TAG - Liga Super 2021, Penang FC Champion ,EPL, Messi, Ronaldo,Covid-19
19 September 2014
09 September 2014
Three Lions tak boleh buat silap - Rooney ( EURO 2016 )
LONDON - Wayne Rooney mengakui England tidak boleh melakukan kesilapan ketika memulakan kempen kelayakan Euro 2016 menentang Switzerland (2.45 pagi esok waktu Malaysia).
Skuad kendalian Roy Hodgson berlepas ke Basel dengan mengharapkan persembahan terbaik dapat diberikan selain mencatatkan kemenangan bagi melupakan peristiwa hitam ketika Piala Dunia 2014.
Switzerland dilihat sebagai satu-satunya pasukan yang mampu menggugat peluang England untuk beraksi dalam pusingan akhir Euro di Perancis apabila mereka diletakkan di dalam Kumpulan E.
Ketika Piala Dunia 2014....Switzerland hanya tewas kepada Argentina selepas Angel Di Maria menjaringkan gol pada masa tambahan ketika mereka bertemu di pusingan 16 pasukan terbaik.
Mereka turut menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan di St. Jakob-Park menentang England berdasarkan kedudukan mereka yang berada di anak tangga kesembilan dunia.
Perlawanan persahabatan yang dimenangi England 1-0 ketika bertemu Norway terus disambut dengan kritikan,,,,,, sehingga membuatkan Hodgson hilang pertimbangan terhadap wartawan yang mempersoalkan pasukan mereka tidak membuat banyak percubaan tepat ke gawang lawan.
Enggan menyerah kalah, ketua pasukan Rooney tahu pasukannya tidak boleh membiarkan kekecewaan yang mereka alami dalam Piala Dunia terus mempengaruhi prestasi dan corak permainan.
"Adalah penting untuk memulakan kempen kelayakan dengan mendapatkan kemenangan.
"Amat penting juga buat kami untuk terus mencuba dan memenangi setiap perlawanan, namun saya fikir tidak kalah dan memberikan kelebihan kepada Switzerland adalah pebih penting," kata Rooney.
Gara-gara mempamerkan aksi hambar ketika kempen Piala Dunia Julai lalu, skuad Three Lions gagal menarik peminat mereka ke Stadium Wembley sewaktu bertemu Norway. Malah jumlah penonton yang hadir adalah paling sedikit dalam sejarah Wimbledon baharu sejak 2007 bagi perlawanan antarabangsa.
Lebih malang lagi, para penonton tidak terpukau dengan aksi yang dipamerkan oleh pasukan kebangsaan mereka yang dilihat kurang bermaya dan tidak berkualiti. - AFP
Jerman benar-benar diuji Scotland ( EURO 2016 )
DORTMUND - Juara Piala Dunia 2014, Jerman memulakan kempen kelayakan Euro 2016 dengan goyah selepas terpaksa berusaha keras untuk menewaskan Scotland 2-1 di sini semalam.
Jerman kalah 4-2, kepada Argentina dalam perlawanan persahabatan pada Rabu lalu tetapi dua gol oleh penyerang Bayern Munich, Thomas Mueller memastikan mereka menang dalam perlawanan kempetetif pertama selepas Piala Dunia.
Scotland mempamerkan semangat juang yang tinggi pada separuh masa kedua dan usaha mereka mendatangkan hasil pada minit ke-66 apabila pemain sayap Ikechi Anya menyamakan kedudukan.
Bagaiamanapun pasukan pelawat gagal mengeluarkan bola sepakan sudut empat minit kemudian dan Mueller mengambil peluang itu untuk menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-24.
Gol kemenangan ....Mueller sekali gus menghalang skuad Gordon Strachan daripada memperoleh mata penting dalam kumpulan yang turut mengandungi Ireland, Poland, Georgia dan Gibraltar.
"Ketika seri 1-1, saya yakin kami boleh berkongsi mata dengan Jerman. Saya lihat mereka bermain tanpa rasa takut ketika berhadapan dengan pasukan juara Piala Dunia.
"Semakin lama tempoh permainan, semakin kerap kami memberi ancaman. Kami patut berbangga. Apa yang kami perlu buat (selepas ini) adalah usaha keras dalam 20 minit pertama. Selepas memperbaikinya maka kami akan lebih bagus," kata Strachan.
Di bahagian tengah... Jerman kehilangan ketua pasukan baharu mereka, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira dan Mesut Ozil manakala Jerome Boateng kembali mengisi bahagian pertahanan.
Persaraan Philipp Lahm selepas Piala Dunia pula telah memberi ruang kepada Sebastian Rudy untuk berada di bahagian kanan pertahanan.
Gol pertama Jerman dihasilkan apabila Rudy membuat hantaran ke dalam kotak penalti dan disambut dengan kemas oleh tandukan Mueller sekali gus menewaskan penjaga gol Scotland, David Marshall.
Jaringan tunggal Scotland dijaringkan oleh Anya apabila dia tidak dikawal dengan rapi oleh benteng pertahanan Jerman selepas menerima hantaran pendek daripada Charlie Mulgre dari bahagian tengah padang. - AFP
Albania malukan Portugal di tempat sendiri ( EURO 2016)
LISBON - Albania mematahkan semangat Portugal apabila menghadiahkan mereka keputusan memalukan di pentas antarabangsa selepas sepakan voli cantik Bekim Balaj memberikan kemenangan 1-0 kepada pasukan pelawat dalam perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2016 semalam.
