TAG - Liga Super 2021, Penang FC Champion ,EPL, Messi, Ronaldo,Covid-19
13 November 2012
Rajagopal Terima Teguran
PETALING JAYA - Pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal akur dengan teguran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin, dengan menyifatkan ia pandangan positif untuk persiapan ke Piala Suzuki AFF 2012.
Namun Rajagobal tetap mempertahankan formulanya menurunkan skuad eksperimen dalam aksi persahabatan dengan alasan mahu mencari keseimbangan pada pasukan.
Menurutnya, ini bagi memastikan semua bersedia tanpa terlalu bergantung kepada pemain tonggak.
Meletakkan sasaran awal layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF yang akan bermula 25 November ini, jurulatih berusia 56 tahun itu mengakui fokusnya tidak terganggu dengan keadaan ketika ini.
"Itu (teguran) adalah pendapat Tengku (Abdullah), saya tidak boleh bercakap apa-apa kerana fokus saya adalah terhadap persiapan pasukan, saya tetap ambil ia sebagai komen yang membina.
"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, saya tahu siapa pemain yang akan diturunkan dan pasukan ini akan bersedia apabila kejohanan bermula.
"Jika saya menurunkan pemain utama dalam setiap perlawanan persahabatan. Jika berlaku kecederaan sebelum menentang Singapura (aksi pembukaan Piala Suzuki) apakah pemain simpanan akan bersedia menggalas tugas?
"Saya mencari 22 pemain yang bersedia diturunkan pada bila-bila masa, sebab itu saya memberikan peluang kepada semua pemain pada aksi persahabatan, " katanya.
Beliau menghadiri pelancaran jersi terbaru Harimau Malaya anjuran Nike di Wisma FAM, semalam.
Sambil merujuk contoh ketiadaan Amar Rohidan dan Safiq Rahim pada perlawanan persahabatan menentang Thailand baru-baru ini, Rajagobal berkata, risiko kehilangan pemain utama menyebabkan dia menguji semua pemain utama sebelum kejohanan bermula.
"Sebab itu saya mempertaruhkan Gary Steven Robbat dan Shakir Shaari pada bahagian tengah supaya mereka bersedia menghadapi situasi yang tidak dijangka," katanya.
Sementara itu, jersi terbaru skuad Harimau Malaya yang dilancarkan semalam diperbuat 100 peratus poliester kitar semula di samping fabrik 23 peratus lebih ringan dan struktur kait 20 peratus lebih kuat berbanding kit Nike yang terdahulu.
Masih mengekalkan warna kuning dan hitam sebagai melambangkan belang harimau, corak jersi ini menyerupai pasukan kebangsaan yang memenangi kejohanan Pestabola Merdeka pada tahun 1958.
Boleh didapati pada 15 November di semua stor Nike, harga runcit setiap jersi akan dijual pada RM 229.
Komen - Nak beli Jersey huhuhu
No comments:
Post a Comment