})();

nuffnang

17 May 2016

Pahang Bakal Tersingkir Aksi Piala Malaysia

Perlawanan Menentang JDT Di Larkin Tampak Sukar


Dalam kebanyakkan peminat memperkatakan pasukan-pasukan yang di lihat akan tersingkir dari aksi Piala Malaysia, ramai yang terlupa bahawa skuad tok gajah mungkin menjadi mangsa kerana pertemuan malam esok menentang Juara Piala Malaysia di Larkin di lihat amat sukar.

Peminat sukan bola sepak tanahair ketika ini hanya menunding jari kearah dua pasukan terbawah Liga Super iaitu Pulau Pinang dan Sarawak namun ramai yang tidak menjangka mungkin Pahang yang bakal tersingkir jika di ambil kira jadual perlawanan dan papan kedudukan mata terkini.

Skuad tok gajah walaupun menghuni ditangga kesepuluh Liga dengan sembilan mata namun mereka terpaksa berhadapan dengan Johor Darul Ta'zim yang cukup kental di halaman sendiri kerana buat masa ini JDT belum pernah kalah di Larkin
.
Kiraan menggunakan campur jaringan bolos mungkin tidak akan memihak kepada Pahang andainya mereka kalah malam ini dan Pulau Pinang serta Sarawak mencatatkan kemenangan.

Pulau Pinang yang beraksi di gelanggang sendiri hanya perlukan kemenangan untuk mendapatkan 3 mata berharga manakala Sarawak juga akan manfaatkan halaman sendiri  perlu menang tanpa bolos dengan jaringan yang besar.

Kesemua percaturan ini pastinya merancakkan lagi persaingan Liga Super saingan ke -11 malam esok.


BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN UPTOWN SILA DAPATKAN EBOOK ANDA DISINI SEKARANG



16 May 2016

Podium Pertama Kategori Supersport Buat Zulfahmi

Zulfahmi Hampir Menjadi Juara Superbike Dunia


Hanya beberapa saat sahaja Zulfahmi hampir muncul juara dan ketinggalan namun tetap meraih tempat kedua kategori Supersport pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) setelah di pintas VerdNatura semalam.

Pelumba Orelac Racing VerdNatura menggamatkan 10,000 penonton di Kitar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila memimpin hampir keseluruhan perlumbaan namun gagal mengekalkan konsistensi mengawal jenteranya apabila pada tiga pusingan terakhir dia terpaksa akur dengan kehebatan Ayrton Badovini (GEMAR Baloons-Team Lorini) yang memintas dan muncul juara.

Keseluruhan masa yang dicatat Badovini dari Itali itu adalah 33 minit 22.944s dan hanya dibezakan 0.050s dengan Zulfahmi, tempat ketiga pula milik Gino Rea (GRT Racing Team).

Walaupun bermula dipetak kelima namun menjadi naib juara cukup menggembirakan Zulfahmi kerana ini merupakan pencapaian terbaiknya dalam kategori Superbike (WSBK) dan menamatkan kemarau podium yang pernah beliau naiki 4 tahun lalu dalam saingan 125cc Kejuaraan Motosikal Dunia pada 2012 dengan tempat kedua pada Grand Prix Valencia dan Malaysia. 

Kini Zulfahmi berjaya memperbaiki kedudukan ke-10 dengan 40 mata. Walaupun sedikit kecewa namun beliau gembira berjaya meraih podium pertamanya di WSBK.

"Saya menekan brek terlalu kuat pada selekoh terakhir berbanding pusingan sebelumnya dan ini mengakibatkan saya hilang kawalan dan ketinggalan.

"Keputusan kedua ini tidak terlalu bagus kerana saya sepatutnya boleh menjadi juara dengan apa yang berlaku dan ketinggalan beberapa saat sahaja.
"Namun saya tetap gembira meraih podium di tempat kedua dan akan cuba memperbaiki catatan masa untuk perlumbaan seterusnya," kata Zulfahmi.

Sementara itu, Bavodini turut memuji Zulfahmi.
"Sememangnya dia seorang pelumba yang bagus dan berani serta sangat laju, kami saling pintas memintas namun tuah ternyata memihak kepada saya," kata Bavodini.


15 May 2016

Kisah Pasukan Bola Sepak Kerdil Menang Besar

Juara Di Luar Jangkaan Pasukan Bolasepak Dunia Yang Di Pandang Rendah Kami Dedahkan Sejarah Mereka


Kejayaan Leicester City memenangi trofi Liga Perdana Inggeris musim 2015/2016 bagaikan sebuah kisah dongeng namun itulah hakikatnya.....dan begitu juga lain-lain kelab yang pada mulanya dianggap mustahil dan menjadi bahan ejekkan.



KAISERSLAUTERN
(JERMAN, 1997-98)

DI bawah kendalian jurulatih hebat Otto Rehhagel, Kaiserslautern merupakan satu-satunya kelab yang pernah memenangi Bundesliga pada musim pertama mereka menaiki dari divisyen kedua.

