})();

nuffnang

20 August 2016

Malam Ini Emas Milik Malaysia - Badminton Final Rio 2016

Masanya Sudah Tiba Dan Sekarang Paling Baik Atau Kempunan Selamanya, Pertemuan Datuk Lee Chong Wei Menentang Chen Long Wakil China Olimpik Rio 2016.

Jutaan peminat badminton tanahair bersorak girang malah yang tak pernah berminat dengan sukan badminton pun kini secara tiba-tiba bercakap tentang kehebatan jaguh No. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei apabila menewaskan musuh tradisi Lin Dan dalam aksi separuh akhir yang cukup mendebarkan.

Lin Dan sudah tersungkur dan kini menjadi penghalang utama untuk memenangi pingat emas tinggal seorang lagi wakil China, Chen Long.

Sejarah Datuk Lee Chong pernah dua kali ke final badminton perseorangan lelaki tetapi dikecewakan Lin Dan, di Beijing 2008 dan London 2004. Akan tetapi dalam pertemuan di Kota Raya Rio, Chong Wei bagaikan harimau kelaparan melihat gerak geri  lawan kemudian membaham secara perlahan-lahan walaupun agak sukar.

Olimpik Rio menyaksikan kebangkitan Chong Wei daripada kekalahan set pertama  yang cukup mudah membuatkan seluruh rakyat Malaysia gundah namun harimau Malaysia memang sudah terkenal tidak mudah menyerah kalah. Bangkit dalam set kedua dan menang set ketiga menguburkan badi Lin Dan dalam penguasaan Olimpik dunia. Menang dengan 15-21, 21-11, 22-20.

Kini seorang lagi yang perlu Datuk Lee Chong Wei tewaskan, Chen Long yang menumpaskan Viktor Axelsen dari Denmark 21-14, 21-15 dengan " straigh set".

Perlawanan akhir akan berlangsung malam ini dan Chong Wei wajib menang dengan pemain no.2 itu atau dia akan kempunan pingat emas kerana ini merupakan sukan Olimpik terakhir beliau pada usia 34 tahun.

Kemenangan Datuk Lee Chong membolehkan kontinjen Malaysia menempah sekurang-kuranya pingat perak sekaligus mengukuhkan pencapaian terbaik negara dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Satu admin nak pesan...

DLCW - Dont Let China Win....Sempoiiiiii

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN UPTOWN DISINI SEGERA

19 August 2016

Tembok China Mesti Roboh - Badminton Rio 2016

Misi Robohkan Tembok Besar China Dalam Usaha Menang Pingat Emas Badminton Olimpik Rio 2016

Rakyat Malaysia masih punya harapan dan cita-cita untuk melihat lagu Negara Ku dimainkan di Podium dalam sukan terbesar Rio, Brazil. Tumpuan seluruh rakyat Malaysia kini terarah kepada 3 duta kecil yang membawa impian besar buat seluruh rakyat Malaysia.

Misi yang dinamakan " Misi Meroboh Tembok China " tertulis di setiap dada-dada akhbar bagi menyuntik semangat jitu buat atlet negara iaitu gandingan beregu badminton Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei yang akan menjadi sandaran dan peluang terakhir untuk Malaysia mengutip pingat emas sekaligus mengakhiri badi 52 tahun negara tanpa emas.

Percubaan pertama menerusi Goh Liu Ying-Chan Peng Soon gagal mendapat emas namun kita amat bangga walaupun sekadar perak dan melakar sejarah bagi regu campuran sejak 24 tahun sukan badminton diperkenalkan dalam Olimpik ini kali pertama kita melangkah ke final.

Kem badminton negara masih punya harapan dan mendapat satu peluang lagi bagi menukar pingat perak kepada emas apabila gandingan Goh V Shem-Tan Wee Keong akan turun menentang Fu Haifeng-Zhang Nan wakil China di pentas akhir beregu lelaki esok.

Pasangan beregu China itu yang berada dalam rangking no. 4 dunia ditewaskan oleh regu Malaysia dalam peringkat kumpulan dan ini menambahkan lagi keyakinan kita untuk terus mengorak langkah menggapai emas namun sikap terlalu yakin amat berbahaya dan mungkin memakan diri.

Ketua Jurulatih beregu negara Jeremy Gan kepada V Shem-Wee Kiong agar berhati-hati dengan taktik dan strategi baharu Haifeng-Zhang Nan dalam penentuan pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 pada Jumaat ini ( malam Malaysia ).

Pastinya Haifeng-Zhang Nan tidak akan menggunakan strategi yang sama sewaktu perlawanan peringkat kumpulan baru-baru ini yang menyaksikan beregu China itu tewas 21-16,15-21,18-21.

Justeru itu beregu Malaysia tidak boleh dibuai mimpi dengan kemenangan peringkat awal itu kerana pentas akhir cukup berbeza kata Jeremy.

