})();

nuffnang

24 June 2016

16 Pasukan Yang Layak Ke Pusingan Kalah Mati EURO 2016


                                         Image result for euro 2016 pasukan layak ke pusingan kalah mati


Gambar rajah di bawah adalah pasukan yang layak ke pusingan kalah mati yang akan bermula pada hari sabtu waktu Malaysia 25 Jun 2016.


Switzerland vs Poland  -  25 Jun 2016

Croatia vs Portugal  -  25 Jun 2016

Wales vs Ireland Utara  - 25 Jun 2016

Hungary vs Belgium  -  26 Jun 2016

Jerman vs Slovakia  -  26 Jun 2016

Itali vs Sepanyol  -  27 Jun 2016

Perancis vs Ireland  -  26 Jun 2016

England vs Iceland  -  27 Jun 2016


Pusingan 16Suku AkhirSeparuh AkhirPentas Akhir
25 Jun – Saint-Étienne
 Switzerland
30 Jun – Marseille
 Poland
25 Jun – Lens
 Croatia
6 Julai – Lyon
 Portugal
25 Jun – Paris
 Wales
1 Julai – Lille
 Ireland Utara
26 Jun – Toulouse
 Hungary
10 Julai – Saint-Denis
 Belgium
26 Jun – Lille
 Jerman
2 Julai – Bordeaux
 Slovakia
27 Jun – Saint-Denis
 Itali
7 Julai – Marseille
 Sepanyol
26 Jun – Lyon
 Perancis
3 Julai – Saint-Denis
 Ireland
27 Jun – Nice
 England
 Iceland

23 June 2016

Buku Panduan 10 Peraturan Baru FIFA Wajib Anda Ketahui

Kini FIFA Telah Mengeluarkan Buku Panduan Untuk 10 Peraturan Baru Dalam Bolasepak Dunia Bermula Di Perancis


10 peraturan FIFA yang baru dikemaskini


1. Sepak mula adalah bebas.

- Peraturan yang terdahulu mengatakan bola harus disepak ke hadapan apabila berlakunya sepak mula dan pemain mesti berada di kawasan half sendiri. Peraturan baru mengatakan ia bebas untuk digerakkan ke mana-mana arah sekalipun sewaktu sepak mula – asalkan ia bergerak.


2. Kad merah boleh dilayangkan sebelum mula perlawanan.

- Pengadil boleh melayangkan kad merah kepada pemain walaupun sebelum sepak mula. Jika seorang pemain dikenakan kad merah sebelum bermulanya perlawanan, pasukan tersebut masih bermula dengan 11 orang pemain. Cuma bezanya, pemain yang dikenakan kad merah tersebut bakal digantikan dengan salah seorang pemain simpanan. Jadi, pasukan mereka akan rugi seorang pemain simpanan. (merujuk kejadian Roy Keane dan Patrick Vieira di dalam terowong Highbury sebelum perlawanan).


3. Mangsa kecederaan boleh dapatkan rawatan segera.

- Berbeza dengan peraturan sebelum ini dimana pemain yang tercedera akibat kekasaran kad kuning dan merah perlu meninggalkan padang sebelum mendapatkan rawatan, kali ini mereka tak perlu berbuat demikian. Jika seorang pemain tercedera disebabkan kekasaran kad merah atau kad kuning, beliau boleh mendapat rawatan segera tanpa perlu meninggalkan padang. Adalah tidak adil jika pasukan yang melakukan kesalahan bermain dengan 11 orang, manakala pasukan yang dikasari pula perlu bermain dengan 10 orang.


4. Keluar masuk pemain ke dalam padang boleh dilakukan oleh pembantu pengadil.

- Jika seorang pemain keluar dari padang, contohnya untuk menukar but, dia perlu menunggu permainan dihentikan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk bermain semula. Mengikut peraturan sedia ada, pengadil perlu memeriksa but tersebut sebelum dia boleh menyambung permainan. Mengikut peraturan baru, pemeriksaan tersebut boleh dilakukan oleh pengadil ke-4 perlawanan ataupun pembantu pengadil. Jika tiada masalah, dia boleh terus masuk ke padang tanpa perlu menunggu permainan dihentikan.


