})();

29 August 2016

Basel Football Club - Switzerland

Sebuah Kelab Dari Switzerland Yang Berada Dalam Kumpulan A Undian UEFA Champions League..



                             

Mungkin ada diantara anda yang belum pernah mendengar nama Kelab Bolasepak FC  Basel
yang ditubuhkan pada tahun 1893, divisyen pertama Switzerland yang bakal bertanding merebut
kejuaraan Europa yang telah di undi dalam Kumpulan A bersama pasukan kesayangan anda iaitu
Arsenal. Juga dikenali sebagai Basel, adakalanya dirujuk sebagai FC Basle dalam bahasa Inggeris
atau FCB.


Arena/Stadium : St Jacob Park

Lokasi : Basel, Switzerland

Manager : Usr Fischer

Pengerusi : Bernhard Heusler

Ditubuhkan : 15 November 1893 Di Basel, Switzerland.


Dibawah adalah senarai nama keseluruhan di dalam Kelab Bola sepak FC Basel:

                  

Barisan Belakang Sekali Dari Kiri: Walter Samuel, Breel Embolo, Manuel Akanji, Marc Janko, 

Daniel Hoegh, Philipp Degen, Michael Lang, Behrang Safari.


Barisan No. 3 Dari Kiri: Amit Moshe Tzalach(Physiotherapist), Nicolas Unternährer 
(Physiotherapist), Peter Hohl (Physiotherapist),  Dirk Wüst (Physiotherapist), Birkir Bjarnason, 
Matías Delgado, Marek Suchy, Michael Müller (Performance Diagnostician), Markus 
Hoffmann (First assistant Coach), Marco Walker (Fitness Coach and Assistant), Massimo Colomba 
(Goalkeeping Coach).


Barisan Kedua Dari Kiri: Felix Marti (Doctor), Markus Rothweiler (Doctor),  Markus Weber 

(Doctor), Roger Eglin (Kitman), Mauro Vivarelli (Technical filming), Andraz Sporar, Alexander

 Fransson, Urs Fischer (Headcoach), Bernhard Heusler (President), Georg Heitz (Sports 

director), Gustav Nussbaumer (Teamcarer).



Barisan Hadapan Sekali Dari Kiri: Adama Traoré, Taulant Xhaka, Naser Aliji, Luca Zuffi, 

Germano Vailati, Tomas Vaclik, Dario Thürkauf, Jean-Paul Boëtius, Davide Callà, Renato Steffen.


Di Bawah Adalah Kesebelasan Utama Dan Simpanan Basel FC

              Tomas Vaclik
          Tomas Vaclick - No. 1 Golkeeper
                                    


              Djordje Nikolic
         Djordje Nikolic - No. 13 Golkeeper
                                  



              Germano Vailati
        Germano Vailati - No. 18 Golkeeper
                                               


             Adama Traoré
            Adama Traore - No.3 Pertahanan
                                                



             Omar Gaber
            Omar Gaber - No. 4 Pertahanan
                                                 

            Michael Lang
           Michael Lang - No.5 Pertahanan

                                                
           Marek Suchy
          Marek Suchy- No.17 Pertahanan
                                                

          Éder Fabián Álvarez Balanta
           Eder Fabian Alvarez Balanta
                    No. 23 Pertahanan
                                                

         Blas Miguel Riveros Galeano
         Blas Miguel- No. 25 Pertahanan
                                                

        Daniel Hoegh
       Daniel Hoegh- No. 26 Pertahanan


        Eray Ervin Cümart
       Eray Ervin- No. 30 Pertahanan

       Manuel Akanji
       Manuel Akanji - No. 36 Pertahanan

      Geoffroy Serey Die
     Geoffroy Serey Die -No.6 Tengah

     Luca Zuffi
      Luca Zuffi - No.7 Tengah

     Birkir Bjarnason
    Birkir Bjarnason - No. 8 Tengah

      Matías Emilio Delgado
  Matias Emilio Delgado- No.10 Tengah

      Renato Steffen
    Renato Stefen - No. 11 Tengah

      Alexander Fransson
Alexander Fransson - No.15 Tengah


      Dereck Germano Kutesa
  Dereck Germano Kutesa- No.20 Tengah


      Mohamed Elyounoussi
  Mohamed Elyounussi - No.24 Tengah

      Kevin Bua
            Kevin Bua - No.33 Tengah


      Taulant Xhaka
     Taulant Xhaka - No. 34 Tengah

      Jean-Paul Boëtius
  Jean-Paul Boeteus - No.77 Tengah

      Andraz Sporar
   Andraz Sporar - No.9 Penyerang

      Marc Janko
      Marc Janko - No.21 Penyerang

     Nicolas Hunziker
 Nicolas Hunziker - No.35 Penyerang

     Seydou Doumbia
  Seydou Doumbia - No. 88 Penyerang

     Urs Fischer
         URS Fischer - Head Coach

     Markus Hoffmann
    Markus Hoffman - Assistant Coach





Khairi Janji Telus Bongkar Isi Pendrive

Isu Pendrive Hangat DiPerkatakan Dalam Sukan Tanahair Terkini Dan Menterinya Berjanji Akan Bongkar Secara Telus.


Isu pendrive yang telah menjadi satu isu berkaitan badan sukan Malaysia kini sudah pun berada di 

tangan Menteri yang bertanggungjawab dalam kemajuan sukan Malaysia.


Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan pendirianya akan bertindak 

secara telus dalam menangani isu membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pendrive tersebut diserahkan oleh Yang Mulia  Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab 

bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).