Jeremy turut menasihatkan anak buahnya agar tidak sekadar berpuas hati dengan pingat perak sebaliknya mahukan pasangan Malaysia berjuang habis-habisan kerana kedua-duanya mempunyai peluang meraih emas.

Manakala pemain no. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei tidak mahu sejarah lampau tewas dalam dua Sukan Olimpik sebelum ini menghantuinya, sebaliknya beliau mahu fokus perlawanan ini untuk memberi aksi terbaik dalam sejarah kariernya.

Chong Wei berkata yang dia akan merehatkan minda serta mengosongkan sejarah silam dan akan mempersiapkan mental untuk menerima apa sahaja keputusannya nanti.

Namun tegasnya, untuk menyerah kalah dengan mudah bukan caranya dan merupakan satu kerugian yang besar kerana Rio 2016 adalah temasya Olimpik terakhirnya.

"Semua rakyat Malaysia mengharapkan pingat emas Olimpik daripada saya, harapan yang cukup tinggi menggunung. Saya tidak mampu untuk meramalkan keputusannya nanti.

"Apa yang mampu saya katakan, saya memang menikmati Rio 2016, bagi saya kalah menang, saya tetap menerima dengan hati terbuka sebab pihak lawan bermain dengan lebih bagus.

"Akan tetapi ini adalah Olimpik terakhir saya dan pastinya saya akan terus berlawan dan berjuang terus berjuang hingga keakhirnya, untuk menyerah kalah bukan satu pilihan," katanya.

Datuk Lee Chong Wei juga menyifatkan pertandingan dalam Olimpik adalah 'lebih mudah' berbanding Kejohanan Super Series Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tapi mengakui mental dan fizikal lebih mencabar.

"Saya akan terus fokus dan tidak akan memberi ruang kepada pihak lawan dan kesilapan," katanya.

Admin berharap agar seluruh rakyat Malaysia bersatu memberi sokongan penuh buat wakil kita untuk melakar sejarah dalam badminton Malaysia dengan membawa pulang pingat emas, Insha Allah. AMIN

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERLAJAR BERNIAGA DI UPTOWN DAN PASAR MALAM DENGAN HANYA MODAL YANG MINIMA.

