})();

nuffnang

14 February 2014

Hariaa Penang Hariaaaa...T-Shirt Sempoi

                            Photo: # 14 Februari 2014

Kami akan buat jualan di Stadium Bandaraya (tepi pintu masuk tangga ayam belah Astaka/Shell). Kami menanti anda di sini dari jam 6.00 petang hingga 11 malam.

Jom pakat2 mai..

1 Baju = RM 45
2 Baju = RM 80
3 Baju = RM 100

SAIZ : S, M , L , XL , 3XL , 4XL & 6XL

Apa2 roger no nie - 017-4645083

BAGI JUAL BELI MELALUI POS - SILA PM DI INBOX KAMI UNTUK CARA PEMBAYARAN.

Sapa-sapa yang nak bley t-shirt kat atas bley contact alamak yang ada kat atas...aku tolong sahabat jual tapi aku sendiri pun tak kenai dia huhuhuhu...

Hariaaaa Penang Hariaaaaaa - Penang 3-2 Perlis .... Penang - DRB Hicom

Perlawanan malam ini pasti amat dinantikan oleh semua peminat seluruh negeri Pulau Pinang.  Penang sedang menuju ke Liga Super seperti di jangkakan...sama-sama kita saksikan perlawanan malam nanti....

Kalau semua penyokong Penang dari pelbagai kaum menghadiri perlawanan malam ini pastinya stadium akan gegak gempita dan tidak muat memenuhi penonton...

05 February 2014

Kekuatan Dan keampuhan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang

                                          Penang FA
Ramai peminat bolasepak Pulau Pinang mengharapkan sesuatu yang hebat dan bakal menaikan nama Bolasepak Pulau Pinang sebaris dengan pasukan Negeri dan Kelab lain setelah sekian lama terkubur dari arena bola sepak Malaysia.

Semasa pelawanan persahabatan berpusu-pusu penyokong fanatik dan yang pertama kali datang menyaksikan pasukan negeri bermain dan mereka memang cukup terhibur apabila di hidangkan dengan aksi-aksi yang cukup hebat pada ketika itu dan ada pula yang berkata " kalau permainan seperti ini di kekalkan pasti tahun depan kita akan mara ke liga Super". Adakah kata-kata ini benar dan boleh di terima.

Semasa perlawanan antara Pulau Pinang dan Sarawak rata-rata peminat amat teruja apabila Pulau Pinang berjaya mengekang kemaraan Sarawak selaku pasukan separuh akhir Piala Malaysia 2013. Pulau Pinang berjaya mengekang mereka sehingga ke masa tambahan, itu pun akibat seorang pemain di layangkan kad merah....penyokong cukup berbangga sekali dengan aksi yang di tunjukan oleh setiap pemain Pulau Pinang.

2 minggu lepas semasa perlawanan Pulau Pinang dan Sabah di Stadium Bandaraya sekali lagi aksi setiap pemain Pulau Pinang memang amat membanggakan walaupun terpaksa mengakui kehebatan Sabah yang berjaya mendapat jaringan awal pada minit ke 15 separuh masa pertama. Namun setelah tamat permainan Pulau Pinang menang dengan jaringan 3 - 1.

Apa yang menggusarkan kini adalah apabila Pulau Pinang di aibkan oleh PDRM dengan jaringan 5 - 1. Perkara yang difikirkan seperti tidak masuk akal kerana tewas dengan begitu teruk sekali sehingga ada yang mendakwa telah berlakunya " rasuah ", tetapi perkara ini masih belum disahkan dan dalam peringkat siasatan.

Peminat-peminat bolasepak Pulau Pinang masih lagi mengharapkan perkara "rasuah" tersebut tidak berlaku, dan mereka kini menunggu tarikh keramat 7hb Feb 2014 nanti di Stadium Bandaraya kerana bakal menyaksikan pertarungan antara Pulau Pinang dan Uitm.

Di sini akan menentukan segalanya samada benar atau tidak anggapan segelintir orang berkaitan aksi pemain Pulau Pinang....Desas desus mengatakan yang Pulau Pinang akan menang dengan 4 - 0.  Namun saya tidak berani mengatakan ianya benar atau tidak,  sama-sama kita saksikanya nanti.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM TERHEBAT  DISINI

27 January 2014

Final Frenz Remaja 2014 - Malaysia ( Iran VS Slovakia )



Perlawanan yang cukup hebat Frenz Iran Dan Slovakia menyaksikan Slovakia menang 2-0 , jaringan dihasilkan pada masa tambahan pertama setelah kedua-dua pasukan terikat dengan 0-0.

Iran terpaksa bermain dengan 10 orang sahaja apabila pertahanan harapan mereka telah di layangkan kad merah.

Frenz Slovakia membawa pulang hadiah wang tunai USD50,000.00  dan Frenz Iran membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD25,000.00    .

Tahniah diucapkan kepada semua team yang terlibat..