Ianya didakwa mengandungi maklumat berhubung ketirisan dan salah laku yang berlaku dalam badan

 induk bola sepak negara itu.


"Saya menerimanya pada Jumaat lalu, belum ada masa untuk membaca sepenuhnya kandungan itu. 

Bila selesai saya akan memaklumkan kepada media berhubung tindakan susulan.

"Saya berjanji   tidak   akan menyembunyikan apa-apa atau meletakanya di bawah karpet. Saya akan 

telus," katanya selepas pertemuan bersama kontinjen Paralimpik Rio, semalam.


Isu membabitkan pendrive itu timbul bulan lalu apabila Tunku Ismail mendakwa mempunyai bukti 

mengenai salah laku dalam FAM. Baginda mendakwa pendrive itu diserahkan oleh seorang 

sahabatnya di Kuala Lumpur.


Tunku Ismail pada perjumpaan di Istana Bukit Pelangi, Johor Bharu, menyerahkan kepada KJ 

pendrive yang didakwa mengandungi laporan mengenai FAM pada Jumaat lalu.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, tindakan Tunku Ismail itu adalah 

kerana baginda tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan FAM dan badan induk bola sepak 

negara itu bukan masalahnya.


Namun Khairy bagaimanapun enggan berkongsi reaksi awalnya apabila melihat kandungan pendrive 

itu.

"Tidak perlu (beri reaksi awal), biar saya beri reaksi penuh selepas selesai mengkaji laporan itu. Saya 

berharap ia tidak akan mengambil masa lama (untuk mengkajinya," tambahnya.




PKNS FC Impikan Ke Liga Super 2017

Impian Sang Semut Merah Melangkah Ke Liga Super Musim Depan Bakal Menjadi Kenyataan Andai Tewaskan JDT 11


PKNS FC mahu menjadikan perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Selangor, sebagai 

pentas membentuk persefahaman antara pemain dalam misi untuk layak ke Liga Super musim depan.


Kejayaan mara ke suku akhir Piala Malaysia membuktikan mereka mampu mempamerkan aksi 

mantap untuk baki 3 lagi perlawanan Liga Perdana untuk mengisi dua slot ke Liga Super.


Berdepan Selangor dalam aksi suku akhir Piala Malaysia menjadikan ianya satu persaingan untuk 

mereka memupuk jati diri di kalangan pemain bagi persediaan bertemu dengan Melaka United, ATM 

dan Kuala Lumpur.


"Jika kami mampu menang tiga perlawanan itu sudah pastinya Liga Super akan kami jejak berikutan

 jurang mata dengan JDT 11 sekadar satu mata sahaja.

"Untuk mengatasi Melaka United agak mustahil sebab dibezakan dengan sembila mata, tapi kami 

masih berharap untuk menang kesemua tiga perlawanan berbaki dan ini tidak mustahil, kami 

perlukan keajaiban dan mungkin boleh berlaku," kata pengurus PKNS Mahfizul Rusydin Abdul 

Rashid.


Sentuhan pemain import Argentina, Gabriel Guerra dan Juan Manuel Cobeli amat diperlukan. 

Masing-masing sudah meledak 14 dan 13 gol sepanjang aksi Liga Perdana, mampu membantu 

PKNS 

menang besar baki tiga perlawanan.




28 August 2016

Marco Verratti Ikat Kontrak Baru

Dengan Mengikat Kontrak Selama Lima Tahun Bersama Paris Saint-Germain, Sekaligus Marco Verratti Akan Bersama Juara Perancis Itu Sehingga Tahun 2021.
Verratti yang baru mencecah usia 23 tahun 
amat teruja ketika menandatangani kontrak 
barunya bersama kelab ternama Perancis itu.

"Merupakan satu penghormatan buat saya 
dengan memperbaharui kontrak bersama 
mereka itu maka ianya sudah tentu 
meningkatkan keyakinan mereka terhadap 
saya dan saya serta merta menerima tawaran 
dari kelab ini," kata Verratti.

"Kami telah memenangi banyak kejuaraan di 
Perancis dan kini saya berharap kami dapat 
memenangi sesuatu pula di peringkat Eropah 
kerana itulah matlamat kami dan matlamat 
kelab. Itu merupakan satu cita-cita yang cukup
 tinggi, saya seorang pemain yang komited dan
 bermain untuk kelab yang besar menjadi 
kebanggaan pada diri saya dan ianya benar-
benar menggembirakan saya."

Pemain yang sering menjadi kontroversi 
perpindahan yang kerap dibualkan. Beliau 
berada di Munich untuk menjalani sesi 
pemulihan selepas menjalani pembedahan 
pangkal peha sering mencetus khabar angin 
berkemungkinan beliau akan bergabung 
semula dengan bekas jurulatih PSG, Carlo 
Ancelotti di Bayern.

Real Madrid juga tidak terlepas dikaitkan 
dengan Verratti sebagai alternatif 
menggantikan James Rodriguez, namun 
segala khabar angin itu dinafikan oleh bintang 
Les Parisiens itu.

Dengan perjanjian yang tercapai antara 
mereka penyokong PSG boleh melelapkan 
mata untuk tempoh lima tahun lagi. Donato Di 
Campli melegakan semua apabila memuat 
naik beberapa keping gambar ketika Verratti 
menandatangani perjanjian itu.

Verratti yang telah meledak dua gol dan 
mencipta 18 umpanan dalam 106 penampilan 
di Ligue 1, mengalami kecederaan pada 
musim 2015/16 yang menyaksikan 
penampilan beliau yang terhad sekadar 18 
penampilan liga dalam 11 kali perlawanan.

