})();

06 May 2016

Pulau Pinang aka Harimau Kumbang Hebat ( Kekalahan Bermaruah )

Keputusan Liga Super Pulau Pinang vs Johor Darul Ta'zim. Harimau Selatan Terkedu Gagal Tundukkan Harimau Kumbang..Gol Saat Akhir Penyelamat Maruah JDT.


Johor Darul Ta'zim gagal mengalahkan Pulau Pinang, maruah hampir tercemar dan gol minit akhir perlawanan oleh Safee Sali penyelamat JDT.

Pulau Pinang yang turun ke stadium Larkin sebagai pelawat dan pasukan underdog boleh tersenyum bangga kerana JDT walaupun menang tapi sebenarnya mereka gagal menunjukkan taring dengan Pulau Pinang seperti yang di gembar- gemburkan di laman sosial. Status bintang pemain JDT tidak mampu menggugat pertahanan kental Pulau Pinang yang di barisi tonggak utama pemain import,
Reinaldo Lobo yang mampu menghidu gerak geri pasukan lawan ketika mengatur serangan.


Di bantu oleh Brent Griffith dan Raffiudin Roddin aka Along, JDT dilihat serba tidak menjadi dan ini yang boleh dibanggakan oleh skuad Harimau Kumbang atas percaturan pengendali sementara Manzoor Azwira yang boleh di beri lima bintang. Taktikal di tempat lawan yang disusun atur membuatkan pasukan tuan rumah kacar-kacir dan serangan demi serangan JDT dengan mudah dipatahkan oleh benteng pertahanan Pulau Pinang.

Bermula babak pertama permainan dilihat agak seimbang antara kedua-dua pasukan yang sering melancarkan serangan demi serangan kekubu masing-masing. Kekebalan benteng pertahanan dilihat sebagai faktor yang membuatkan gol gagal dihasilkan pada babak pertama. Pujian harus diberikan kepada Lobo dan penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani kerana berjaya menyelamatkan banyak cubaan merbahaya dari pasukan tuan rumah.

Bermula babak kedua perlawanan, corak permainan JDT mula berubah dengan aksi-aksi bertenaga dari S Chanturu dan Amirulhadi namun kekebalan kubu Pulau Pinang sukar ditembusi.
Shamer Kutti yang dibawa oleh Coach Manzoor Azwira sebagai pelapes memang banyak memberi peluang untuk Pulau Pinang menjaringkan gol namun dinafikan oleh kekebalan benteng pertahanan tuan rumah.

Pengendali JDT, Mario Gomez dilihat semakin terdesak apabila JDT masih gagal menjaringkan gol dan pastinya membuatkan penyokong JDT menjadi resah gelisah kerana jangkaan mereka meleset sama sekali dengan persembahan mantap pasukan pelawat.

Pada minit ke-70 Safee Sali dimasukan untuk mencari gol buat JDT. Perlawanan yang dilihat seolah-olah bakal tamat dengan keputusan seri 0-0 tidak kesampaian apabila Safee Sali berjaya meledakkan gol menewaskan Sani Anuar Kamsani pada minit ke-94 masa tambahan. Ketiadaan tonggak pertahanan Pulau Pinang Reinaldo Lobo yang mengalami kecederaan terpaksa diusung keluar juga merupakan penyumbang gol minit akhir JDT. Wisel penamat ditiupkan pada minit ke-98 akibat banyak berlaku kecederaan yang memakan masa....


Namun admin memberi pujian dan lima bintang buat keseluruhan skuad Pulau Pinang diatas semangat juang yang ditunjukkan dan kredit buat pengendali sementara skuad Harimau Kumbang Manzoor Azwira kerana percaturan malam ini serba menjadi....tahniah tahniah tahniah...

Biar ada penyokong yang tak berpuas hati, ignore je itu adalah lumrah dalam bolasepak....bagi saya memang puaihhhhh ati sangat-sangat walaupun kena last minit..


No comments:

Post a Comment