})();

29 August 2016

Khairi Janji Telus Bongkar Isi Pendrive

Isu Pendrive Hangat DiPerkatakan Dalam Sukan Tanahair Terkini Dan Menterinya Berjanji Akan Bongkar Secara Telus.


Isu pendrive yang telah menjadi satu isu berkaitan badan sukan Malaysia kini sudah pun berada di 

tangan Menteri yang bertanggungjawab dalam kemajuan sukan Malaysia.


Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan pendirianya akan bertindak 

secara telus dalam menangani isu membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pendrive tersebut diserahkan oleh Yang Mulia  Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab 

bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).


Ianya didakwa mengandungi maklumat berhubung ketirisan dan salah laku yang berlaku dalam badan

 induk bola sepak negara itu.


"Saya menerimanya pada Jumaat lalu, belum ada masa untuk membaca sepenuhnya kandungan itu. 

Bila selesai saya akan memaklumkan kepada media berhubung tindakan susulan.

"Saya berjanji   tidak   akan menyembunyikan apa-apa atau meletakanya di bawah karpet. Saya akan 

telus," katanya selepas pertemuan bersama kontinjen Paralimpik Rio, semalam.


Isu membabitkan pendrive itu timbul bulan lalu apabila Tunku Ismail mendakwa mempunyai bukti 

mengenai salah laku dalam FAM. Baginda mendakwa pendrive itu diserahkan oleh seorang 

sahabatnya di Kuala Lumpur.


Tunku Ismail pada perjumpaan di Istana Bukit Pelangi, Johor Bharu, menyerahkan kepada KJ 

pendrive yang didakwa mengandungi laporan mengenai FAM pada Jumaat lalu.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, tindakan Tunku Ismail itu adalah 

kerana baginda tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan FAM dan badan induk bola sepak 

negara itu bukan masalahnya.


Namun Khairy bagaimanapun enggan berkongsi reaksi awalnya apabila melihat kandungan pendrive 

itu.

"Tidak perlu (beri reaksi awal), biar saya beri reaksi penuh selepas selesai mengkaji laporan itu. Saya 

berharap ia tidak akan mengambil masa lama (untuk mengkajinya," tambahnya.




No comments:

Post a Comment