})();

10 April 2017

Kemenangan Skuad Pulau Pinang Liga Super 2017

The Panthers Mencatakan Kemenangan Pertama Dengan Meraih 3 Mata Penuh

Skuad kendalian Zainal Abdin Hassan yang baru dilantik sebagai jurulatih baharu Pulau Pinang membayar kepercayaan pihak pengurusan dengan menghadiahkan 3 mata yang cukup berharga dan dicari-cari sejak 9 perlawanan lepas.

Zainal Abidin Hassan yang lebih di kenali peminat bola sepak Pulau Pinang sebagai Mamu ZAH berjaya membuktikan bahawa jurulatih tempat mampu melonjak pasukan belasahan, dan bukan jurulatih luar negara.

Berkunjung ke Stadium Tun Abdul Rahman, Jengka semalam dengan niat membawa pulang 3 mata . Turun sebagai pasukan underdoq bertemu bekas Naib Juara liga super 2016 Felda United dilihat sebagai bukan tugas yang mudah. Namun Coach ZAH tetap komited ingin membawa pasukan Pulau Pinang layak menyertai Piala Malaysia atau sekurang-kurangnya kekal dalam Liga Super 2018.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan pada babak pertama aksi perlawanan dilihat berat sebelah apabila skuad Harimau Kumbang lebih banyak mengatur serangan ke kubu tuan rumah dan tuan rumah lebih banyak bertahan dan sekali-sekali membuat serangan balas.

Tendangan padu Nigel dan Raffiuddin Roddin sekadar singgah dipalang dan tiang gol yang gagal menghasilkan gol pada babak separuh masa pertama. Keputusan perlawanan selepas wisel ditiupkan adalah 0-0.

Bermula aksi separuh masa kedua, Felda United seakan mendapat suntikkan dari Coach B. Sathianathan apabila serangan-serangan pantas terus dilancarkan bertali arus kekubu pelawat dan sekali sekala membuatkan Sani Anuar Kamsani terpaksa bekerja keras menyelamatkan bola dari dibolosi.

Tersentakkan dengan serangan tersebut, anak-anak buah Coach ZAH mula menyusun langkah lebih kemas mengasak ke Kubu Felda United dan akhirnya pada minit ke-79 rembatan kencang dari sisi sukar penjuru kiri oleh S.Kumaharan berjaya membolosi gawang Felda United.

Kekasaran oleh pertahanan Pulau Pinang, Mafri Balang mengundang padah apabila dia dilayangkan kad merah oleh pengadil malam itu, Nagor Ali.

Coach B.Sathinathan memasukkan Syukur Adan bagi memburu mata penyamaan dan mereka berusaha keras untuk mencapai impian itu namun gagal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Pulau Pinang meraih kemenangan pertama dalam Liga Super 2017 dengan 3 mata namun masih kekal menghuni tangga tercorot dengan 4 mata.

Daftar Kad Sim TonePlus anda disini dan nikmati komisen sehingga 13% dari nilai topup anda dan kawan anda..

No comments:

Post a Comment