Untuk maklumat ini adalah kali keempat 
Verratti menandatangani kontrak dengan PSG 
sejak kali pertama Zlatan Ibrahimovic menjejak
 kaki di kelab. Ibrahimovic sudah berhijrah ke 
Manchester United dan Verratti adalah muka 
lama yang masih mendapat perhatian peminat
 dan pihak pengurusan.


27 August 2016

Michy Batshuayi Pakar Gol Liga Perdana Inggeris

Raja Gol Baru Chelsea Bernilai £33 Juta Dari Merseille Kontrak Lima Tahun.


Michy Batshuasi Tunga berusia 22 tahun yang berasal dari Belgium berada pada posisi penyerang mengikat kontrak lima tahun dengan Chelsea dengan harga £33 juta.

Batshuasyi digambarkan dengan lagenda The Blues, Didier Drogba dan rakan sepasukanya dalam skuad kebangsaan, Romelu Lukaku kerana sikapnya yang gemar membuli pasukan lawan dengan kekuatan tubuh badan. Namun kalau dilihat pemain ini lebih pantas daripada kedua-dua pemain tersebut, menyaksikan Batshuayi sering membuat larian-larian deras di sekitar luar kotak penalti.

Semasa berada di Ligue 1 dalam statistik 2015/16 beliau berhasil menjaringkan 17 gol dalam 36 perlawanan dan umpanan gol sebanyak 9 kali. Mempunyai skill yang hebat dan penyudah yang cukup berbisa dengan larian yang deras dan cukup bertenaga.

Chelsea terpaksa bertindak segera untuk mendapatkan Batshuayi walaupun harga yang £33 juta amat keterlaluan untuk mendapatkan khidmat seorang pemain yang baru mengharungi dua musim Ligue 1 namun Batshuayi jelas amat berpotensi untuk berjaya di Liga Perdana Inggeris.

Batsyuayi berada pada kedudukkan kedua termahal dalam perpindahan pemain Belgium untuk masa ini dari Marseille ke Chelsea.






Tampal Segala Kekurangan - Pep Guardiola

Guardiola Memberitahu Beliau Berada Di Manchester City Untuk Membuktikan Kemampuanya Sebagai Pengurus Pasukan Yang Hebat Dan Bekas Pengurus Barcelona Ingin Menerapkan Stailnya Di Manchester.


Pep Guardiola pengurus baru Manchester City dengan penuh yakin melangkah ke kancah bola sepak 

berprestij di England. Beliau harus memulakan sesuatu dengan pantas dan berpesan kepada setiap 

peminat MC agar "Tampal segala yang bocor".



Dengan tenang beliau mengatakan yang dia berada di England untuk membuktikan stailnya yang 

berkesan untuk diterapkan Liga Perdana Inggeris selepas La Liga dan Bundesliga.



Beliau juga amat yakin menyatakan caranya di Barcelona dan Bayern Munich mampu dilaksanakan 

di England. "Saya telah berkhidmat di Barcelona di mana saya ada segala-galanya, pemain terbaik 

dan sebuah pasukan yang kebanyakkan berkembang dari akademi, saya amat mengenali mereka",.

"Jika saya dapat menyakinkan pemain-pemain cara yang kami mahu, dan menunjukkan tahap 

sebenar pada penghujungnya, maka kita akan lihat. Tampal segala kebocoran."



Guardiola dibantu oleh Mikel Arteta dan yang lebih penting dari Brian Kidd, sepanjang minggu 

pertamanya di Akademi Bolasepak City.



Pengurus juga manager kelahiran Catalan ini bersedia untuk ciri agresif dalam Liga Perdana 

Inggeris, 

bersedia untuk jadual perlawanan yang padat semasa musim perayaan. Dua kali beliau menyebut 

mengenai jadual perlawanan Boxing Day - dan amat teruja dengan cabaran yang menanti.



'Saya fikir ia akan menjadi lebih dalam fizikal. Mungkin ada yang mengatakan ia tidak menarik 

namun saya mengatakan tidak. Kidd cukup arif mengenai kelab. Dia membantu saya mengenali 

pemain.



'Arteta pula mengetahui bola sepak Inggeris. Saya akan belajar dan perlu ikuti darinya untuk 

memahami. Saya membawa staff dari Barca dan Bayern, saya tahu kemampuan mereka.

'Setiap peringkat menjadi cabaran dan anda perlu menyesuaikan diri berada di negara mana sekali 

pun, sama macam di Jerman. Pemain telah bermain di semua tempat dan mereka perlu layak ke Liga 

Juara-Juara.'



' Saya tidak pernah ke stadium di mana ia cuaca yang sangat sejuk dan berangin. Tidak pernah untuk 

Boxing Day. Itulah sebab peribadi, untuk buktikan kemampuan saya. Mungkin ia juga sama dengan 

yang lain."






Cristiano Ronaldo Di Nobat Pemain Terbaik UEFA

Pemain Kacak Dan Tinggi Lampai Dari Portugal Cristiano Ronaldo Di Anugerah Pemain Terbaik UEFA Menewaskan Dua Pencabar

RONALDO terpilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Eropah musim lalu selepas 

membantu Portugal menjuarai Kejohanan Eropah itu selain mempamerkan kempen 

cemerlang di Real Madrid.


Cristiano Ronaldo terpilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Eropah musim lalu selepas 

membantu Portugal menjuarai Kejohanan Eropah itu selain mempamerkan kempen cemerlang di 

Real Madrid.



