})();

nuffnang

20 April 2016

Safiq Rahim Kapten JDT Berlagak

Muscle Car Safiq Dan S.Kunalan Di Kecam


Heboh di media-media sosial tohmahan mengatakan dua pemain bolasepak dari Pasukan Harimau Selatan menunjuk-nunjuk kereta baru mereka yang bernilai hampir.RM900,000 sebuah.

Niat mereka mungkin sekadar memberi inspirasi kepada peminat bolasepak apabila bergambar bersama kereta muscle car buatan Amerika yang baru dibeli dan kemudian dimuat naik dalam facebook rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT).

Namun, gambar kapten JDT, Safiq Rahim dan pemain tengah S.Kunalan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, malah ada yang mengatakan mereka sengaja mahu menunjukkan kemewahan masing-masing.

Safiq yang menaip kenyataan bergambar disebelah keretanya "Mereka bangun setiap pagi memikirkan untuk menulis negatif terhadap kami. Kami bangun pagi mengucapkan syukur pada Allah dan hidup berjaya".

Kunalan pula menperagakan kereta Dodge Challenger menulis "Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi jangan berhenti berusaha untuk apa yang anda mahu".
Sementara itu dalam laman rasmi facebook Johor Southern Tiger (JST) bahawa kenderaan itu bukan milik TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Untuk makluman para penyokong, kenderaan milik S.Kunalan bukanlah milik DYAM Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor, sebaliknya dibeli oleh pemain tersebut di 22Motors iaitu salah satu penaja kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim," kata JST dalam kenyataan tersebut.
Sementara itu dalam laman sosial peminat memberi pelbagai pandangan yang berbeza, ada negatif dan positif.





Namun bagi admin sendiri kenapa perlunya peminat melontarkan pandangan negatif. Sesiapa sahaja kalau ada wang yang banyak berhak membelanjakan wang tersebut mengikut cita rasa dan kemampuanya. Tak perlulah kondem, kalau orang yang negatif itu ada duit pun pasti dia ingin bergaya.



Mereka berusaha sendiri dengan titik peluh mereka jadi kita tak perlu cemburu, kalau ingin jadi seperti mereka berusahalah sekarang untuk apa yang anda hajati seperti kata S.Kunalan.

Harimau Kumbang Mampu Benamkan Selangor

Coach Manzoor Cabar Anak Buah Tundukkan Selangor


Sehebat mana pun Selangor, sekuat mana pun Selangor namun Pulau Pinang tidak pernah gentar. Pulau Pinang akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk aksi Liga Super 2016 kelapan malam ini.

Misi tiga mata Pulau Pinang berkunjung ketempat lawan malam nanti, Coach Mazoor Azwira Abdul Wahid mahukan semua pemain fokus  sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Peluang terbuka luas untuk kami mengambil kesempatan di mana Selangor kini bergelut dengan prestasi menjunam mereka dan masalah sesama pemain yang dilapurkan akhbar baru-baru ini, tapi kami tetap tidak memandang rendah kepada mereka.

"Memang daripada apa yang kita lihat, Selangor sedikit bergelut tetapi kita masih perlu menghadapi mereka. Itu perkara yang saya pesan kepada pemain-pemain semasa latihan agar mereka tidak terlalu yakin.

"Tambahan pula kami akan beraksi di tempat lawan di Stadium Selayang, memang saya akui rekod beraksi di luar Bandaraya kurang cemerlang, perkara ini lah yang menjadi perhatian saya dan mahu pemain fokus sepanjang 90 minit dan biar mereka yakin mampu catat kemenangan biar di mana sahaja mereka beraksi",  kata-kata Coach Manzoor di petik dari laman web Penang FA, semalam.
Hasrat beliau untuk menggandingkan dua pertahanan import, Brent Griffiths dan Reinaldo Lobo  tidak kesampaian berikutan Griffiths menghadapi masalah kecederaan pangkal peha yang agak serius.
Namun Lobo yang tidak beraksi dua perlawanan sebelum ini akibat kecederaan dilapurkan telah pulih dan kemungkinan akan diturunkan malam nanti untuk aksi dengan Selangor.


"Lobo boleh diturunkan pada perlawanan malam nanti menentang Selangor tapi sayangnya Griffths pula yang cedera dan mungkin terpaksa direhatkan selama seminggu dan mungkin tidak sempat beraksi menentang Selangor, manakala Azrul Ahmad (Cipeng) juga memerlukan beberapa minggu untuk pulih.

"Pun begitu saya tetap yakin dengan barisan yang ada sekarang tambahan pula kehadiran semula Fitri Omar dan Fauzan Dzulkifli yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kami malam nanti", kata Manzoor.



