TAG - Liga Super 2021, Penang FC Champion ,EPL, Messi, Ronaldo,Covid-19
13 November 2012
Kritikan Pembakar Semangat Kami
PETALING JAYA - Biarpun keupayaan Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF dipertikaikan, ketua pasukan, Safiq Rahim tetap yakin Malaysia mampu sekali lagi mencatat sejarah seperti mana dua tahun lalu.
Menerima segala kritikan secara profesional, bakal pemain Johor itu mahu menjadikan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada skuad negara sebagai pembakar semangat.
Menurut Safiq, apa yang lebih penting pemain perlu memperkuatkan mental dalam menangani harapan yang disandarkan ramai pihak sambil tidak mudah tunduk kepada tekanan.
"Saya menagih sokongan peminat supaya ke stadium memberikan sokongan padu kepada kami pada dua perlawanan persahabatan dan semasa kejohanan Piala Suzuki.
"Kami sedia membuktikan apa jua tuduhan terhadap kami tidak betul dengan mempamerkan aksi cemerlang dan meraih kejayaan.
"Jangan lupa sebelum Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010, tiada siapa memberikan kami harapan tetapi kami berjaya menepis segala kritikan dan percayalah kami akan menunjukkan sesuatu nanti, " katanya.
Safiq menghadiri pelancaran jersi terbaru Harimau Malaya di Wisma FAM, semalam.
Kekalahan dua kali berturut-turut kepada Vietnam (0-1) dan Thailand (0-2) menimbulkan keresahan di kalangan peminat di samping para pemain gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan.
Persembahan beberapa pemain utama seperti Safiq, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Azamuddin Akil juga tidak begitu menyakinkan di samping kebuntuan menjaringkan sebarang gol.
Menyentuh perlawanan dengan Hong Kong esok, Safiq menegaskan mereka mahu mencari satu keputusan yang baik bagi meningkatkan kembali sokongan para peminat dan keyakinan para pemain.
"Kami mahu mencari kemenangan dan memperbaiki kelemahan yang ada sebelum kejohanan sebenar bermula di samping menarik lagi peminat untuk datang ke stadium, " katanya.- Utusan
Komen - Memang Best Team kita..
No comments:
Post a Comment