})();

20 December 2016

Penang Black Panthers Juara Sepak Takraw 2016 STL

Penang Panthers Dedah Rahsia Kejayaan Dengan Dapatkan Khidmat Pakar Thailand


Kejayaan yang cukup membanggakan skuad sepaktakraw Pulau Pinang yang lebih di kenali sebagai

Penang Black Panthers. Menjuarai STL edisi ketiga.


Ramuan yang diadun dengan hebat dari pelbagai negara menjadi rujukkan utama membuahkan

kejayaan ini. Merujuk kaedah latihan dan corak permainan pasukan luar negara seperti Thailand dan

Korea Selatan menjadi solusi utama kejayaan jurulatih Helmi Ismail mengemudi Penang Panthers

menjuarai Divisyen Perdana Liga  Sepak Takraw (STL) 2016, kelmarin.


" Kajian itu digunakan untuk mencuri kelemahan lawan dan meningkatkan kemajuan pasukan saya .

Orang lama (sepak takraw) Malaysia juga menjadi rujukan dan input saya. Saya buat (mengkaji) apa

yang orang lain kurang mahu lakukan.


" Kebanyakannya hasil pemerhatian dan pengalaman saya sendiri apabila pergi ke negara-negara itu.

Selainnya, pengalaman bekas apit kanan negara sememangnya banyak membantu saya," kata coach

yang pernah membantu Malaysia meraih pingat  perak berpasukan Sukan Asia Guangzhou 2010.

Helmi Ismail juga bekas pelibas negara berusia 33 tahun ini turut dianggap mempunyai sentuhan

magis selepas turut menerajui Pulau Pinang mengakhiri penantian 54 tahun untuk menjulang Piala

Emas Khir Johari pada Kejohanan Kebangsaan dengan menewaskan Selangor 2-0 di Putrajaya,

Februari lalu.



Syahir Rosdi sebagai tekong, perejam Azlan Alias dan pengumpan Zaim Razali turut mengaut

ganjaran RM40,000 selaku juara STL edisi ketiga di Stadium MPSJ, Serdang Jaya selepas

menumpaskan Kuala Lumpur Thunder dengan cukup mudah 21-15, 21-10 pada perlawanan akhir

Divisyen Perdana.


Sekadar 50 minit diperlukan untuk mengecewakan regu kendalian Azhar Sarabini ( Farid

Aziz/Ahmad Aizat Nor Azmi, Hafiz Rahman/Zamree Dahan dan Amirul Zazwan Amir) manakala

Syahir memperoleh bonos RM2,500 apabila dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) perlawanan itu

dan Tekong Terbaik.


" Kami tidak mempersiakan setiap peluang yang hadir dan mengurangkan kesilapan manakala tekong pula berjaya mendapat mata penuh dengan kekuatan mental yang cukup tinggi," kata Helmi.


Manakala jurulatih Thunder Azhar berkata: "Prestasi lawan memang hebat dan sebaliknya pemain

saya cukup hambar dan serba tidak menjadi, saya sudah tukarkan tekong dan apit kanan namun

sebagai pasukan bukan pilihan masuk ke final sudah memadai buat kami.


" Permainan kami cukup longgar, mereka seperti sudah memuncak terlalu awal pada separuh akhir (

menewaskan Terengganu Turtles 21-14, 21-14, Sabtu lalu). Lontaran bola Azlan (apit kanan) kepada

 tekong memang cantik dan servis panjang (Syahir) pula menepati sasaran," kata guru Sekolah Sukan

 Bukit Jalil itu.


Sementara itu di Permatang Janggus, Permatang Pauh, Bukit Mertajam Mohamad Asri Zakaria bapa

kepada tekong Mohd Fadil ( gambar memegang piala diatas ) menyatakan kesyukuran yang amat

sangat diatas kejayaan skuad Penang Panthers meraih kejayaan pada edisi kali ini. Untuk maklumat

encik Asri juga merupakan bekas pemain takraw sekitar tahun 80an dan pernah mewakili peringkat

Zon sekolah rendah dan menengah.

Tahniah sekali lagi buat Penang Panthers Takraw.


No comments:

Post a Comment