sasaran mendakap tiga kejuaraan pada musim ketiga dan terakhirnya di Bayern Munich setelah tewas kepada Atletico Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-juara minggu lepas.

Guardiola yang pernah membimbing Barcelona memenangi 14 trofi hanya dalam masa 4 tahun, dan dia juga orang yang bertanggungjawab mengubah Bayern menjadi pasukan yang cukup hebat dan terlalu unggul untuk disaingi sepanjang tiga musim ini selain mara ke separuh akhir Liga Juara-juara sebanyak tiga kali berturut-turut.

Berusia 45 tahun, dia menggantikan Jupp Heynckes di Bayern dan mandat untuknya di beri agar Bayern memenangi Liga Juara-juara yang pernah mereka menangi ketika merangkul tiga trofi pada musim 2012/13, sebulan sebelum ketibaannya.


Guardiola mengumumkan akan meninggalkan Bayern pada Feb lalu untuk menyertai Manchester City apabila musim ini berakhir, ini bermakna dia hanya ada satu peluang untuk memenangi hadiah utama di Eropah selepas gagal dalam dua musim sebelumnya.

Namun impianya terhenti dan gagal menggapai cita-cita itu apabila Atletico menjadi pemusnah dan kelab Sepanyol ketiga menumbangkan Bayern Munich pada peringkat separuh akhir Liga Juara-juara, selepas Real Madrid dan Barcelona pernah melakukannya dalam dua musim sebelum ini.
"Saya sanggup mempertaruhkan nyawa untuk pemain-pemain ini.

"Saya telah bekerja keras di sini. Sekiranya saya diadili berdasarkan sama ada saya memenangi Liga Juara-juara, maka saya gagal.

"Oleh itu keberadaan saya di sini tidak sempurna. Saya terpaksa menerimanya tetapi sangat gembira berada di sini dan mahu membantu pemain-pemain mengekalkan tahap terbaik mereka. Tiada apa yang saya kesalkan," kata Guardiola selepas tersingkir dari Liga Juara-juara.

Susur Galur Bayern Munich

Nama Penuh: Fussball-Club Bayern Munchen e.V.

Gelaran: Die Bayern(The Bavarian'), Stern des Sudens('Star of the South'), Die Roten ('The Red').

Ditubuhkan: 27 Feb 1900

Stadium : Allianza Arena

Kapasiti: 75,000

Presiden: Karl Hopfner

Pengerusi: Karl-Heinz Rummenigge

Jurulatih: Pep Guardiola (akan di ganti oleh Carlo Ancelotti musim depan)
Pemegang Kepentingan: FC Bayern Munich (75 peratus), Adidas (8.33 peratus), Audi (8.33), Allianz (8.33)





No comments:

Post a Comment