Ronaldo, yang menjadi pilihan utama untuk dianugerahkan pemain terbaik dunia buat kali keempat 

itu menewaskan rakan kelabnya, Gareth Bale dari Wales dan bintang Perancis, Antoine Griezmann. 

Sebelum ini Ronaldo pernah menerima anugerah berkenaan pada 2014.



Lionel Messi pernah dinobatkan sebanyak dua kali, Andres Iniesta dan Franck Ribery pula masing-

masing pernah memenangi anugerah berkenaan yang pertama kali diperkenalkan pada 2011.



UEFA mencipta anugerah itu selepas penghargaan asal Pemain Terbaik Eropah yang dikenali Ballon 

d'Or digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia FIFA. Penyerang Lyon, Ada Hegerberg 

pula memenangi anugerah dalam kategori wanita.






25 August 2016

Pulau Pinang Tewas Lagi

Perak Bangkit Tewaskan Pulau Pinang Perlawanan Liga Super Ke-19

Pulau Pinang berkunjung ke Stadium Perak

dengan misi dan visi yang cukup besar untuk

membawa pulang tiga mata berharga pada

saingan Liga Super perlawanan ke-19 malam

tadi dalam usaha untuk mengelak dari berada

dalam senarai zon penyingkiran.


Berkongsi 18 mata bersama Sarawak dan

Terengganu dengan kelebihan jaringan skuad

Harimau Kumbang menghuni tangga ke-9

sebelum perlawanan bermula.



Percaturan Nenad Bacina menurunkan

kesebelasan utama yang dirasakan mampu

mengutip mata penuh atau sekurang-

kurangnya 1 mata gagal apabila Perak berjaya

menundukan Pulau Pinang dengan mudah 4-1.


Kemenangan itu sekaligus mengukuhkan

kedudukan Perak di tangga keenam liga

dengan mengumpul 24 mata.


Bermulanya babak awal perlawanan, Pulau

Pinang bermula cukup garang mengasak kubu

 lawan dengan sokongan 400 peminat yang

hadir ke Stadium Perak menyuntik semangat

juang mereka. Namun ketumpulan jentera

serangan tidak mampu memberi impak yang

tinggi pada penjaga gawang Perak.


Tersentak dengan serangan pantas Pulau

Pinang, The Bos Gaurus mengatur serangan

demi serangan melalui pemain import Oybek
Kilichev dan Elias Fernandes De Oliveira

namun masing-masing gagal menemui

penyudah.


Giliran pelawat pula mengatur serangan

bertubi-tubi melalui kapten Matias Jesus

Cordoba dengan beberapa percubaan tetapi

berjaya dinafikan penjaga gawang Perak.

Gol pertama Perak hadir pada minit ke-27

melalui rembatan kencang dari luar kotak

penalti oleh D Kenny Pallraj selepas kegagalan

 pertahanan Pulau Pinang mengeluarkan bola

hantaran lintang Elias Fernandes.


Selepas memperolehi gol pertama, anak-anak

buah Karl Heinz Weigang semakin

bersemangat untuk menambahkan gol. Pada

minit ke-39 Mohamad Fazrul Hazli berjaya

merembat gol kontroversi apabila penjaga

garisan Mohd Shahreen Che Omar menafikan

gol tersebut dengan mendakwa ianya telah

pun ofside.


Perlawanan terhenti seketika apabila pengadil

Teoh Hee Loon membenarkan jaringan

tersebut namun di bantah keras oleh pemain

Pulau Pinang akan tetapi pengadil dengan

tegas tetap memberikan gol kepada Perak

dengan 2-0.


Tamat babak pertama Perak mendahului

dengan 2-0. Bermulanya babak kedua

permainan pasukan tuan rumah terus bermula

garang mengasak ke kubu Pulau Pinang

namun gagal disempurnakan oleh jentera

serangan mereka.


Pulau Pinang seakan mendapat nafas baru

selepas itu dengan melancarkan serangan-

serangan pantas dan berlaku sedikit kekasaran

 dalam kotak penalti Perak apabila Jung Seok

Min dijatuhkan oleh pertahanan Perak. Pulau

Pinang dihadiahkan sepakan penalti dan

berjaya disempurnakan oleh pemain import

Soleye Ranti Martins pada minit ke-56 dan

menjadikan kedudukan 2-1.


Pemain tuan rumah yang dibarisi pemain

muda mulai menggandakan serangan bertali

arus ke kubu Pulau Pinang. Kubu pelawat

dilihat terlampau ampuh dan cukup mudah

dibolosi oleh lawan . Gol ketiga Perak

diperolehi pada minit ke-69 melalui jaringan

mudah oleh Muhammad Ridzuan Azly.


Pulau Pinang kerap melancarkan serangan dan

 berjaya melepasi barisan tengah Perak namun

 penyudahnya gagal diterjemahkan oleh

penyerang Ranti Martins dan beliau dilihat

gagal mengawal bola serta hanya berlegar-

legar di dalam padang. Beliau tidak mampu

untuk memberi impak atau kesan apabila

serangan dilakukan.


Benteng pertahanan Pulau Pinang yang terlalu

 ampuh apabila ketiadaan pemain Import

Reinaldo Lobo amat dirasai apabila

pertahanan yang ada gagal menyekat

kemaraan jentera serangan Perak yang lebih

bersemangat dan akibatnya gol Pulau Pinang

dibolosi lagi pada minit ke-81 juga melalui

jaringan mudah oleh Elias Fernandes. Tamat

perlawanan Perak 4 - 1 Pulau Pinang.


