})();

15 January 2018

Pulau Pinang Bakal Dapatkan 2 Pemain Eropah Untuk Penyerang

Penang FA komited kembali ke Liga Super. Penyerang Brazil dan Eropah bakal  sertai skuad Harimau Kumbang musim ini Liga Perdana.

Ketua Jurulatih Pulau Pinang Coach Zainal Abidin Hassan yakin beliau kini memiliki skuad lebih mantap berbanding musim lalu untuk meletakkan Pulau Pinang kembali ke posisi sewajarnya.

Beliau yang mengambil alih tugas dari Ashley Westwood pada pertengahan musim lalu, ketika Harimau Kumbang terperosok di dasar liga kini lebih bersedia untuk menunjukkan kemampuan sebenar.

Keyakinan tersebut kerana skuad Harimau Kumbang dimantapkan dengan pemain sedia ada Faiz Subri, Azrul Ahmad dan Azidan Sarudin. Beliau menambah dengan adanya Uko Ugah bekas pemain pertahanan Selangor dan pemain tengah Korea Selatan, Kang Seung Jo bagi menyertai Sanna Nyassi pastinya pasukan lain tidak mampu berkata-kata.

"Kini kami hanya memerlukan penyerang yang tajam di depan pintu gol. Saya akan mencuba seorang pemain dari Brazil dan dua lagi dari Eropah dengan salah seorang akan dipilih untuk mengisi kuota terakhir selewat-lewatnya hujung minggu depan," ujar Zainal.

Buat penyokong fanatik Pulau Pinang diharap bersabar...

NAK DUIT RM100-RM300 SEBULAN KLIK SINI

No comments:

Post a Comment