17 August 2016

Pulau Pinang Tewas Di Laman Sendiri

Perlawanan Liga Super Malam Tadi Antara Pulau Pinang Vs Kelantan Amat Menyakitkan Hati....Mutu Pengadilan Yang Cukup Memalukan
Perlawanan ke-18 Liga Super antara Harimau kumbang lawan PQPTRW merupakan perlawanan yang saya sifatkan sebagai kekalahan disebabkan mutu pengadilan yang cukup tidak profesional. Banyak perlawanan yang saya saksikan sebelum ini masih mampu saya pendamkan namun perlawanan malam tadi sudah tidak mampu dibendongkan lagi.
Anda boleh fikir sendiri sebab anda juga berada di Stadium malam tadi.
Review Perlawanan Semalam Di Bawah.
REVIEW DAN RATING PEMAIN: PENANG vs KELANTAN
1. Sani Anuar Kamsani [6.5/10]
- sedikit gugup malam ini
- kadangkala terlalu tergesa-gesa
- sedikit hilang fokus di separuh masa pertama
- berjaya menyelamatkan satu atau dua gerakan berbahaya Kelantan
2. Mazlizam Mohamad [6/10]
- ada effort untuk naik ke atas membantu barisan serangan dari sebelah kanan
- terlalu lama menyimpan bola ketika situasi boleh membuat hantaran silang
- pace dan speed average ketika menyerang yang menyebabkan mudah pemain pertahanan lawan mengawal beliau
3. Renaldo Lobo [6.5/10]
- nampak bermain sambil lewa sebelum Kelantan menjaringkan gol pertama di awal permainan
- beberapa long ball yang tidak memberi sebarang makna
- bermain baik di separuh masa kedua dan mengunci dengan baik pergerakan Ilijoski
- banyak menutup kelemahan Mazlizam dan Mafry
4. Mafry Balang [5/10]
- persembahan malam ini agak kurang mantap
- agak mudah barisan serangan Kelantan melepasi beliau di separuh masa pertama
- beberapa "silly tackle" yang tidak perlu
- gol pertama berpunca dari Mafry (dan Along) dan sepatutnya mengeluarkan bola disebelah kiri.
- marking yang agak lemah
5. Rafiuddin Roddin [4.5/10]
- persembahan yang sangat lemah di separuh masa pertama
- Kelantan menggunakan kawasan sebelah kiri untuk menyerang kerana nampak kelemahan Along
- terlalu mahu menyerang sehingga ruang kosong ditinggalkan dibahagian kiri
- gol pertama dan kedua berpunca dari territory beliau
- bermain lebih baik di separuh masa kedua
6. Jeong Seok Min [6.5/10]
- hanya persembahan sederhana dari beliau
- banyak hilang bola di separuh masa pertama
- bermain baik diseparuh masa kedua dengan hantaran-hantaran tepat kepada barisan serangan
- nampak sedikit kurang "keras" aksi beliau malam ini
7. Matias Jesus Cordoba [8.5/10]
- satu-satunya pemain yang perform at highest level malam ini
- sangat rajin membantu bahagian serangan dan sentiasa juga turun membantu barisan pertahanan
- mempunyai technical ability yang sangat baik
- hantaran yang tepat, through ball yang berkesan dan sangat fokus sepanjang 90 minit
8. Fitri Omar [7.5/10]
- bermain dengan baik malam ini dengan crossing-crossing yang mantap
- sangat rajin naik dan turun secara total
- mempunyai hantaran silang yang baik namun beberapa hantaran beliau gagal dimanfaatkan pemain penyerang
- hampir menjaringkan gol namun percubaan beliau terkena tiang diseparuh masa kedua.
9. Kumaahran [7.5/10]
- begitu rajin dan mempunyai pace dan speed yang baik.
- satu-satunya pemain lokal yang berani hold bola dan beat pemain lawan
- berada di setiap penjuru padang
- bijak mencari ruang untuk meloloskan diri
10. Faizat Ghazali [4/10]
- permainan yang lemah ditunjukkan beliau malam ini
- decision making yang sangat lemah (shooting vs passing)
- kadangkala terlalu lambat untuk release bola
- sebagai pemain sayap beliau harus lebih berani untuk beat pertahanan lawan
- terlalu banyak individual errors dari beliau malam ini
11. Ranti Martins [6/10]
- nampak seolah-olah beliau bermain sebagai "back-up striker" malam ini walaupun beliau adalah penyerang utama
- mempunyai kawalan bola yang baik dan berjaya membuka permainan dengan baik
- kelemahan beliau adalah beliau tidak mempunyai pace serta speed yang baik
- sepatutnya mampu menyudahkan hantaran silang Fitri namun timing beliau agak lemah ketika melakukan tandukan
12. Fauzan Dzulkifli [4/10]
- kemasukan beliau merencatkan pace permainan Pulau Pinang yang dalam mood menyerang secara total
- pemain midfield yang agak kurang visi dan inisiatif
- lebih cenderung ke belakang (back pass)
13. Faiz Subri [4/10]
- kemasukan beliau tidak memberi apa-apa makna
- terlalu lama mahu memegang bola
- beberapa individual errors dari beliau yang membolehkan Kelantan membuat counter attack dari sebelah sayap kanan.
14. Jafri Chew
- saya tak dapat nak buat rating untuk beliau kerana beliau hanya ada kurang 3 atau 4 minit untuk beraksi
- sepatutnya pemain muda sebegini diberi lebih banyak peluang untuk beraksi
- beliau memerlukan game time yang lebih banyak (minimal 15 minit)

13 August 2016

Ma Long Lagenda Ping Pong Dunia

Menjadi Idola Peminat Ping Pong Dunia Ma Long Akhirnya Meraih Emas Olimpik Rio 2016.
Menjadi impian Ma Long untuk memenangi kejuaraan sukan terbesar dunia Olimpik memang sentiasa di benak fikirannya. Di gelar raja Ping Pong namun dia masih lagi kekurangan satu lagi kejuaraan namun mampu tersenyum semalam dan sudah mampu menarik nafas lega.
Ma Long muncul atlet kelima mempunyai koleksi kejuaraan  di Kejohanan Dunia, Piala Dunia dan terbaru di Olimpik semalam, selepas meraih pingat emas di Rio sekali gus menjadikannya antara yang terhebat dalam sukan itu.
Ma Long yang merupakan pemain no satu dunia meraih kejayaan berkenaan selepas menewaskan rakan sepasukan Zhang Jike yang memenangi emas di London pada 2012.
Empat tahun lalu Ma gagal meraih tempat di temasya Olimpik London selepas tidak berjaya melepasi kempen kelayakan di sebalik memegang status pemain nombor satu dunia.  Bagaimanapun, dia berjaya memenangi emas dalam acara berpasukan, tetapi gelaran individu adalah idaman sebenarnya.
"Setelah sekian lama dalam sukan ini, sudah tentu impian saya untuk memenangi pingat emas. Saya amat gembira dapat memenanginya," kata Ma .
Berusia 27 tahun dan mulai memegang status nombor satu dunia pada awal 2015 dan sudah memenangi  semua kejuaraan utama.
Dia mendominasi acara perseorangan Jelajah Dunia ITTF dan salah satu daripada dua pemain yang memenangi empat pingat di Kejohanan Asia.
Kejayaan terbarunya membolehkan Ma Long berdiri sebaris dengan Lagenda yang lepas iaitu Atlet Sweden Jan-Ove Waldner, Kong Linghui dan Ketua jurulatih kebangsaan China Liu Guoliang selaku pemain yang memenangi semua saingan utama.