Itu adalah kekalahan pertama buat Portugal di laman sendiri dalam pertandingan kompetitif sejak tumpas kepada Denmark... enam tahun lalu.
Keputusan tersebut juga adalah perkara terakhir yang dimahukan jurulatih Portugal, Paulo Bento selepas enggan melepaskan jawatan, meskipun skuad bimbingannya beraksi hambar dalam Piala Dunia apabila tersingkir di peringkat kumpulan.
Portugal yang kehilangan Cristiano Ronaldo ekoran masalah kecergasan bagi menghadapi perlawanan Kumpulan I, tumpul di jentera serangan kerana tidak mempunyai pengganti yang sesuai bagi mengisi kekosongan penyerang Real Madrid itu.
Albania, yang tidak pernah layak dalam kejuaraan besar, meletakkan lima pemain di benteng dan empat lagi pemain di depan kubu mereka.
Sudah tentu percaturan itu tidak sofistikated, tetapi sudah cukup untuk mengekang bahagian tengah Portugal yang kurang kreatif.
Albania berjaya meledak gol menerusi satu-satunya sasaran tepat ke arah pintu gol pada minit ke-52 hasil hantaran silang Odise Roshi yang berjaya melepasi kawasan penalti. Balaj, 23, yang mengesan hantaran tersebut merembat bola menewaskan penjaga gol, Rui Patricio.
Selepas gol tersebut..... Albania hanya berkubu dalam kawasan mereka sehingga perlawanan tamat.
Penjaga gol Albania, Etrit Berisha turut menyelamatkan percubaan berbahaya Fabio Coentrao.
Kebuntuan mencari gol penyamaan mendorong 23,000 penyokong tuan rumah di Stadium Aveiro Municipal mengejek pasukan mereka dengan melambai tangan sambil memegang sapu tangan putih.
"Itu reaksi biasa. Kami tahu penyokong tidak berpuas hati," kata Bento. - REUTERS
Kelayakan Euro 2016 lebih mudah
BERNE - Dua kemenangan dalam 10 perlawanan sudah memadai untuk layak ke Euro 2016 berikutan keputusan UEFA menambah bilangan penyertaan kepada 24 pasukan yang bertanding di pusingan akhir, sementara format sama dikekalkan bagi saingan kelayakan.
Hampir separuh daripada 54 pasukan UEFA akan mengambil bahagian dalam pusingan akhir di Perancis, sekali gus membangkitkan persoalan yang selama ini tidak diambil peduli berhubung pasukan mana yang gagal melayakkan diri berbanding yang berjaya berbuat demikian.
Dalam Piala Dunia yang lalu, corak permainan menyerang dengan pelbagai drama yang tidak berkesudahan telah memberi rangsangan cukup baik untuk bola sepak antarabangsa, namun kadangkala turut mendedahkan kepincangan yang wujud dalam Liga Juarajuara dan liga domestik yang popular.
Pasukan terkemuka seperti Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol yang tidak berdepan masalah untuk layak ke Piala Dunia, pasti tidak perlu mengeluarkan banyak peluh untuk melepasi halangan kelayakan.
Sedangkan 13 tempat yang ditawarkan sebelum ini mudah direbut mereka, apatah lagi jika bilangan pasukan bertanding ditambah oleh UEFA.
Dalam saingan kali ini... terdapat lapan kumpulan yang mana tujuh daripadanya disertai enam pasukan, manakala satu lagi kumpulan dihuni lima buah negara bertanding.
Dua pasukan yang berada di kedudukan teratas akan layak secara automatik, sementara pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga terbaik berserta tuan rumah, Perancis akan turut bermain di pusingan akhir Euro.
Sebanyak lapan pasukan yang berada di kedudukan ketiga akan beraksi dalam saingan timbal balik (playoff ) untuk merebut baki empat tempat yang ditawarkan. Ini bermakna pasukan yang bakal melayakkan diri ke Perancis hanya perlu menang dalam dua perlawanan, walaupun tewas lima pertemuan.
Pasukan yang menamatkan saingan kelayakan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 adalah Finland yang mencatat rekod dua kemenangan, tiga seri dan tiga kekalahan, sementara Slovenia memenangi lima aksi serta tumpas lima daripada daripada 10 pertemuan dan Slovakia melakar tiga kemenangan, empat seri serta tiga kekalahan.
Pencapaian itu melayakkan mereka beraksi dalam playoff di bawah format Euro 2016, yang mana dua kali seri sudah memadai untuk membawa mereka ke Perancis jika pasukan itu melakar kemenangan berdasarkan kepada kiraan gol di tempat lawan atau pun menerusi sepakan penalti penentuan.
Format baharu itu juga memberi peluang kepada 26 pasukan yang tidak pernah layak sebelum ini iaitu Albania, Andorra, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia, Cyprus, Estonia, Kepulauan Faroe, Finland, Georgia, Gibraltar, Iceland, Israel, Kazakhstan, Liechtenstein, Lithuania, Luxemburg, Macedonia, Malta, Moldova, Montenegro, Ireland Utara, San Marino, Slovakia dan Wales. - REUTERS