})();

nuffnang

29 February 2016

Leicester United Kukuh Di Persada

Leicester City Terus Kukuh Persada Liga Enggeris

Leicester City mendominasi carta Liga Perdana Enggeris selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Norwich City pada aksi yang berlangsung di Stadium King Power kelmarin.

Penyokong tegar Leicester boleh terus memasang impian untuk mendakap Piala rebutan semua pasukan bertanding.

Walaupun bergelut untuk mendapatkan gol namun atas usaha keras kami mampu melaksanakan misi kemenangan berterusan ujar, Ranieri.

ULLOA menjadi wira Leicester selepas menjaringkan gol menewaskan Norwich 1-0 . Norwich dilihat bertahan sepanjang perlawanan dan mungkin itu taktikal mereka berdepan pasukan seperti Leicester.

Manchester United Vs Arsenal

Arsenal Kecundang Di Old Trafford

Kegagalan perlawanan malam tadi Arsenal amat mendukacitakan dalam misi mereka merapatkan mata kepada pendahulu Liga Leicester City apabila tewas 2-3 kepada Manchester United.

Pemain muda Manchester United, Marcus  Rashford muncul wira apabila menjaringkan 2 gol pada minit ke-29 dan 32. Ander Herrera meledakan gol ke-3 pada minit ke-65.

Gol-gol Arsenal dihasilkan oleh Danny Welbeck pada minit ke-40 dan Mesut Ozil minit ke-69. Arsenal berada ditangga ketiga dengan 51 mata.

LTdL Guardini Lakar Sejarah

Guardini Muncul Pelumba Terbanyak Menangi LTdL

Andrea Guardini dari Astana Pro Team terus melakar sejarah tersendiri pada kejohanan Le Tour de Langkawi(LTdL) 2016.

Pelumba yang mendapat gelaran ' Mr Langkawi' itu mencatatkan kemenangan peringkat buat kali ke-20 pada saingan LTdL selepas memenangi saingan peringkat kelima sejauh 148.8 kilometer dari Tapah, Perak ke Dataran Merdeka semalam dengan cacatan masa tiga jam 18 minit, 50 saat.

Pelumba yang berusia 25 tahun dari Itali itu telah mencatatkan kemenangan peringkat ke-19 pada rabu lalu dari Kangar, Perlis ke Baling, Kedah.

Untuk rekod, Guardini telah memenangi lima perlumbaan peringkat dalam LTdL (2011), enam kali (2012), tiga kali (2014) dan empat kali tahun lepas.

Pelumba China, Wang Meiyin (Hengxiang Cycling Team) dan pelumba Malaysia, Muhamad Adiq Husainie Othman daripada Terengganu Cycling Team (TSG) mengekalkan jersei Polka Dot selaku Raja Bukit dan sebagai pelumba terbaik Asia.

Loh Sea Keong, pelumba veteran Malaysia mewakili skuad Kebangsaan Malaysia dinobatkan pelumba paling aggresif pada saingan peringkat kedua khamis lepas dan peringkat keempat kelmarin.

Jadual Perlawanan Liga Super Dan Liga Perdana Minggu Ini

Jadual Perlawanan Liga Perdana 29.2.2016

Jadual Perlawanan Liga Super 1.3.2016.   


Sebanyak 6 perlawanan Liga Perdana akan berlangsung malam ini:

Perlis vs Kuantan FA - Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar

DRB HICOM vs Uitm FC - Stadium Proton, Tanjong Malim(4.45 Ptg)

JDT ll vs ATM - Stadium MP Pasir Gudang

PKNS FC vs Sime Darby FC - Stadium Hang Jebat, Melaka

Nota: ESOK 1 PERLAWANAN LIGA PERDANA

Melaka United vs N.Sembilan - Stadium Hang Jebat, Melaka.



Esok 1 Mac 2016 (Selasa) akan berlangsung 5 perlawanan Liga Super:

Selangor vs Sarawak - Stadium MP Selayang

Kedah vs Kelantan - Stadium Darul Aman

Pulau Pinang vs Perak - Stadium Bandaraya

Terengganu FC ll vs PDRM - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

JDT vs Felda United - Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin

Pahang vs Terengganu - Stadium Darul Makmur, Kuantan


28 February 2016

PDRM Gagal Jinakkan " The Panthers"

PDRM GAGAL BEDIL HARIMAU KUMBANG

PDRM diikat oleh Pulau Pinang  dengan 2-2 pada aksi perlawanan ketiga Liga Super malam tadi si Stadium Hang Jebat, Melaka .

Pulau Pinang mendahului PDRM seawal minit pertama perlawanan menerusi rembatan S Kumaahran yang menewaskan penjaga gol Hazriq Nazli dan memberi petunjuk awal yang Pulau Pinang akan pulang dengan 3 mata.

Rembatan deras Kapten pasukan, Raffiudin Roddin ke gawang PDRM ditepis keluar Hazriq Nadzli, dan Pulau Pinang gagal menambah gol sehingga habis babak separuh masa pertama.

Peluang PDRM menyamakan kedudukan hadir  menerusi  percubaan Andre William pada minit ke-38 tetapi sedikit tersasar di kanan gawang gol.

Bermulanya babak kedua menyaksikan serangan bertubi-tubi oleh PDRM, namun jentera serangan gagal manafaatkan oleh pemain import Ali Asfaq pada minit ke-50 di selamatkan Sani Anuar Kamsani penjaga gol Pulau Pinang.

