})();

nuffnang

15 February 2016

KFA Umumkan Tiket Percuma Esok Perlawanan Liga Super Kedah Vs Terengganu

KFA mengumumkan esok masuk adalah bertiket percuma yang akan diedarkan di pintu masuk Stadium Darul Aman

Dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Timbalan Presiden KFA, Dato' Paduka Syed Unan Mashri sebentar tadi selepas perbincangan dengan pengurusan tertinggi persatuan memutuskan perlawanan malam esok akan diberi masuk secara percuma bertiket sebagai penghargaan dari Kerajaan Negeri Kedah.

Sebanyak 24,000 tiket dikeluarkan dan dihadkan setiap seorang hanya 1 tiket. Peruntukkan turut diberikan kepada penyokong Terengganu.

Semua penyokong hijau kuning perlu mendapatkan tiket di kaunter A3, B, D dan F.

Setiap kaunter dibuka 4 laluan bermula 10 pagi sehingga tiket kehabisan stok.

Malam esok siaran secara langsung akan dipancarkan melalui TV3.

No comments:

Post a Comment