})();

11 January 2018

UKAH Sah Milik Pasukan Pulau Pinang

Bekas pertahanan kental pasukan Selangor, Ugochukwu Ugo Ukah sah sertai pasukan Pulau Pinang untuk memperkukuhkan benteng pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Premier musim 2018.

Hal ini disahkan menerusi kenyataan rasmi laman facebook Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) yang mengumumkan Ugo Ukah dijangka melengkapkan perjanjian untuk bersama pasukan itu pada hari Isnin lepas.
SLOT KEDUA IMPORT 2018

UGO UKAH, dijangka melengkapkan perjanjian untuk bersama Pulau Pinang pada Isnin lepas. Setelah mendapat persetujuan Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan, Ugo bakal menjadi kekuatan barisan pertahanan Pulau Pinang.

Seperkara lagi, idea untuk membawa pulang Matias Cordoba masih dalam pertimbangan kejurulatihan pasukan.

Pengendali Harimau Kumbang, Zainal Abidin Hassan dikatakan sangat berminat dengan semangat pemain Nigeria itu yang sentiasa memberikan komitmen penuh semasa di atas padang.

Menurutnya, pemain yang berasal dari Nigeria itu tidak asing di Liga Malaysia kerana sudah beraksi bersama Selangor selama dua musim sebelum ini.

“Sejak beberapa musim lalu benteng pasukan Pulau Pinang dilihat sedikit goyah dan ini menyaksikan pasukan jurulatih berusaha untuk mencari pemain yang mampu dan terbukti sebagi pemain pertahanan di posisi tersebut.

“FAP kali ini begitu berhati-hati dalam memilih pemain import kerana yang terbukti sahaja yang akan dibawa masuk,” kata sumber dari FAP kepada Sinar Harian.

Setakat ini hanya penyerang Gambia, Sanna Nyassi yang dikekalkan oleh Zainal Abidin dan mereka sedang dalam usaha untuk membawa masuk seorang lagi bekas pemain iaitu Martias Cordoba.

BERMINAT JANA PENDAPATAN PASIF HINGGA PENCEN DAN BOLEH DIWARISKAN KLIK SINI INFO

No comments:

Post a Comment