})();

01 April 2016

Sponsor D'Herbs Buat Helang Merah Belum Muktamad

Biarlah Kedua-Duanya Berpuas Hati Isu Tajaan Datuk Aliff Syukri

Seluruh peminat bolasepak Kedah sedang menanti keputusan penajaan yang di viralkan di laman-laman sosial berhubung kesanggupan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berbincang soal penajaan.

Keputusan penajaan oleh syarikat kosmetik dan produk kesihatan D'Herb Holding (M) Sdn Bhd dijangka akan dimuktamadkan selewat-lewatnya hujung bulan depan selepas satu perbincangan peringkat akhir dibuat.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah berkata, punca kelewatan adalah kerana kedua-dua pihak ingin memastikan masing-masing mendapat faedah atas tajaan tersebut selepas persetujuan di terima.

"Kami masih lagi belum memutuskan apa-apa keputusan dan keputusan muktamad dijangka akhir April ini".

"Memanglah kalau boleh saya ingin segera menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, tapi banyak perkara perlu dibincangkan dan saya mahu apabila segalanya selesai kedua-dua pihak akan berasa selesa serta berpuas hati nanti" ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan yang Datuk Aliff Syukri membuat kenyataan hanya menunggu lampu hijau dari KFA dan memberi tempoh dua minggu bagi memuktamadkan tajaannya.

Namun dalam laporan Jumaat lalu, usahawan tersebut menyatakan tidak teragak-agak akan beralih ke pasukan lain jika Pengurusan Helang Merah tidak dapat membuat keputusan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Menurut laporan itu, Datuk Aliff berkata, beliau mahu melihat faedah dinikmati kedua-dua pihak dan semuanya bergantung kepada KFA memberi jawapan.

No comments:

Post a Comment