5. Hukuman lebih keras untuk kesalahan menarik pakaian pemain lawan.

- Apabila salah seorang pemain tersebut menarik jersi atau menghalang pemain lain daripada masuk padang kembali, pengadil akan menghadiahkan kad kuning atau merah kepada pesalah mengikut peraturan lama. Namun mengikut peraturan baru, pasukan yang dikasari akan diberikan freekick di atas touchline. Jika ia berlaku di dalam kawasan penalti, maka sepakan penalti akan diberikan.


6. Menghalang gol akan dihukum.

- Jika pemain simpanan (yang tak bermain) masuk padang dan menghalang gol, pengadil perlu memberikan indirect free-kick kepada pasukan lawan jika mengikut peraturan lama. Kemudian menurut peraturan lama lagi, jika doktor masuk padang ketika permainan sedang berlangsung, pengadil perlu memulakan semula perlawanan dengan drop ball. Ini tidak adil bagi pasukan yang menjadi mangsa. Pasukan yang membuat kesalahan mendapat faedah apabila membuat kesalahan ini. Dalam peraturan baru, jika pemain gantian (yang tak bermain) dan doktor pasukan melakukan kesalahan ini, pasukan mereka akan dihukum dengan direct free-kicks atau sepakan penalti.


7. Penentuan sepakan penalti lebih adil.

- Jika sebuah pasukan 10 orang (kurang 1 pemain kerana kad merah) masuk penentuan penalti menentang pasukan 11 orang, salah seorang pemain dari pasukan 10 pemain bakal mengambil sepakan penalti sebanyak 2 kali mengikut peraturan lama. Jadi mengikut peraturan baru, jika pasukan 10 orang masuk ke penentuan sepakan penalti dengan pasukan 11 orang, pasukan 11 juga bakal menghantar hanya 10 wakil terbaik untuk mengambil sepakan penalti tersebut.


8. Peraturan ofsaid lebih konsisten.

- Sebelum ini dalam peraturan lama FIFA, ada berlakunya percanggahan. Dalam satu bahagian, FIFA mengatakan apabila seorang pemain ofsaid, free kick akan diberikan di kawasan hantaran ofsaid tersebut dilakukan. Tetapi dalam satu bahagian lain, FIFA mengatakan free kick perlu diberikan di kawasan permain ofsaid menerima bola. Dalam peraturan baru, free kick akan diberikan di kawasan hantaran ofsaid tersebut dilakukan. Bukannya kawasan pemain ofsaid menerima bola.


9. Logo kelab boleh digunakan di bendera sepakan sudut.

- Mengikut peraturan lama FIFA, bendera sepakan sudut (corner flag) haruslah formal dan tidak boleh mempunyai sebarang logo kelab seperti yang biasa berlaku di Premier League. Tetapi dalam peraturan baru, FIFA telah memansuhkan peraturan tersebut.


10. Menggunakan common sense (Budi Bicara).

- Jika pengadil mengadili perlawanan dan terdapat beberapa kesalahan kecil dalam undang-undang FIFA, mereka tak perlu terlalu tegas dan skema. Ini bermakna, sebagai contoh, pengadil tak perlulah membatalkan perlawanan peringkat akar umbi hanya kerana satu tiang bendera sepakan sudut telah patah.


10 peraturan FIFA yang baru dikemaskini ini diterajui bekas pengadil Premier League, David Elleray antara watak penting dalam usaha kemaskini buku peraturan FIFA yang baru ini.





18 June 2016

Misi Hidup Mati Belgium Euro 2016

Pertemuan Malam Ini Ibarat Misi Hidup Mati Bagi Belgium Yang Bakal Tersingkir Jika Kalah


Belgium yang akan bertemu dengan Ireland malam ini perlu melakukan sesuatu bagi menghidupkan mereka ke pusingan 16 terbaik nanti namun itu jika mereka mampu menang dan andainya tewas mereka terpaksa pulang awal.

Pengurus Belgium, Mare Wilmots menyifatkan pertemuan dengan Ireland ibarat misi 'hidup mati' untuk pasukannya dalam kempen Euro 2016.

Kekalahan mengejut 0-2 kepada Itali dalam aksi pembukaan membuatkan pasukan no.2 dunia itu terpaksa memikul beban untuk mencari kemenangan sulung dalam kumpulan E sekaligus menghidupkan peluang meraih tiket ke pusingan kedua.

