})();

11 August 2016

Olimpik Rio 2016 - Terjunan Papan Anjal Lakar Sejarah

Pandalela Rinong Dan Cheong Jun Hoong Acara Terjun Raih Pingat Perak Melakar Sejarah Buat Negara Malaysia Dalam Sukan Olimpik Rio Brazil 2016.
Cukup membanggakan Negara apabila peserta renang percaturan negara berjaya mencatatkan sejarah baru negara dalam acara terjunan 10m platform seirama dan amat menceriakan seluruh rakyat Malaysia.
Kemenangan yang cukup manis untuk digambarkan dengan kemenangan pingat pertama, Perak buat Malaysia di Pusat Akuatik Maria Lenk.
Apa lagi yang mampu dikatakan selain ucapan tahniah dan ganjaran yang bakal menanti kedua-dua mereka. Pandalela-Jun Hoong mengumpul 344.34 mata selepas menamatkan lima terjunan, tewas 9.66 mata kepada gandingan China, Chen Ruolin-Liu Huixia yang meraih emas dengan 354.00 mata.
Manakala pasangan Kanada, Meagan Benfeito-Roseline Filion meranggul pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.
Merupakan pingat kedua Malaysia dalam Sukan Olimpik selepas Pandalela merangkul gangsa acara 10m platform wanita di London empat tahun lalu.
"Kami hanya melakukan seperti apa yang diamalkan dalam latihan. Kami sudah berlatih bersama-sama hampir dua tahun tapi jurulatih (Yang Zhuiliang) sering menggandingkan kami dengan penerjun lain.
Jadi di Rio ini adalah penampilan ketiga kami bertanding sebagai satu gandingan. Memang kecederaan saya banyak menghantui lebih-lebih lagi sebulan atau dua menjelang Sukan Olimpik kecederaan itu belum pulih sepenuhnya tapi saya rasa sangat gembira walaupun dengan masa latihan yang kurang, ketika persembahan sebenar saya dapat mempersembahkan yang terbaik". Kata Pandalela.

No comments:

Post a Comment