19 April 2016

Malang Berterusan Barcelona

Mengalami Kekalahan Keempat Kepada Valencia



Meraikan jaringan ke-500 Lionel Messi semacam igauan ngeri tidak mampu memberi apa-apa makna menyelamat Barcelona daripada terus mencatat kekalahan keempat dalam lima perlawanan tewas 1-2 kepada Velencia dilaman sendiri, pagi semalam.

Barcelona berkongsi mata dengan Atletico Madrid 76 mata  dengan Barca dipuncak La Liga berbaki 5 perlawanan. Atletico menewaskan Granada 3-0. Manakala Real Madrid di tangga ke-3 menewaskan Getafe 5-1 dengan 75 mata ketinggalan 1 mata campur bolos.

Messi menamatkan kemarau tanpa gol dalam 5 perlawanan untuk gol ke-500 buat kelab dan negara namun gagal memberi sebarang pengertian untuk melonjak Barcelona. Aksi hambar sejak beberapa minggu berakhir semalam bila berjaya menjaringkan gol.



Masalah Pekerja Datang Lewat

Tip Dan Panduan Atasi Pekerja Selalu Lewat


Kerap sangat kita mendengar pekerja datang lewat dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal.
Saya yakin anda juga pernah mengalami masalah ini. Sebelum ianya menjadi nanah dalam organisasi atau perniagaan anda perkara ini harus di tangani dengan segera.

Memang stress bila melihat ada pekerja yang bermasalah dalam perniagaan atau organisasi anda. Pekerja bermasalah ini selalunya ponteng kerja, lewat masuk kerja, tidak memberi komitmen terhadap tugasan, tidak mematuhi arahan anda sebagai majikan atau bos , tidak menghormati ketua, tidak amanah, suka menganiaya pekerja lain dan berbagai lagi kesalahan yang boleh menjejaskan perniagaan anda.


Sememangnya pekerja bermasalah wujud di mana-mana sahaja, tidak kira sama ada perniagaan kecil atau besar. Pekerja bermasalah pula tidak semestinya terdiri daripada mereka yang baru atau sudah lama berkerja begitu juga tak mengira tua, muda atau yang berpangkat rendah atau tinggi.
Untuk menangani pekerja yang bermasalah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, ia harus dibendung secepat mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana ia boleh membuat perniagaan anda sendiri lingkop kerana pekerja yang komited dengan tugas mereka, dek kerana bosan dengan pekerja yang kaki ponteng dan datang lewat maka tak mustahil yang bagus akan berhenti kerja.

Sebagai seorang majikan yang mahukan perubahan supaya pekerjanya berdisiplin dan komited dengan kerja, anda perlu mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, seperti :


1. Berbincang dan bersemuka dengan pekerja

Lakukan perbincangan secara bersemuka dengan individu tersebut, dan mencari punca yang menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, khususnya datang lewat dan melaksanakan tugas dengan sambil lewa tanpa rasa bertanggunjawab sebagai seorang pekerja. Apakah perkara utama atau masalah utama yang membuatkan mereka melakukan kesalahan tersebut. Mulakan perbualan atau perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati pekerja secara lembut tanpa paksaan.


2. Lakukan pemantauan terhadap pekerja anda.

Walau sesibuk manapun tugas anda sebagai majikan, luangkan masa untuk selalu berjumpa pekerja-pekerja anda tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak bermasalah dengan berkomunikasi dengan mereka, supaya jurang antara anda dengan pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi permasalahan mereka. Hal ini kerana, keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat dalam sesebuah organisasi tersebut.


3. Ciptakan sistem ganjaran pekerja.

Majikan harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang mengikut kemampuan anda sebagai majikan itu sendiri, seperti memberi bonus ( kalau anda punya bisnes besar),  kepada pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan, mengikut kategori seperti kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya .


4. Sediakan suasana kerja yang santai

Elakkan memberi tekanan kepada pekerja. Beri ruang dan waktu untuk mereka berubah, beri kelonggaran kepada pekerja tersebut jika mengalami sesuatu masalah. Beri ruang kepada mereka.


5. Sediakan ruang kenaikan gaji kepada pekerja.

Sediakan ruang kenaikan gaji kepada pekerja yang berpotensi dan cemerlang dalam perniagaan anda. Kaedah 'naik gaji' ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh mana-mana majikan bagi mengelakkan pekerja mereka yang cemerlang, lari ke peniaga lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada merekamereka Para pekerja akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas mereka jika ada ' kenaikan gaji ' yang sedang menanti mereka.


6.  Buang Kerja

Ini merupakan jalan terakhir yang boleh anda atau seseorang majikan lakukan. Setelah semua langkah-langkah telah anda ambil dan masih juga berlaku sikap datang lewat maka jalan terakhir agar perniagaan anda tidak musnah kerana " si mamat" itu maka terbaik "lepaskan dia", buang kerja  sahaja merupakan penyelesaian terbaik.