})();

nuffnang

17 March 2016

Atletico Madrid Mara Suku Akhir Liga Juara-Juara

Atletico Menang Penalti 8-7 Atasi PSV Eindhoven

Berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara menyaksikan kemantapan Atletico Madrid selepas sekian lama mengindamkan suatu kejuaraan. Diego Simeone selaku pengendali Atletico memuji keyakinan tinggi pasukanya ketika mengatasi berjaya mengatasi PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara apabila menang 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan timbal balas itu yang berlangsung selama 210 kedua-dua pasukan masih buntu menghasilkan gol sehingga terpaksa ditentukan melalui sepak penalti yang menyaksikan Atletico Madrid lebih hebat. Mereka berjaya menjaringkan kesemua 8 sepakan penalti tersebut. PSV kecundang apabila pada sepakan kelapan apabila tendangan yang diambil oleh Luciano Narsingh terkena palang gol.

Ini merupakan musim kedua berturut-turut Atletico mara ke kelompok lapan pasukan terakhir selepas berjaya mengatasi Bayern Leverkusen musim lepas dengan penentuan yang sama, sepakan penalti.

"Walaupun mereka tidak berlatih sepakan penalti namun pujian harus diberikan kepada pembantunya, German Burgos yang membuat keputusan siapa yang bakal mengambil penalti dahulu", katanya.

Cristiano Ronaldo Tak Pandang Dato Vida

Datuk Vida tidak diLayan Bintang Real Madrid

Kekecewaan tergambar diwajah Pengasas Produk Kecantikan jenama Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza apabila bintang bolasepak sensasi dari Kelab Real Madrid enggan bertemu dengan beliau.

Minat yang mendalam terhadap bolasepak selepas menjadi penaja utama Kelantan telah membawa Datuk Vida terbang ke Sepanyol dengan satu niat untuk bertemu bintang sensasi tersebut namun ianya gagal.

Pertemuan yang diatur ejen jutawan kosmetik itu ditolak oleh Cristiano Ronaldo selepas aksi pertemuan menentang Las Palmas di Stadium Gran Canaria, Sepanyol, awal pagi semalam.

Kekecewaan Datuk Vida sedikit terubat apabila beliau dapat meninjau Stadium Real Madrid, Stadium Santiago Bernabeu.
Beberapa kajian yang telah dibuat terhadap stadium itu akan dibawa balik ke Kelantan untuk melihat kesesuaian agar boleh diadaptasikan pada Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

" Sepanjang lawatan itu, saya melihat reka bentuk yang menakjubkan dengan kapasiti penonton seramai 85,000 penonton dalam satu masa. Kerusi, padang dan bumbung yang direka bentuk amat menakjubkan dan mampu menjadi daya tarikan penonton", katanya.

Beliau juga sempat menonton perlawanan perlawanan Liga Juara-Juara antara Atletico Madrid menentang PSV Eindhoven di Stadium Calderon sejurus taman lawatan.

Ahmad Yusof DiSingkirkan

Kemuncak Bolasepak Terengganu, Ahmad Yusof diPecat

Ura-ura sebelum ini yang mengatakan Terengganu bakal menerima ketua jurulatih baharu akhirnya menjadi kenyataan apabila Coach Ahmad Yusof, 56 tahun ditamatkan kontrak.

Bagaikan tiada jodoh itulah nasib Ahmad Yusof yang mengendalikan Sang Penyu tidak sampai satu musim. Penamatan kontrak itu atas persetujuan bersama dengan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), semalam selepas rundingan dengan Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman.

"Keputusan itu dicapai selepas saya berpuas hati dalam rundingan dibuat dan saya berterima kasih kepada pihak pengurusan (PBSNT) berjaya selesaikan kes ini dengan baik.

Ahmad Yusof merupakan Ketua Jurulatih pertama direhatkan dalam Liga Malaysia pada 23hb Februari lepas kerana PBSNT tidak berpuas hati dengan persembahan hambar skuad Penyu dan tersingkir awal dari saingan Piala FA.

Mike Mulvey penasihat teknikal Terengganu FA telah mengambil tugas sebagai ketua jurulatih buat sementara waktu yang menyaksikan kemenangan kemenangan keatas Pahang dan Selangor serta tewas kepada JDT.


Namun Ahmad Yusof menafikan yang beliau bakal membimbing skuad Tok Gajah bagi menggantikan Shaharuddin Rosdi.

Laluan Mudah Buat JDT- Piala AFC 2016

Johor Darul Ta'zim Mengganas Lagi Benam Lao Toyota

Seperti yang telah digambarkan oleh seluruh peminat bolasepak Malaysia dan pakar-pakar Malaysia, JDT dengan mudah meratah wakil Laos Lao Toyota 3-0 dalam saingan Piala AFC yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus , Larkin malam tadi.

JDT yang diletakan dalam Kumpulan H kini selangkah menjadi juara Kumpulan dan berbaki 3 perlawanan lagi mereka hanya memerlukan 3 sahaja mata lagi.

Seawal babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang cukup hambar dan meresahkan ribuan penonton yang rata-rata adalah penyokong The Southern Tiger.

Mohd Amirul Hadi hampir-hampir menceriakan skuad JDT pada minit ke-14 dengan tendangan leret ke gawang Lao Toyota namun leretan bola hanya tersasar sipi penjuru kanan tiang gol.

Gandingan Safee Sali dan Amri Yahya masih belum cukup untuk mencemaskan pertahanan lawan, setiap serangan yang dilakukan dengan mudah dipatahkan. Safee Sali terlepas peluang keemasan selepas tendangan sudut oleh Mohd Amri Yahya apabila melonjak tinggi menanduk bola namun gagal merobek gawang ketika penjaga gol Vatthana Kaoduangdeth sudah pun tertewas.

Ketika perlawanan berbaki lima minit Mohd Nazri berjaya menjaringkan gol namun dibatalkan pengadil, Hanna Hattab dari Syria kerana berada dalam posisi ofsaid.

Kepincangan jentera serangan JDT dapat dihidu Mario Gomez dengan mengeluarkan Mohd Nazrin dan memasukan Pereyra Diaz dan turut memasukan Safiq Rahim pada minit ke-54.

Akibat kegagalan pertahanan Lao Toyota yang dengan sengaja memegang bola dengan tangan pengadil tidak teragak-agak memberikan kad merah dan menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT, Safiq Rahim dengan mudah berjaya menyumbat gol pertama JDT.

Terjahan keras Phatthana ke atas S Chanthuru dalam kotak penalti pada minit ke-72 mengundang padah sekali lagi apabila JDT sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti dan sekali lagi Safiq Rahim berjaya menyempurnakan tugas tersebut untuk menberikan gol kedua buat JDT. Keceriaan penyokong The Southern  Tiger diteruskan lagi dengan jaringan Mohd Amri pada minit ke-87.