Pengadil yang dilihat cukup berat sebelah

amat mendukacitakan Peminat Pulau Pinang

dan bantahan demi bantahan disuarakan

mereka. Sepatutnya apabila penjaga garisan
mengatakan ofsaid maka pengadil harus
menerima keputusan itu kerana penjaga

garisan lebih arif pada kedudukan posisi

beliau. Keadaan dan keputusan itu sedikit

sebanyak memberi impak dan kesan terhadap

permainan Pulau Pinang selepas itu.


Menang atau kalah sememangnya adat

perlawanan namun mutu pengadilan haruslah

berkualiti agar bolasepak kita dihormati dan

disegani.


Barisan pertahanan Pulau Pinang juga dilihat

cukup ampuh dan terlalu mudah di bolosi

apabila ketiadaan Lobo, seorang pemain

import posisi pertahanan yang cukup hebat

dan kebal. Khidmat beliau ternyata amat

diperlukan oleh Harimau Kumbang. Tanpa

Lobo akan menyebabkan Pulau Pinang

semakin parah.


Ranti Martins boleh dikatakan langsung tidak

memberikan sebarang kesan pada posisi

serangan, kelibat beliau hanya dilihat sekadar

berlegar-legar di tengah padang dan admin

berani komen sebab sudah 4 perlawanan

beliau gagal menjadi seorang " striker " yang

mampu menghasilkan gol dan mungkin satu

atau dua gol berjaya juga beliau hasilkan.


Selepas perlawanan ke-19, Pulau Pinang

kembali menghuni di tangga ke-11 iaitu berada

 dalam zon kritikal yakni zon penyingkiran

dengan 18 mata dan Pahang tercorot dengan

14 mata.


Berbaki tiga perlawanan lagi, Nenad Bacina

perlu melakukan sesuatu dan admin sifatkan

perlawanan maut buat Pulau Pinang serta

wajib menang kesemua perlawanan itu nanti

untuk menentang PDRM, Pahang dan

Terengganu. Dua Perlawanan di Stadium

Bandaraya dan satu perlawanan di Kuantan,

Pahang.


Mampu atau tidak admin tidak berani

membuat andaian kerana prestasi Pulau

Pinang amat sukar di duga.


Boleh diibaratkan situasi Pulau Pinang  kini

sama seperti tahun 2015 semasa berada pada

 dua perlawanan terakhir dalam Liga Perdana.
Pulau Pinang terpaksa bergelut pada saat-saat

 akhir untuk menapak ke Liga Super. Musim ini

 juga sama, Pulau Pinang terpaksa bergelut

untuk kekal dalam saingan Liga Super musim

depan pada baki perlawanan yang ada.


Peminat Pulau Pinang tidak harus disalahkan
jika mereka sekadar meluahkan perasaan yang

 terbuku pada mutu persembahan bola sepak

skuad Harimau Kumbang. Luahan hati mereka

tidak bermaksud mereka membenci akan

tetapi ia lebih kepada sayangkan skuad " The

Panthers " untuk kekal berada di Liga Super

musim depan.


DISINI KAMI SEDIAKAN EBOOK PANDUAN MUDAH BUAT ANDA BELAJAR BAGAIMANA BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN UPTOWN.



24 August 2016

Leicester City Pecah Rekod Pembelian Pemain

Rekod Pembelian Pemain Oleh Leicester City Tercatat Apabila Belum Pernah Membeli Pemain Dengan Harga Jutaan Pound. Perpindahan Ahmed Musa Pembuka Lebaran Baru Buat Lester.


Mungkin musim lepas Leicester City hanya di anggap sebagai pasukan kerdil yang hanya mempunyai pemain dengan harga termurah dan mereka tidak mampu membeli pemain yang hebat.

Namun pada musim 2016/17 Leicester City terpaksa membuat sedikit rombakan dan percaturan lain bagi mengekalkan rekod mereka . Leicester telah memecahkan rekod perpindahan mereka selepas menandatangani Ahmed Musa dari CSKA Moscow dengan harga sebanyak £ 16 juta.

Biodata Pemain :

Nama : Ahmed Musa

Umur : 23 Tahun

Negara : Nigeria

Posisi : Penyerang

But : Nike Mercurial Superfly V

Musa kerap mengatasi kekangan pemain lawan menerusi larian-larian deras, dalam usaha untuk melepaskan diri. Memiliki sepasang kaki yang lincah dan licik menggelecek bermakna pemain ini berupaya bermain sebagai penyerang atau posisi sayap.

Beliau juga bijak menyempurnakan peluang. Walaupun masih muda, Musa setakat ini telah meledak beberapa gol di pentas Liga Juara-Juara dan juga Piala Dunia.




Henrikh Mkhitaryan Pembelian Musim Panas Manchester United

Pemain Sayap Borussia Dortmund Ke Liga Perdana Inggeris Musim 2016/17 Henrikh Mkhitaryan


Kelab gergasi dunia Manchester United membuat pelaburan yang cukup tinggi demi mendapatkan pemain yang pihak pengurusan rasakan mampu melonjak prestasi The Red Devil itu ke persada kancah bolasepak setelah merudum musim lalu.

Pemain yang akan kita bicarakan adalah dari Armenia dan pernah menyarung jersi Borussia Dortmund, Shakhtar Donetsk, Metalurh Donetsk dan Pyunik. Kini Beliau beralih ke Liga Perdana Inggeris.

Henrikh Mkhitaryan berusia 27 tahun dan berasal dari Armenia bermain di posisi tengah/sayap.

