})();

01 April 2016

Pemain Import Pahang Gagal Menyerlah

Standard Pemain Import Pahang Cukup Mengecewakan

Pasukan Bolasepak Pahang yang menghuni tangga tercorot dalam saingan Liga Super amat meresahkan Ketua Jurulatihnya, Razip Ismail. Tambahan pula  kritikan oleh penyokong-penyokong Pahang yang dilontarkan melalui laman sosial berkaitan kegagalan pemain import Pahang mempamerkan aksi bertenaga perlu diberi perhatian yang serius.

Persembahan oleh penyerang import Pahang, German Pacheco dan Dalibor Volas yang terlalu lembab dan gagal memberi impak pada aksi perlawanan persahabatan semasa bertemu DRB Hicom FC menyebabkan mereka tewas 1-2, kelmarin.

Jurulatih Pahang, Razip Ismail yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, aksi persembahan yang di pamerkan 2 pemain import itu amat mengecewakan dan langsung dan tidak membantu pasukan Pahang menajamkan jentera serangan bagi menghasilkan gol apatah lagi kemenangan.

"Sepatutnya sebagai pemain yang berpengalaman dan berstatus profesional mereka seharusnya lebih kreatif dalam mewujudkan peluang bagi menghasilkan gol,"


 
"Namun apa yang berlaku adalah mereka gagal beraksi dengan baik dan kita letakan harapan yang amat tinggi pada mereka, pujian patut diberikan kepada pemain tempatan yang lebih menyerlah dengan mempamerkan aksi yang lebih hebat dan bertenaga", kata Razip.

"Saya amat kecewa dengan persembahan mereka semalam dan kredit buat pemain tempatan", ujar Razip.

No comments:

Post a Comment