})();

09 September 2014

Jerman benar-benar diuji Scotland ( EURO 2016 )


                   

DORTMUND - Juara Piala Dunia 2014, Jerman memulakan kempen kelayakan Euro 2016 de­ngan goyah selepas terpaksa ber­usaha keras untuk menewaskan Scotland 2-1 di sini semalam.

Jerman kalah 4-2, kepada Argentina dalam perlawanan persahabatan pada Rabu lalu tetapi dua gol oleh penyerang Bayern Munich, Thomas Mueller memastikan mereka menang dalam perlawanan kempetetif pertama selepas Piala Dunia.

Scotland mempamerkan semangat juang yang tinggi pada separuh masa kedua dan usaha mereka mendatangkan hasil pada minit ke-66 apabila pemain sayap Ikechi Anya menyamakan kedudukan.
Bagaiamanapun pasukan pelawat gagal mengeluarkan bola sepakan sudut empat minit kemudian dan Mueller mengambil peluang itu untuk menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-24.

Gol kemenangan ....Mueller sekali gus menghalang skuad Gordon Strachan daripada memperoleh mata penting dalam kumpulan yang turut mengandungi Ireland, Poland, Georgia dan Gibraltar.
"Ketika seri 1-1, saya yakin kami boleh berkongsi mata dengan Jerman. Saya lihat mereka bermain tanpa rasa takut ketika berhadapan dengan pasukan juara Piala Dunia.

"Semakin lama tempoh permainan, semakin kerap kami memberi ancaman. Kami patut berbangga. Apa yang kami perlu buat (selepas ini) adalah usaha keras dalam 20 minit pertama. Selepas memperbaikinya maka kami akan lebih bagus," kata Strachan.

Di bahagian tengah... Jerman kehilangan ketua pasukan baharu mereka, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira dan Mesut Ozil manakala Jerome Boateng kembali mengisi bahagian pertahanan.

Persaraan Philipp Lahm selepas Piala Dunia pula telah memberi ruang kepada Sebastian Rudy untuk berada di bahagian kanan pertahanan.
Gol pertama Jerman dihasilkan apabila Rudy membuat hantaran ke dalam kotak penalti dan disambut dengan kemas oleh tandukan Mueller sekali gus menewaskan penjaga gol Scotland, David Marshall.

Jaringan tunggal Scotland dija­ringkan oleh Anya apabila dia tidak dikawal dengan rapi oleh benteng pertahanan Jerman selepas menerima hantaran pendek daripada Charlie Mulgre dari bahagian tengah padang. - AFP

No comments:

Post a Comment