Mkhitaryan lahir dalam sebuah keluarga yang berkait rapat dengan sukan bola sepak. Bapa beliau, Hamlet Mkhitaryan merupakan bekas pemain kebangsaan Armenia. Ibunya, Marina bekerja di Armenia FA manakala kakaknya, Minica bekerja untuk UEFA.

Mkhitaryan merupakan salah seorang pemain tengah dan penyerang terbaik di Eropah pada musim lalu. Berjaya meledakkan 23 gol untuk BVB.

Amat fasih dalam beberapa bahasa seperti Inggeris, Armenia, Rusia, Portugis, Jerman dan Perancis.
Beliau pernah menggelar Jurgen Klopp sebagai ' orang bolasepak yang gila ' selepas Jurulatih warga Jerman itu meninggalkan BVB dan turut menempelak taktikal diguna pakai jurulatih itu.

Disebabkan prestasi yang cukup cemerlang bersama Dortmund musim lalu menyaksikan angka penialaian Mkhitaryan untuk tiga kategori dalam kad FIFA Ultimate Team ( FUT ) telah ditambah baik. Beliau turut dinilai 90 mata untuk kad Pasukan Terbaik Musim.

Pernah menyandang sebagai Kapten dalam skuad senior dan memegang status sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 19 gol. Beliau juga merupakan pemain Armenia pertama yang menjaringkan hatrik di peringkat antarabangsa. Malah beliau turut dinobat sebagai Pemain Terbaik Armenia sebanyak lima kali.

Musim lalu bersama Dortmund beliau adalah orang yang paling banyak mencatatkan hantaran gol di divisyen teratas Jerman. Ini menyaksikan Mkhitaryan dinamakan dalam Pasukan Terbaik Tahunan Bundesliga 2015/16.

" Henrikh adalah pemain berpasukan sebenar yang mempunyai kemahiran hebat, visi dan boleh menjaringkan gol. Pastinya dia akan membuat impak segera di Liga Perdana kerana dia amat berbakat!"- dipetik dari kata-kata Mourinho.

Henrikh Mkhitaryan amat gemar memintas pemain lawan dengan larian yang cukup laju, malah beliau sendiri mengakuinya mungkin menjadi seorang pelari pecut jika gagal dalam sukan bola sepak.





22 August 2016

Berapakah Jumlah Ganjaran Pemenang Pingat Di Sukan Olimpik Rio 2016

Setiap Pemenang Pingat Yang Terlibat Dalam Sukan Olimpik Akan Menerima Ganjaran Atau Habuan Mengikut Jumlah Yang Diberikan Oleh Negara Masing- Masing.


Para atlit menghabiskan hampir seluruh hidup mereka, berlatih untuk mengambil bahagian mewakili negara masing-masing dalam Sukan Olimpik.

Mereka berpenat lelah untuk mengharumkan nama negara di samping merebut ganjaran yang akan diberikan sekiranya usaha mereka berjaya.

Mari kita lihat bagaimana negara-negara memberikan ganjaran kepada atlit mereka selepas memenangi medal dalam sukan berprestij tinggi ini.

Singapura

Singapura memberikan ganjaran tertinggi dengan Persekutuan Kebangsaan Singapura membayar atlitnya yang berjaya membawa pulang medal dengan jumlah paling tinggi iaitu $ 734,000 (RM2,960,845) kepada pemenang pingat emas, $ 367,000 (RM1,480,422) kepada pemenang pingat perak dan $ 183,000 (RM738,194) kepada pemenang pingat gangsa.


United Kingdom

Tiada hadiah wang tunai dari United Kingdom. UK merupakan satu-satunya negara yang tidak menawarkan wang tunai kepada pemenang pingat di Sukan Olimpik, walaupun atlitnya membawa pulang pingat emas.


Thailand

Beri ganjaran wang tunai mengikut tempoh masa. Thailand menawarkan wang tunai berjumlah $ 314,000 (RM1,266,628) dalam tempoh masa 20 tahun dan Filipina pula menawarkan $ 237,000 (RM956,022) dalam tempoh masa yang sama kepada pemenang pingat emas mereka.


Malaysia

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberikan ganjaran bar emas padu kepada pemenang pingat emas. Bar emas padu yang diberikan bernilai $600,000 (RM2,420,310) dan Pencen Seumur Hidup RM5000.

Pingat Perak - RM300,000 dan Pencen RM3000 seumur hidup.

Pingat Gangsa - RM100,000 dan Pencen RM2000 seumur hidup.

Kejayaan gandingan dua penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang telah 

berjaya merangkul pingat perak bagi acara platform berirama 10 meter wanita di Olimpik Rio,

 membolehkan mereka menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM600,000 (dikongsi) serta pencen 

bulanan RM3,000 setiap seorang untuk seumur hidup di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara 

(MSN).


Negara-negara besar menawarkan jumlah yang lebih kecil

Negara seperti Perancis, China, USA dan Jerman menawarkan jumlah yang sangat kecil kepada 

pemenang pingat berbanding negara kecil seperti Azerbaijan dan Kazakhstan!



21 August 2016

Fakta Sejarah Tertubuhnya Bolasepak Malaysia

Sejarah Bolasepak Negara Sudah Tertubuh Sejak Zaman Kolonial Lagi Dan Ianya Bukan Baru Di Malaysia

SEJARAH BAGAIMANA PIALA HMS MALAYA BERMULA PADA TAHUN 1921

Sedar tidak sedar, sudah hampir seabad Piala 

Malaysia berlangsung.


95 tahun lepas pada 20 Ogos 1921, 

perlawanan Selangor vs Pulau Pinang di 

padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka)

 menandakan bermulanya kejohanan Piala 

HMS Malaya yang julung-julung kali dianjurkan.


