})();

nuffnang

02 June 2016

Harimau Malaysia vs Timor Leste Kelayakan Piala Asia

Khidmat Safiq Rahim Terpaksa DiLupakan Namun Tidak Meresahkan Skuad Negara


Menjelang aksi perlawanan play-off aksi Kelayakan Piala Asia 2019 yang akan berlangsung malam ini di stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, tidak meresahkan Dato Ong Kim Swee walaupun tonggak utama, Safiq Rahim tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Segala-galanya sudah pun di atur sebaik mungkin dengan dengan enam pemain sedia galas, isi kekosongan posisi pemain paling bernilai itu.

"Meski pun ketiadaan Safiq yang masih di belenggu kecederaan, ia bukan penghalang kerana saya mempunyai barisan serangan yang mampu mengisi kekosongan itu.

"Kita masih ada Amirulhadi Zainal, Amirulhisham Awang, Ahmad Fakri Saarani, Baddrol Baktiar, Latiff Suhaimi dan Brendan Gan yang bersedia mengambil alih posisi Safiq," Kata Datuk OKS.


01 June 2016

EURO 2016 - Senarai Nama Skuad England

Senarai Penuh Pasukan The Three Lions, Pemain Muda Marcus Rashford Tersenarai

Penyerang muda sensasi dari kelab Manchester United yang dikhabarkan bakal menyertai England dalam Kejohanan bola sepak kedua terbesar itu Euro 2016 kini sah menjadi barisan utama Three Lions.

Rashford yang baru berusia 18 tahun berjaya menambat hati pengendali skuad England, Roy Hodgson untuk menyenaraikanya dan di sebalik itu dua pemain tengah digugurkan, Danny Drinkwater (Leicester City) dan Andros Townsend (Newcastle).

Pemain muda itu berjaya meledak gol dalam tempoh tiga minit semasa aksi sulungnya bersama England untuk membantu pasukan menewaskan Australia 2-1, Jumaat lalu.

Rashford juga dianggap bintang oleh peminat tempatan apabila  dengan aksi sulung yang cukup cemerlang bersama The Red Devils membelasah kelab Denmark, FC Midtjylland, 5-1 pada saingan Liga Europa, Februari lalu.


Skuad England

Penjaga Gol

Fraser Forster (Southampton)

Joe Hart (Manchester City)

Heaton (Burnley)


Pertahanan

Ryan Bertrand (Southampton)

Gary Cahill (Chelsea)

Clyne (Liverpool)

Danny Rose ( Tottenham Hotspur)

Chris Smalling (Manchester United)

John Stones (Everton)

Kyle Walker (Tottenham Hotspur)


Tengah

Dele Alli (Tottenham Hotspur)

Ross Barkeley (Everton)

Eric Dier (Tottenham Hotspur)

Jordan Henderson (Liverpool)

Adam Lallana (Liverpool)

James Milner (Liverpool)

Raheem Sterling (Manchester City)

Jack Wilshere (Arsenal)


Serangan

Hary Kane (Tottenham Hotspur)

Marcus Rashford (Manchester United)

Wayne Rooney- Capt (Manchester United)

Daniel Sturridge (Liverpool)

Jamie Vardy (Leicester City)




29 May 2016

Harimau Malaysia Gagal Di Myanmar

 Masih Belum Mantap Skuad Harimau Malaysia


Gagal mencatat kemenangan dengan myanmar dalan aksi perlawanan persahabatan bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon semalam.

Ketumpulan jentera serangan di lihat menjadi punca penyebab Harimau Malaysia menjaringkan gol. Datuk Ong Kim Swee perlu mencari jalan agar perkara ini dapat diatasi dengan segera sebelum play-off nanti.

Sejarah kosong jaringan diteruskan lagi apabila dalam dua perlawanan lepas juga tetap kosong bertemu dengan Arab Saudi (0-2) dan Macau (0-0). Jaringan kali terakhir dilakukan pada perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan Malaysia tumpas 1-2.

Walaupun kita dibarisi pemain-pemain yang mewakili kelab-kelab hebat di tanah air namun di peringkat antarabangsa kita cukup lemah.

Walau bagaimana pun Datuk Ong Kim Swee tetap optimis berkata tentang peluang yang ada pada Harimau Malaysia dalam aksi perlawanan menentang Timor Leste di Larkin nanti pasti menjadi milik kita.

"Saya menggunakan pemain terbaik, namun selepas babak kedua saya terpaksa melakukan pertukaran kerana ada pemain saya terlibat dalam perlanggaran.

"Perlawanan ini amat penting untuk mencari keserasian dan kombinasi mantap sesama pemain. Ramai pemain utama yang terdiri daripada pemain JDT hanya melapur diri dua hari sebelum pertemuan itu kerana mereka terlibat dengan Piala AFC.


Ratu Skuasy Negara Kandas Lagi

Datuk Nicol Ann David Kecewa Gagal Melangkah Ke Akhir Misi Buru kejuaraan Dunia Ke Tiga


Faktor usia di lihat membawa banyak kesan ke atas ratu skuasy negara Datuk Nicol apabila gagal menundukkan pemain yang enam tahun lebih muda, Raneem El Welily yang menggagalkan hasrat beliau dalam separuh akhir kejohanan skuasy Siri Dunia Akhir PSA di Burj Park, Dubai semalam.
Kalah dengan 5-11, 11-8, 8-11 kepada pemain no.3 dunia itu menyekat hasrat Nicol untuk merangkul kejuaraan ketiganya selepas muncul juara pada 2012 dan 2013.

Datuk Nicol yang kini berusia 33 tahun gagal mengatasi Raneem yang tidak pernah kalah sepanjang kejohanan ini memulakan kempen dengan kemenangan mudah 11-5 di set pertama.

Namun Nicol bangun pada set kedua memenangi dengan 11-8. Dalam set penentuan Datuk Nicol berjaya mendahului dengan 5-3 namun Raneem bertindak bermain dengan aggresif dan berjaya memintas lalu memenangi set penentuan itu dengan 11-8.

Datuk Nicol tetap bersikap positif walaupun tewas kepada Raneem dengan rekod pertemuan 25-5.
"Penonton menantikan satu pertarungan menarik dan saya fikir, kami memberikan apa yang mereka mahukan.

"Saya terpaksa berhempas pulas hingga tamat permainan kerana menentang Nicol tidak pernah mudah,"kata Raneem.

Dalam final nanti Raneem akan bertemu pemain nombor dua, Laura Massaro dari England yang mara ke final selepas menumpaskan juara dunia dua kali dari Mesir, Nour El Sherbini 12-10, 11-6 .
Perlawanan akhir dijadualkan hari ini.