})();

nuffnang

24 December 2012

Malaysia Benam Jepun


KUALA LUMPUR - Skuad hoki kebangsaan memulakan saingan Kejuaraan Hoki Trofi Asia 2012 di Doha dengan langkah kanan apabila garang menundukkan Jepun 4-1 pada perlawanan pembuka tirai, semalam.


Pengurus pasukan kebangsaan, Mohamad Saberi Salleh berkata, kemenangan tersebut adalah permulaan baik buat Malaysia pada kejuaraan tersebut.


Malah, Mohamad Saberi turut memberitahu, skuad kebangsaan yang berada di bawah bimbingan jurulatih dari Afrika Selatan, Paul Revington menguasai hampir keseluruhan perlawanan itu.


"Saya dapat lihat pemain di setiap posisi beraksi pada tahap yang membanggakan dan melaksanakan tugas dengan baik.


"Saya harap pemain dapat meneruskan prestasi sebegini bagi setiap perlawanan yang bakal dihadapi selepas ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.


Pasukan kebangsaan yang beraksi dalam cuaca 18 darjah Celsius pada perlawanan semalam tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan apabila meledak gol pertama melalui Tengku Ahmad Tajuddin Abd. Jalil seawal minit ketiga sebelum jaringan kedua oleh penyerang berbisa negara Faizal Saari minit ke-17.


Malaysia terus menambah derita Jepun apabila meledak dua lagi gol pada minit ke-32 melalui Hafifihafiz Hanafi dan Muhammad Razie Abd. Rahim minit ke-58 untuk menguasai perlawanan.


Gol tunggal Jepun diperolehi hasil jaringan Tachibana minit ke-65.


Hari ini Malaysia yang berada pada ranking ke-13 dunia dijadual menentang pasukan ke-36 dunia, Oman untuk perlawanan kedua. - Utusan Melaysia

23 December 2012

16 Pasukan Terbaik Liga Juara-Juara Eropah

JADUAL UNDIAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH 16 PASUKAN TERHEBAT


Berikut adalah senarai pasukan yang bertandingan dalam 16 pasukan yang masih tinggal untuk menghadapi saingan Juara-juara Eropah. Turut disertakan jadual perlawanan mengikut undian perlawanan yang bakal berlangsung bermula dari 14 Februari 2012.
























Datuk Nicol Buru Juara


KUALA LUMPUR - Datuk Nicol David di ambang kejayaan merangkul mahkota skuasy Wanita Terbuka Dunia ketujuhnya selepas menempah tempat ke perlawanan akhir bertemu pemain No. 3 dunia, Laura Massaro dari England di Kepulauan Cayman, semalam.


Kemaraan tersebut bermakna pemain No. 1 dunia itu bakal tampil pada final ketujuh dalam lapan tahun, satu rekod baharu bagi kejohanan yang mempunyai sejarah sejak 1976 itu.


Pada separuh akhir, Nicol sekali lagi mengaibkan Jenny Duncalf iaitu lawan yang ditewaskan dengan mudah pada final di Belanda tahun lalu.


Nicol memerlukan hanya 37 minit untuk mengetepikan Duncalf dalam straight set 11-7, 11-4, 11-2.


Set pembukaan berlangsung sengit menyaksikan Nicol memimpin perlawanan dengan jurang rapat 5-4 dan 8-7 sebelum meningkatkan rentaknya untuk memungut tiga mata berturut-turut dan memenanginya.


Dua set berikutnya jelas milik Nicol tatkala lawannya, Duncalf mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan.


"Jenny mempamerkan beberapa pukulan hebat di permulaan, saya tidak dapat menjangka di mana hala tuju bola sementara diri saya pula gagal bermain seperti kebiasaannya.


"Saya terpaksa meningkatkan tahap permainan untuk cuba menyaingi Jenny, mujur saya berjaya mengawal kembali permainan pada penghujung set pertama dan membina keyakinan untuk set seterusnya," kata Nicol.


Mengenai final dan pertembungan dengan Massaro yang pernah menewaskannya dua kali tahun lalu, jelasnya: "Perasaan saya sungguh menakjubkan untuk beraksi dalam satu lagi final di sini (Kepulauan Cayman), lebih lebih lagi Terbuka Dunia!.


"Laura dan saya masing-masing sedar kami perlu bermain jauh lebih baik untuk esok, pertarungan kami berdua patut sengit."


Massaro mengecapi final pertamanya setelah mengerah segala kudrat untuk membenam pemain No. 2 dunia, Raneem El Weleily dari Mesir 5-11, 11-9, 12-14, 11-4, 13-11 dalam tempoh 69 minit.

Kedua-dua pemain pernah bertemu sembilan kali tetapi rekod memihak Nicol dengan kelebihan 7-2. -Utusan

10 December 2012

Manchester United Menang Lagi


ENGLAND 9 DIS. - Jaringan lewat penyerang Belanda Robin Van Persie menjadi penyelamat buat Manchester United untuk meraih kemenangan ke atas Manchester City 3-2 di Stadium Etihad dalam saingan Liga Perdana Inggeris, lewat malam tadi.


Malah kemenangan tersebut juga memboleh skuad bimbingan Alex Ferguson itu terus kekal sebagai pendahulu liga dengan 39 mata selepas 16 perlawanan setakat ini mengatasi City di tangga kedua menerusi kelebihan enam mata.

Pada perlawanan semalam penyerang sensasi England, Wayne Rooney terlebih dahulu meledak dua gol awal pada minit ke-16 dan ke-29 sebelum penjaring terbanyak liga musim lalu Van Persie menjaringkan gol kemenangan ketika masa kecederaan.


Manakala dua gol City diraih melalui Yaya Toure minit ke-60 dan Pablo Zabaleta minit ke-80. - UTUSAN