})();

15 August 2017

Skuad Bawah 22 Tahun Malaysia Menang Tipis Sukan SEA

Kelemahan Jentera Serangan Skuad B-22 Malaysia Perlu Di Perbaiki Segera Jika Mahu Emas Sukan SEA 2017

Malaysia membuka tirai kempen peringkat kumpulan A bagi acara bola sepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dengan langkah kanan apabila menewaskan Brunei 2-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Datuk OKS berkongsi 3 mata bersama Myanmar dikedudukan kedua dalam carta setelah Myanmar terlebih dahulu mencatatkan kemenangan menewaskan Singapura 2-0 kelebihan tiada bolos.

Pada aksi menentang Brunei itu, Malaysia bermula positif apabila membuka jaringan seawal minit keempat selepas hantaran silang Matthew Davies disudahkan dengan sepakan voli cukup menarik Safawi Rashid.

Tapi ianya tidak kekal lama apa lapan minit kemudian penyerang Brunei Mohamed Zul Khairy yang terlepas dari perangkap offsaid dengan tenang berjaya menolak bola ke gawang kiri tiang gol Malaysia untuk kedudukan satu sama.

Kesebelasan pemain tuan rumah dilihat seolah berada dalam keadaan terkejut dengan jaringan tersebut yang berlaku dalam keadaan sekelip mata tanpa mendapat sebarang tentangan dari defend mereka.

Bermula babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu bermula garang setelah mendapat suntikkan dari Ketua Jurulatih Negara, Datuk Ong Kim Swee. Serangan bertali arus berjaya dinafikan oleh skuad pelawat dibawah bimbingan  Jurulatih import dari Korea Selatan.

Jentera serangan Malaysia dilihat agak tumpul walaupun dengan pertukaran pemain Pulau Pinang yang baru dibawa masuk, Sameer Kutti Albar dan A.Kumahaaran.

Namun pasukan tuan rumah tidak berputus dan terus melancarkan serangan demi serangan dan gol kemenangan terhasil apabila sepakan penjuru Safawi berjaya ditanduk masuk oleh Adam Nor Azlin pada minit ke-60. Kedudukan kekal 2-1 sehingga penamat ditiupkan..

JOM BUAT DUIT DENGAN SIMKAD TONEPLUS, ANDA TOPUP DIBAYAR. KAWAN ANDA TOPUP JUGA ANDA DIBAYAR...

No comments:

Post a Comment