Adalah agak sukar mengingati kelab-kelab lain yang pernah memenangi Bundesliga selain kelab yang kerap memenanginya iaitu Bayen Munich yang cukup dominan.

Kejayaan Kaiserslautern yang berjaya merampas kejuaraan liga dari Bayern menjadi satu tamparan hebat untuk kelab Bavaria itu yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Paling menyakitkan hati adalah Kaiserslautern menggunakan khidmat jurulatih Rehhagel yang menjadi jurulatih Bayern sebelumnya. Rehhagel juga membuat kejutan berjaya memimpin Greece menjuarai Euro 2004.

Kaiserslautern bukan kelab yang lemah sebenarnya, dibarisi pemain hebat seperti  Michael Schjonberg, Miroslav Kadlec, Pavel Kuka dan Andreas Brehme. Sebelum tersingkir ke divisyen dua tahun 1996 dan menamatkan saingan bundesliga di tempat keempat serta layak ke perlawanan akhkr Piala Jerman.


WOLFSBURGS
(JERMAN,2008-2009)

Ketika pertengahan aksi Bundesliga musim 2008-2009, Wolfsburg berada pada di tangga kesembilan dengan sembilan mata dijarakkan dengan pendahulu liga. Selepas rehat musim sejuk, kejutan demi kejutan dilakukan Wolfsburg dengan mencatatkan 15 kemenangan daripada 17 perlawanan termasuk membelasah Bayern Munich 5-1. 

Wolfsburg dinobatkan sebagai Juara Bundesliga dengan kelebihan dua mata mengatasi Bayern. Ini merupakan kejuaraan Bundesliga yang pertama oleh kelab itu yang dipimpin oleh Felix Magath.

Diwakili oleh penyerang Brazil, Grafite (28 gol) dan penyerang Bosnia, Edin Dzeko (26 gol) yang mencatatkan rekod baharu jaringan terbanyak sebanyak 54 gol, 1 gol lebih dari rekod sebelumnya yang di pegang oleh lagenda Bayern, Gerd Mueller (40 gol) dan Uli Hoenes (13 gol) yang dijaringkan pada musim 1971/1972.

LEICESTER CITY
(ENGLAND, 2015-2016)

Pasukan yang mendapat jolokan Foxes itu muncul juara Liga Perdana Inggeris pada 2 Mei lalu selepas pencabar terdekat Tottenham Hotspur sekadar seri  dengan Chelsea.

Walaupun Leicester menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan pada awal musim namun rata-rata pengkritik sukan mereka tidak akan mampu kekal pada prestasi terbaik hingga akhir musim. Mereka langsung tidak di berikan perhatian dan ramai menjangkakan mereka akan merudum pada pusingan kedua kerana sekadar menamatkan tempat ditangga ke-14 musim lalu.

Foxes langsung tidak disenaraikan bakal merebut tahta EPL dan ramai mengatakan mereka akan tersingkir kembali ke division dua musim depan, berbanding dengan pasukan ternama lain yang berbelanja besar, pemain Leicester hanya bernilai AS$32 juta dan jumlah tersebut amat jauh lebih kecil dibandingkan dengan kelab gergasi seperti Manchester United yang bernilai AS$416 juta yang Van Gaal belanjakan dalam tempoh 2 musim.

Pemain terhebat pasukan itu Riyad Mahrwz, N'Golo Kante dan Jamie Vardy di beli pada harga yang murah.

Dan juga ramai yang terlupa Leicester City yang juga di sebut "Lester", pernah mendiami Liga Divisen Satu Bola Sepak Inggeris dan tersingkir tujuh tahun yang lalu agak mustahil mampu merangkul mahkota dalam masa sesingkat itu.


WESTERNSYDNEY WANDERERS
(AUSTRALIA, 2013)

Pencapaian yang sememangnya cukup menakjubkan. Mula ditubuhkan pada 2013, sekaligus terus muncul juara A-League pada musim pertamanya. Western Sydney terus membuat kejutan dengan menjuarai Liga Juara-Juara Asia sekaligus layak beraksi di Piala Dunia Kelab FIFA.

Sebelum menjadi juara kelab itu menewaskan juara bertahan, Guangzhou Evangrande di peringkat suku akhir, FC Seoul (separuh akhir) dan Al Hilal (akhir). Itulah kelab pertama dan tunggal dari Australia yang memenangi Liga Juara-Juara Asia.

Musim 2015, kelab itu menamatkan saingan A-League di tempat kedua dan hanya dibezakan satu mata sahaja dengan juara liga, Adelaide United. Western Sdyney yang mula tidak nampak gah namun kembali bangkit dengan tujuh kemenangan berturut-turut dalam 10 perlawanan tanpa kalah dalam masa yang singkat dan kini merupakan kuasa besar bola sepak Australia dan Asia.