Penduduk Tanah Melayu pada ketika itu 

mungkin tidak menyedari betapa besarnya 

magnitud kesan kejohanan bola sepak ini 

kepada budaya sukan rakyat Malaysia dan 

Singapura.


95 tahun selepas Piala HMS Malaya bermula, 

bola sepak kekal sukan nombor satu di 

Malaysia dan Singapura.


95 tahun selepas Piala HMS Malaya bermula, 

gelaran juara piala ini masih menjadi rebutan 

pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia.


95 tahun selepas Piala HMS Malaya bermula, 

peminat-peminat bola sepak Malaysia (malah 

Singapura juga) masih berbangga dengan 

rekod pasukan sokongan mereka dalam 

kejohanan ini.


Apa itu HMS Malaya?

Bercakap mengenai Piala HMS Malaya, tak 

lengkap jika kita tidak mengetahui asal-usul 

nama ‘HMS Malaya’ itu sendiri.


Pada November 1912, kerajaan pusat British 

meluluskan bajet sebanyak 2 juta pound 

sterling untuk membina sebuah kapal perang 

berperisai yang kemudiannya dinamakan His 

Majesty’s Ship (HMS) Malaya.



Sejurus selepas siap pembinaannya pada 

1915, HMS Malaya menyertai armada British 

royal Navy di Scapa Flow, Scotland pada 1916.

 Apabila Perang Dunia Pertama meletus, HMS 

Malaya bertempur dalam Battle of Jutland 

menentang tentera laut Jerman.


Kali pertama HMS Malaya berada di perairan 

Malaya adalah di Pelabuhan Swettenham (kini 

Pelabuhan Klang) pada Januari 1921.


Ketika HMS Malaya berlabuh selama 10 hari di

 Pelabuhan Swettenham, anak-anak kapalnya 

menganjurkan perlawanan ragbi, bola sepak 

dan kriket dengan penduduk tempatan.


Selain Klang, HMS turut singgah di Singapura, 

Melaka, Pulau Pinang dan Port Dickson.


Bagaimana Piala HMS Malaya bermula?

Sejurus selepas berangkat pulang dari 

persinggahan di beberapa pelabuhan Tanah 

Melayu, komander HMS Malaya, Kapten HT 

Butler telah menghantar satu telegram kepada 

Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri 

Melayu Bersekutu, Sir William G. Maxwell.


Berikut merupakan mesej telegramnya:


Seperti yang diberitahu dalam telegramnya, 

Kapten HT Butler begitu terharu dengan 

layanan istimewa penduduk Tanah Melayu 

terhadap anak-anak kapal HMS Malaya.


Sebagai balasan, beliau dan anak kapal HMS 

Malaya mengambil keputusan untuk 

menghadiahkan 2 buah trofi untuk dijadikan 

hadiah pertandingan sukan ragbi dan bola 

sepak di:


Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, 

Perak, Negeri Sembilan, Pahang)Negeri-negeri 

Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)


Akhbar The Straits Times bertarikh 22 

Disember 1921 menjelaskan dengan terperinci

 bagaimana rupa bentuk asal Piala HMS 

Malaya pemberian kru kapal HMS Malaya:


Sumber: adelinelau.wordpress.com


Selangor vs Pulau Pinang: perlawanan 

pertama Piala HMS Malaya 1921


Edisi sulung Piala HMS Malaya yang diadakan 

pada 1921 ini disertai oleh semua Negeri-

negeri Melayu Bersekutu (kecuali Pahang) dan 

Negeri-negeri Selat.


Ini bermakna sebanyak 6 negeri menyertai 

edisi sulung Piala HMS Malaya – Selangor, 

Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka 

dan Singapura.


Selangor, Perak dan Pulau Pinang dikumpulkan

 dalam kumpulan Utara. Manakala Negeri 

Sembilan, Melaka dan Singapura dalam 

kumpulan Selatan. Juara setiap kumpulan 

akan mara ke final.


Kumpulan Utara memulakan cabaran terlebih 

dahulu.


Pada 20 Ogos 1921, Selangor melayan 

kunjungan Pulau Pinang di padang Kelab 

Selangor (kini Dataran Merdeka). Selangor 

menang mudah 5-1.


Tidak banyak yang dilaporkan oleh akhbar-

akhbar tempatan mengenai perlawanan 

pertama Piala HMS Malaya 1921 ini.


Akhbar The Straits Times sebagai contoh, 

hanya memerlukan 77 patah perkataan untuk 

melaporkan perlawanan tersebut.


Dalam perlawanan bersejarah tersebut, 

pasukan Selangor dibarisi oleh:


7 pemain berkulit putih yang rata-ratanya 

merupakan ahli kelab kriket dan ragbi 

Selangor3 pemain berbangsa Cina dari 

Persatuan Bola Sepak Cina Selangor 

danseorang penyerang berbangsa Eurasia.


Kapten Selangor, seorang lelaki kulit putih 

bernama Huggins merupakan pemain bintang 

ragbi Selangor. Manakala Rosario, penyerang 

Selangor yang berbangsa Eurasia merupakan 

pemain kriket Selangor.


Seperti Selangor, Pulau Pinang juga dibarisi 

oleh beberapa pemain berkulit putih dan 

berbangsa Cina.


Tetapi menjelang perlawanan kedua 

menentang Perak, Pulau Pinang terpaksa 

menarik diri kerana tak cukup pemain.


Selangor pula tiada masalah menewaskan 

Perak 2-1 dalam perlawanan ke-2 kumpulan. 

