})();

13 May 2016

Johor Darul Ta'zim Pasti Juara Piala FA

Khairul Azman Yakin Harimau Selatan Mampu Rangkul Trofi Piala FA


Kalau dahulu bekas penjaga gol Sabah Khairul Azman Mohamed pernah dikecewakan Johor di pentas final Piala FA 1998, tetapi kali ini situasinya cukup berbeza apabila beliau akan membantu JDT membawa pulang trofi ke selatan tanah air selepas 18 tahun kecundang.

Berusia 48 tahun, Khairul Azman menyertai Johor Darul Ta'zim pada 2013 dan beliau merupakan orang penting dalam memberi tunjuk ajar kepada penjaga gol mereka Farizal Marlias, Izham Roslan dan K Sasi Kumar.

Kecundang 0-1 kisah lampau kepada Jojor pada final 1998 di Likas masih segar dalam ingatan  namun beliau berharap JDT mampu menyempurnakan impian dan harapanya dalam merangkul Piala FA selaku jurulatih.

"Kalau diimbau kembali memanglah sedih sebab bermain di tempat sendiri dan gagal meraikan bersama penyokong Sabah tapi kenangan itu sudah berlalu dan saya tolak tepi yang penting sekarang adalah fokus permainan sabtu ini.

"2013 kami kalah kepada Kelantan, kali ini saya berharap kemenangan akan menyebelahi kami sebagai kenangan untuk saya sebagai jurulatih untuk penjaga gawang JDT.

"Saya amat berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana memberi kepercayaan kepada saya  bagi mencurahkan bakti dan segala pengalaman yang saya ada untuk pemain," katanya kepada wartawan.

Sepanjang karier Khairul Azman, beliau pernah beraksi dalam empat perlawanan akhir Piala FA, tapi hanya sekali berjaya menjulang trofi itu ketika bersama Sabah 1995.

Berhubung persediaan penjaga gol JDT, Khairul Azman menyatakan yang Farizal dan Izham kini berada dalam tahap maksimum dan sudah bersedia menentang PKNS FC esok.

"Saya amat yakin dan pasti, Insha Allah sesiapa sahaja yang bakal diturunkan nanti pasti akan memberi komitmen dan tumpuan 200 peratus sebagai penjaga gol dan saya akan berbincang dengan Maril Gomez, terpulang kepada beliau siapa bakal diturunkan,". ujar Khairul Azman
.


No comments:

Post a Comment