MONTPELLIER
(PERANCIS, 2011-2012)

Tiada siapa yang akan menyangka Montpellier mampu merangkul kejuaraan Ligue 1. Pengambilalihan pasukan Paris Saint-Germain (PSG) oleh billionaire dari Qatar pada musim panas 2012, dikatakan sebagai permulaan dominasi kelab itu dalam Ligue 1. Namun impian dan cita-cita PSG dinafikan oleh Montpellier.

Menang 2-1 ke atas Auxerre di perlawanan terakhir membolehkan Montpellier menamatkan saingan musim 2011/2012 dengan berada di persada liga dengan kelebihan tiga mata dibezakan dengan PSG yang dipimpin oleh Carlo Ancelotti. Siapa sangka kelab yang menamatkan saingan musim lalu di tangga ke-14 dan hampir tersingkir mampu merangkul mahkota kejuaraan.

Mereka menjadi pencabar yang hebat pada musim 2011/2012 dan penjaring terbanyak serta penyerang Oliver Giroud menerima kasut emas, dia kemudian berhijrah ke Kelab England, Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £12m.


VERONA
(ITALI, 1984-1985)

Gelaran liga yang diraih Verona pastinya tidak akan dapat dilupakan dan akan terus dikenang. Bukan kerana ini kejuaraan tunggal kelab itu di Series A, tetapi kejayaaan itu hadir dalam masa sama Itali sedang bergelut membersihkan imej dari gejala rasuah sekitar tahun 1980-an.

Mungkin ada yang tidak mengetahui pada musim 1984/85 pengadil akan dipilih secara rawak bagi mengelakan penetapan keputusan perlawanan. 

Pemain-pemain muda ketika itu seperti Hans-Peter Briegel, Preben Elkjaer Larsen, Pietro Fanna, Antonio Di Gennaro dan Giuseppe Galderisi berjaya menewaskan pasukan gergasi seperti Juventus dan Napoli.

Perlawanan pembukaan menyaksikan mereka melakar kejutan dengan menewaskan Napoli yang diwakili Diego Maradona ketika itu dengan 3-1. Kemudian kejutan diteruskan dengan menewaskan Juventus pada perlawanan kelima dengan 2-1. Perlawanan itu dikenang kerana Elkjaer menjaringkan gol selepas butnya tertanggal akibat dibentes di luar kotak penalti.

Verona menamatkan saingan liga dengan rekod 15 kemenangan, 13 seri dan dua kalah. Mereka melangkah kelab Torina (kedua), Inter Miland (ketiga), dan Sampdoria (keempat).







Indonesia Bebas Dari Penggantungan

Penggantungan Persekutuan Bola Sepak Indonesia Selesai Setelah Setahun


Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino memaklumkan yang mereka kini membebaskan Persekutuan bola sepak Indonesia dari penggantungan dan tamat semalam ekoran campur tangan kerajaan keatas persatuan itu hampir satu tahun.

Namun Kongres FIFA penggantungan Kuwait dan Benin masih berjalan ekoran masalah yang sama.
Infantino menyatakan perkara itu kepada delegasi Indonesia, salah pasaran bola sepak terbesar Asia, telah diambil pemantauan oleh Majlis FIFA selepas kerajaan Indonesia bersetuju untuk membatalkan perintah yang dianggap telah mencampuri urusan persekutuan bola sepak negara itu.

"Kerajaan Indonesia telah memaklumkan kepada kami bahawa perintah itu yang menyebabkan penggantungan kini telah ditarik balik serta merta,"kata Infantino.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) amat menyambut baik dan mengalu-alukan "kembali ke keluarga bola sepak Asia" tapi menentang keras sebarang campur tangan kerajaan dalam pengurusan sukan.

"Jawatankuasa Eksekutif AFC yang bermesyuarat menegaskan mengenai pendirian tetap majlis terhadap campur tangan oleh kerajaan dalam sukan amnya dan bola sepak khususnya amat ditentang.

"Merujuk mesyuarat mereka di Delhi pada November tahun lalu, Doha pada Januari dan Kuala Lumpur pada Mac, Jawatankuasa Eksekutif AFC di Mexico City menegaskan yang tiada ruang atau keperluan kerajaan campur tangan," kata AFC.

Persekutuan bola sepak Indonesia telah di gantung oleh FIFA pada Jun tahun lalu setelah berlaku pertelingkahan antara kerajaan Indonesia dengan PSSI dalam isu pasukan mana yang sepatutnya memasuki divisyen teratas liga tempatan.

Kerajaan Indonesia telah menggantung Persekutuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) selepas mereka engkar perintah arahan menggantung dua pasukan yang pemiliknya gagal mematuhi peraturan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Amaran keras berulang kali di beri FIFA agar cepat menyelesaikan pertelingkahan itu gagal di patuhi menyebabkan mereka di gantung dan tidak dapat menyertai kempen dwikelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.