})();

13 May 2016

The Reds Terselamat

Benteke Penyelamat Maruah Liverpool


Christian Benteke menyelamatkan maruah Liverpool yang hampir tercalar dengan menjaringkan gol pada masa kecederaan menentang Chelsea dengan 1-1 di Anfield, awal pagi semalam.

Eden Hazard menjadikan Chelsea mendahului pada babak pertama dengan satu penyudah yang amat hebat dan layak memenangi mana-mana pertandingan dan ia dilihat sudah mencukupi sebelum Benteke menanduk masuk hantaran lintang Sheyi Ojo ketika rekod tanpa kalah Liverpool di gelanggang sendiri yang dilanjutkan kepada 13 perlawanan.

Dengan jaringan Benteke itu bererti keputusan kekal dan beza mata antara kedua-dua pasukan adalah 10. Liverpool yang merupakan finalis Liga Europa di tangga kelapan manakala Chelsea juara Liga Perdana musim lalu di tangga kesembilan.

Juergen Klopp Pengurus The Reds amat teruja dengan gol lewat permainan itu namun kecewa atas prestasi hambar anak-anak buahnya yang kurang sabar dan terlalu ghairah.

Minggu depan Liverpool akan menentang Sevilla pada final Liga Europa dengan mengharapkan kedua-dua tropi mampu di gapai dan mencari tempat ke Liga Juara-Juara menjadi pertaruhan, Klopp amat yakin dengan keputusan ini mampu meningkatkan keyakinan pemainnya.

Keresahan tergambar berkenaan hilang kesabaran pemainnya dan berharap mereka dapat belajar seni ketenangan apabila segala yang dirancang gagal diterjemahkan.

"Saya berkata kepada pemain selepas permainan, ia perlawanan paling penting kami musim ini kerana kami boleh belajar banyak perkara,"ujar pengedali dari Jerman itu.

"Kami membuktikan kehebatan kami pada awal 15 minit, mengawal bola dan menyerang tapi gagal menjaringkan gol kerana kurang kesabaran penyerang kami.
"Ianya tidak cukup keyakinan dalam diri sendiri jadi kami hilang sabar dan apabila bermain dalam keadaan tekanan dan kurang sabar pasti anda sendiri pun boleh jangka apa saja boleh berlaku dan sukar mencari gol.

"Tanpa kesabaran bagaimana untuk melancarkan serangan yang bagus, hilang formasi dan mudah hilang bola. Percubaan sepatutnya dibuat hantaran itu kesilapan kami.

"Stadium ini memang saya sangat menyukainya namun malam ini setiap orang hilang sabar termasuk penonton sendiri, bagaimana untuk saya menyatakan sabar sedangkan orang ramai memekik 'kejar!'
"Ini akan menjadi pelajaran kepada kami dan kami akan mengambilnya sebagai ikhtibar untuk masa depan dan itu sudah pasti."



No comments:

Post a Comment