Dengan 2 kemenangan, Selangor layak ke final

 selepas muncul juara kumpulan Utara.


Singapura: pasukan paling kuat dari Selatan


Sebagai salah sebuah koloni British paling 

makmur, Singapura tiada masalah untuk 

mengumpul 11 pemain.


7 hari selepas perlawanan kumpulan Utara 

selesai, perlawanan kumpulan Selatan bermula

 dengan Negeri Sembilan melayan kunjungan 

Singapura di padang Kelab Negeri Sembilan, 

Seremban.


Diperkuatkan dengan 10 pemain berkulit putih 

(rata-ratanya dari anggota tentera, ahli-ahli 

kelab ragbi dan kriket) dan 1 pemain 

berbangsa Cina, Singapura tiada masalah 

membelasah Negeri Sembilan 4-0.



Dalam perlawanan kedua, Singapura 

menewaskan Melaka 2-0 untuk mara ke final 

bertemu Selangor.


Final Piala HMS Malaya 1921: medan bermulanya permusuhan

Selepas menjuarai kumpulan masing-masing, 

Selangor dan Singapura bertembung dalam 

final Piala HMS yang sulung pada 1 Oktober 

1921 di padang Jalan Raja, Kuala Lumpur.


Menurut laporan akhbar The Straits Times 

pada 3 Oktober 1921, perlawanan final 

tersebut menarik minat penonton yang datang 

dari Pulau Pinang, Perak, Seremban, Melaka 

dan seluruh daerah di Selangor.


Kerajaan British hanya menyediakan 200 

tempat duduk. Tetapi penonton memenuhi 

padang sehingga terdapat 5-6 baris penonton 

di setiap garis tepi padang!


Seawal pukul 3 petang, Jalan Raja sudah 

dipenuhi ratusan kereta. Orang ramai mula 

memanjat bangunan Pejabat Pos dan 

bangunan sekretariat untuk mendapat 

pemandangan yang bagus.


Sementara menunggu perlawanan yang 

bermula pada pukul 5 petang, orang ramai 

dihiburkan oleh persembahan kumpulan jazz 

yang dipimpin oleh Leftenan Riches.


Beruntunglah penonton yang hadir. Mereka bakal menyaksikan titik permulaan 

perseteruan bola sepak paling lama dalam 

sejarah bola sepak Malaya.


Perlawanan sengit


Menarik untuk diperkatakan bahawa kedua-

dua pasukan diketuai oleh pemain ragbi 

berkulit putih.


Kapten Selangor adalah Huggins dari Kelab 

Ragbi Selangor. Manakala kapten Singapura 

adalah Wheatley dari Kelab Ragbi Singapura.


Perlawanan final ini juga menampilkan pemain

 berbangsa Melayu yang pertama iaitu Salleh, 

half back Selangor yang terpaksa menjadi 

bidan terjun menggantikan Martin yang tidak 

dapat bermain.


Kedua-dua pasukan bermain dengan formasi 

tipikal pada ketika itu, iaitu 2-3-5.


Perlawanan berlangsung seimbang. 

Bagaimanapun Singapura terlebih dahulu 

mendahului 1-0 beberapa minit sebelum rehat 

separuh masa menerusi gol Jamieson, pemain

 yang ‘diimport’ dari Kelab Kriket Selangor.


Ketinggalan 0-1, Selangor melancarkan siri 

serangan bertubi-tubi.


The Straits Times melaporkan kelemahan 

ketara Selangor di bahagian sayap kanan 

menjadi punca mereka gagal menjaringkan gol

 dengan lebih banyak.


Tetapi Selangor berjaya juga menyamakan 

kedudukan 1-1 hasil jaringan Rozario, 

penyerang Eurasian yang ‘diimport’ dari Kelab 

Kriket Selangor.


Bagaimanapun Selangor gagal mengekalkan 

momentum. 5 minit sebelum perlawanan 

tamat, Moss dari Kelab Kriket Singapura 

menjaringkan gol kemenangan.


Perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 

(30 minit setiap separuh masa) berakhir 

dengan kemenangan 2-1 kepada Singapura.


Cadangan memasukkan Negeri-negeri Melayu

 Tak Bersekutu


Selepas tamatnya kempen Piala HMS Malaya, 

Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri 

Melayu Bersekutu, Sir William G. Maxwell 

menerima surat dari kapten baru kapal HMS 

Malaya, Kapten MR Royds.


Dalam suratnya, Kapten MR Royds 

mencadangkan agar Piala HMS Malaya pada 

tahun hadapan penyertaan dari Negeri-negeri 

Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kedah, Kelantan,

 Perlis, Terengganu) dibenarkan.



Cadangan ini diterima.


Bermula musim 1922, Johor menjadi peserta 

Piala HMS Malaya yang pertama dari Negeri-

negeri Melayu Tak Bersekutu.


Kesimpulan


95 tahun selepas Piala HMS Malaya (kini Piala

 Malaysia) dianjurkan, prestijnya masih tak 

pudar.


Dan melalui kejohanan inilah, perseteruan 

Selangor dengan Singapura dalam bola sepak 

lahir.


Kejohanan ini juga menjadi peringatan 

bahawa 

pada suatu masa dahulu, Tanah Melayu 

merupakan antara tempat terawal bola sepak 

berkembang di Asia.


Kini 95 tahun berlalu, mengapa tahap bola 

sepak kita menggambarkan seolah-olah kita 

baru bermain bola sepak?


DAPATKAN EBOOK BAGAIMANA UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG MENGUNTUNGKAN