})();

09 August 2016

Kemelut Bolasepak Selangor

Persatuan Bolasepak Selangor Bakal Guna Jurulatih Luar Negara
Tiga jurulatih dari luar negara kini sedang 
diintai oleh Persatuan Bolasepak Selangor 
(FAS) bagi menggantikan tempat Zainal Abidin
 Hassan selepas pengendali Pahang itu 
dipecat kemarin.

Sumber dalaman persatuan itu memaklumkan
 selain bekas jurulatih kecergasan Kedah 
Ramon Marcote turut menjadi tumpuan ialah 
bekas pengendali Bengaluru FC Ashley 
Westwood dan bekas jurulatih Selangor musim
 lalu, Mehmet Durakovic.

Katanya, ketiga-tiga jurulatih itu mempunyai 
rekod cemerlang ketika membimbing pasukan 
masing-masing dengan Marcote difahamkan 
calon "favorite" .

"Ada beberapa nama yang sudah disenarai 
pendek namun kecenderungan lebih kepada 
Marcote. Ia kerana pendekatan jurulatih itu 
dalam taktikal moden dengan hantaran pendek
 serta pakar dalam bidang kecergasan.

"Namun Durakovic juga diperhatikan kerana 
rekod baiknya ketika membawa pasukan 
menjuarai Piala Malaysia musim lalu. Malah 
Westwood turut berada dalam senarai itu, 
apapun kita akan tunggu sehingga keputusan 
akan dibuat kelak," memetik kata-kata sumber 
FAS.

Admin mendoakan segala kemelut 
kejurulatihan FAS akan cepat diselesaikan 
sebelum tamat baki liga super nanti.

No comments:

Post a Comment