})();

nuffnang

28 July 2017

Harimau Kumbang Buang Badi

MENANG DI BATU KAWAN CATAT SEJARAH LIGA SUPER 2017 PULAU PINANG

Ketika rata-rata peminat Harimau Kumbang sudah hilang keyakinan terhadap skuad "The Panther" mereka melakukan kejutan dengan menewaskan Pahang 2-0 rabu lepas di Stadium Batu Kawan.

Pulau Pinang berjaya membuang badi kekalahan yang berterusan pada perlawanan ke-8 Liga Super dan adakah kekalahan Pahang ada kena mengena dengan Dollah Salleh. Bagi penyokong Pulau Pinang itu bukan masalah mereka. Yang mereka mahu tahu pasukan mereka menang, itu sahaja.

Gol pertama tuan rumah dijaringkan Mark Hartmann pada minit kelapan apabila menanduk masuk sepakan percuma Azidan Sarudin manakala gol kedua terhasil menerusi rembatan Sanna Nyassi, minit ke-65.

Kejayaan ketiga skuad Zainal Abidin Hassan itu diharap mampu memberi suntikan semangat buat Harimau Kumbang yang berhasrat kekal dalam Liga Super musim depan.

Sebelum ini, Pulau Pinang mengalahkan FELDA United (1-0) dan Melaka United (3-2) namun Harimau Kumbang dipisahkan dengan jurang mata yang jauh dengan kelompok atasan.

Jika di perhatikan perlawanan akan datang, Pulau Pinang terpaksa menempuh laluan getir kerana terpaksa berdepan dengan pasukan atas Liga Super pada kedudukkan tempat ke-3 hingga ke-7. Mampu atau tidak mereka kekalkan momentum kemenangan sama-sama kita saksikan...

ANDA LANGSAIKAN HUTANG ANDA, JOM SAYA BANTU ANDA DENGAN SIMKAD TONEPLUS, SIMKAD BUAT DUIT. JOM DAFTAR ATAU WHATSAPP SAYA 0134704110 AREE

12 July 2017

Baki Liga Super Pulau Pinang

Berikut Adalah Baki Jadual Perlawanan Liga Super 2017 Untuk Pasukan Pulau Pinang

*JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER PULAU PINANG*

Pusingan Ke-16
15/7/17 - Melaka U vs Penang ( Stadium Hang Jebat Melaka).

Pusingan Ke-17
22/7/17 - Penang Vs Kedah
(Stadium Batu Kawan)

Pusingan Ke-18
26/7/17 - Penang Vs Pahang
(Stadium Batu Kawan)

Pusingan Ke-19
05/8/17 - Sarawak Vs Penang
(Stadium Sarawak)

Pusingan Ke-20
20/8/17 - Penang Vs TTeam
(Stadium Batu Kawan)

Pusingan Ke-21
30/9/17 - Perak Vs Penang
(Stadium Perak)

Pusingan Ke-22
21/10/17 - Penang Vs Selangor
(Stadium Batu Kawan)

Aree aka Zul Karnai
0134704110
sQuadTPaSkarPencenKe2
Northern Region
Penang BAse
http://daftarmudahtoneplusdisini.wasap.my/

10 April 2017

Kemenangan Skuad Pulau Pinang Liga Super 2017

The Panthers Mencatakan Kemenangan Pertama Dengan Meraih 3 Mata Penuh

Skuad kendalian Zainal Abdin Hassan yang baru dilantik sebagai jurulatih baharu Pulau Pinang membayar kepercayaan pihak pengurusan dengan menghadiahkan 3 mata yang cukup berharga dan dicari-cari sejak 9 perlawanan lepas.

Zainal Abidin Hassan yang lebih di kenali peminat bola sepak Pulau Pinang sebagai Mamu ZAH berjaya membuktikan bahawa jurulatih tempat mampu melonjak pasukan belasahan, dan bukan jurulatih luar negara.

Berkunjung ke Stadium Tun Abdul Rahman, Jengka semalam dengan niat membawa pulang 3 mata . Turun sebagai pasukan underdoq bertemu bekas Naib Juara liga super 2016 Felda United dilihat sebagai bukan tugas yang mudah. Namun Coach ZAH tetap komited ingin membawa pasukan Pulau Pinang layak menyertai Piala Malaysia atau sekurang-kurangnya kekal dalam Liga Super 2018.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan pada babak pertama aksi perlawanan dilihat berat sebelah apabila skuad Harimau Kumbang lebih banyak mengatur serangan ke kubu tuan rumah dan tuan rumah lebih banyak bertahan dan sekali-sekali membuat serangan balas.

Tendangan padu Nigel dan Raffiuddin Roddin sekadar singgah dipalang dan tiang gol yang gagal menghasilkan gol pada babak separuh masa pertama. Keputusan perlawanan selepas wisel ditiupkan adalah 0-0.

Bermula aksi separuh masa kedua, Felda United seakan mendapat suntikkan dari Coach B. Sathianathan apabila serangan-serangan pantas terus dilancarkan bertali arus kekubu pelawat dan sekali sekala membuatkan Sani Anuar Kamsani terpaksa bekerja keras menyelamatkan bola dari dibolosi.

Tersentakkan dengan serangan tersebut, anak-anak buah Coach ZAH mula menyusun langkah lebih kemas mengasak ke Kubu Felda United dan akhirnya pada minit ke-79 rembatan kencang dari sisi sukar penjuru kiri oleh S.Kumaharan berjaya membolosi gawang Felda United.

Kekasaran oleh pertahanan Pulau Pinang, Mafri Balang mengundang padah apabila dia dilayangkan kad merah oleh pengadil malam itu, Nagor Ali.

Coach B.Sathinathan memasukkan Syukur Adan bagi memburu mata penyamaan dan mereka berusaha keras untuk mencapai impian itu namun gagal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Pulau Pinang meraih kemenangan pertama dalam Liga Super 2017 dengan 3 mata namun masih kekal menghuni tangga tercorot dengan 4 mata.

Daftar Kad Sim TonePlus anda disini dan nikmati komisen sehingga 13% dari nilai topup anda dan kawan anda..

19 February 2017

Pulau Pinang Di Belasah 6-1

Skuad Utara Tanah Air Pasukan Bolasepak Pulau Pinang aka Harimau Kumbang aka The Panthers Kena Belasah

Misi Pulau Pinang berkunjung ke Stadium Darul Makmur malam tadi dengan niat untuk membawa pulang sekurang-kurangya 1 mata akhirnya membawa pulang mimpi ngeri apabila di belasah Sang Gajah 6-1.

Anak-anak buah Ashley Wood jurulatih kelahiran England itu pada awal babak perlawanan dilihat bermula dengan cukup garang apabila mengasak kubu Pahang dan sesekali berjaya menembusi kubu Sang Gajah. Kepantasan penjaga gawang Pahang berjaya menafikan setiap serangan yang dilancarkan Pulau Pinang.

Tergamam dengan asakkan bertalu-talu Pulau Pinang, jentera serangan Pahang mula mengaturkan serangan demi serangan dan akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila pemain import Pahang berjaya menghasilkan gol mudah dalam kotak penalti Pulau Pinang...

Tamat perlawanan Pahang 6-1 Pulau Pinang.

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI SEGERA