Ketumpulan jentera serangan menembusi benteng Itali memaksa Belgium melakukan beberapa rombakan untuk berdepan Ireland yang mempamerkan aksi hebat ketika mengikat Sweden 1-1.
"Kami sekarang sedikit tertekan samada menang atau mati.

"Ada dua lagi perlawanan menanti dan kedua-duanya umpama perlawanan akhir. Seandainya kami gagal bangkit dan kalah pada perlawanan pertama, kami boleh pulang awal.

"Amat penting pada kami untuk fokus dan jangan sekali-kali melakukan kesilapan bodoh yang boleh mengundang padah,"kata Wilmots.

Biar pun agak terdesak mencari kemenangan, namun kami tidak memandang rendah keupayaan jentera serangan Ireland oleh itu kami meletakkan dua tonggak pertahanan, Toby Alderweireld dan Jan Vertonghen untuk menyekat penyerang lawan, Shane Long.

Bintang tengah Chelsea, Eden Hazard terus mendapat kepercayaan mengetuai jentera serangan Belgium bersama Marouane Fellaini.

Dan keputusan perlawanan memihak kepada Belgium dengan 3-0.



17 June 2016

Mafri Balang - Cukup Selesa Dengan Bojan Dan Nenad

Sudah Hampir Setengah Bulan Bersama Coach Baru Amat Memberi Kepuasan Dalam Latihan Dengan Pendekatan Baru Nenad Dan Bojan


Di bawah bimbingan jurulatih baru, Nenad Bacina dan pemantauan oleh Bojan Hodak seperti memberi nafas baharu buat  pemain Pulau Pinang dan ternyata mereka tidak berdepan sebarang masalah menyesuaikan diri. Pelbagai sudut yang menarik dan bukan sahaja tentang corak latihan mereka berdua tetapi prinsip falsafah serta disiplin yang jitu buat skuad dimantapkan.

Bagi pertahahan skuad Pulau Pinang, Mafry Balang, keseluruhan skuad Harimau Kumbang kini amat bersemangat sejak menerima suntikan baru yang di bawa Bacina dan Hodak. Amat ketara adalah dari segi taktikal yang diterapkan dan diserlahkan melalui pendedahan oleh mereka berdua.

"Bagi kami pemain, sesiapa sahaja yang menjadi jurulatih tidak timbul persoalannya untuk kami menerima mereka. Bezanya dengan Nenad dan Bojan, kami dapat merasai sesuatu kelainan dalam corak latihan yang diterapkan selain mereka amat tegas dengan semua pemain.

Banyak ilmu-ilmu baru yang kami perolehi setelah setengah bulan bersama mereka dan paling utama adalah soal taktikal yang sedang kami usahakan untuk mencapai tahap yang diperlukan jurulatih. Perkembangan terbaik adalah kami sekarang ini akan datang ke padang latihan lebih awal setengah jam kerana Nenad dan Bojan akan adakan perbincangan dengan pemain terlebih dahulu," katanya.

Walaupun gagal untuk beraksi pada Piala Malaysia namun ianya tidak mematahkan semangat Mafry malahan menganggap ianya adalah hikmah tersendiri kepada skuad The Panthers itu dan hanya perlu fokus untuk kekal dalam Liga Super untuk musim depan.

"Siapa pun akan kecewa, mulanya macam itulah, tetapi kami kena fikir positif. Buat apa beraksi di Piala Malaysia jika kami gagal menempatkan diri pada kelompok 10 terbaik di Liga Super.

Bagi saya ini merupakan satu peluang terbaik bagi kami skuad Pulau Pinang ketika pencabar kami terpaksa berdepan jadual ketat untuk mengharungi Piala Malaysia. Jadi mungkin dari situ kami boleh mengambil kesempatan untuk beraksi dengan lebih bertenaga dan menyerlah menumpaskan lawan atas sebab jadual perlawanan yang memihak kepada kami.

Dan kami perlu meraih tiga mata setiap kali turun bermain di laman sendiri yang mana kami sering tewas tiap kali bermain di Bandaraya sebelum ini," katanya.

Bagi pendapat admin, suntikan tenaga baharu dari Nenad dan Bojan di harap dapat menghasilkan sesuatu selepas aksi saingan Liga Super bermula Julai nanti. Dan Pulau Pinang mampu melakukan sesuatu agar kita kekal relevan pada Liga Super tahun hadapan, Insha Allah.