"The Corp", berjaya mendapat gol hasil sepakan penalti apabila Saruwan Baharudin dijatuhkan dalam kotak penalti.

Sekali lagi PDRM berada didepan menerusi tandukkan Souleymane Konate selepas hantaran cantik dari Ahmad Nizam berjaya dilaksanakanya.

Perlawanan dilihat seakan berkesudahan dengan Pulau Pinang akan pulang hampa namun sepakan percuma Matias Cordoba berjaya mencecah gawang gol bagi melengkapkan keputusan 2-2.

Keputusan Dan Kedudukan Terkini Liga Super 27hb Feb 2016

Liga Super 2016 - Keputusan Perlawanan Sabtu (27.2.2016)

Sebanyak 5 perlawanan telah berlangsung malam tadi dan keputusan seperti berikut:

Felda United 2 - 0 Terengganu FC II

Pahang 1 - 3 Selangor

PDRM 2  -  2   Pulau Pinang

Perak  0 - 0 Kedah

Terengganu 0 -  2  JDT


Kedudukan tidak banyak berubah namun menyaksikan Pahang merudum dan berada pada tangga tercorot manakala kemenangan Felda berterusan dan kini mendominasi tangga pertama carta liga Super dengan 100% kemenangan dan 9 mata dikutip.


27 February 2016

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 27 Feb 2016

Perlawanan Liga Perdana Inggeria Sabtu dan Kedudukan Terkina Dan Liga

Hari Ini - Sabtu 27 Feb 2016

West Ham vs Sunderland - 8.45 mlm

Leicester vs Norwich - 10.05 mlm

Southampton vs Chelsea - 10.05 mlm

Stoke City vs Aston Villa - 10.05 mlm

Watford vs AFC B.Mouth - 10.05 mlm

Esok 28 Feb 2016(Ahad)

West Brom vs Crystal Palace- 1.30 pagi

Man United vs Arsenal - 10.05 mlm

Tottenham vs Swansea - 10.05 mlm

Note: Semua perlawanan bermula jam 11 malam kecuali seperti dinyatakan...

RM3.8 Juta Dr Vida Taja Siaran TV The Red Warrior

Hadiah Untuk Peminat Bolasepak Kelantan RM3.8 Juta Taja Siaran Berbayar TV

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida penaja utama dari produk Pamoga Qu Putih ....putihhhh putihhhhh telah bersetuju  melabur 3.8 Juta bagi siaran langsung TV setiap kali pasukan itu beraksi di Stadium Sultan lV, Kota Bahru.

Malam tadi peminat bolasepak dapat menyaksikan perlawanan Kelantan menentang Sarawak di TV9. Pelaburan besar itu adalah dari keluhan peminat yang tidak dapat ke Stadium Keramat mereka.

Dr Vida berkata, rundingan dengan MPB mengenai slot siaran langsung itu diadakan kemarin sebelum dijangka dimuktamatkan selepas beliau pulang dari China nanti.

Le Tour de Langkawi Peringkat ke-3

Peringkat Paling Mencabar - Pendakian, Lonjakan Murphy

Pendakian ke Tanah Rata, Cameron Highland hari ini kategori hors, menjadi tumpuan Le Tour de Langkawi(LTdL) kerana bakal menentukan juara kategori individu keseluruhan (jersi kuning).

Jika mana-mana pelumba mampu melintasi garisan penamat dengan kelebihan masa yang baik berbanding pelumba lain, dia dijangka menyarung jersi kuning sehingga tamat perlumbaan peringkat kelapan nanti.

Cabaran utama diramal diberikan pelumba Hwngxiang Cycling Team Wang Meiyin selepas mempamerkan aksi aggresif pada 2 peringkat awal.

Beliau pernah melakar kejutan dengan meninggalkan pelumba lain secara solo untuk memenangi pendakian di Cameron Highland tahun 2013 lalu.

Pelumbaan peringkat ketiga dari Kulim ke Kuala Kangsar sejauh 107.2 kilometer dimenangi oleh Pelumba United Healthcare John Murphy dengan masa 2.30:31s. Keyakinan semakin tinggi bagi para pelumba Amerika Syarikat untuk mencabar hari ini dengan Murphy menjelaskan tiga pakar pendaki pasukannya sudah bersedia untuk pendakian.

Harrif Tidak Menjadi

Strategi pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh mengekori Andrea Guardini pada peringkat ketiga dari Kulim ke Kuala Kangsar dilihat tidak menjadi.
Pelumba Astana Pro Team itu yang telah memenangi 19 kejuaraan tidak mampu kedepan dan sekadar berada di tempat kelima manakala Harrif dikedudukan ke-15.

Keputusan Peringkat ke-3: Kulim ke Kuala Kangsar(107.2km)

Kedudukan teratas
1. John Murphy (USA)
2. Francesco Chicci (ITA)
3. Jakub Mareczko (ITA)

Keseluruhan Jersi Kuning
1. Andrea Guardini
2. Anderea Palani
3. John Murphy

Raja Pecut: Jersi Teal
1. Andrea Guardini
2. John Murphy
3. Wang Meiyin

Raja Bukit: Jersi Polka Dot
1. Wang Meiyin
2. Loh Sea Keong
3. James Oram

Terbaik Asia: Jersi Putih
1. Wang Meiyin
2. Felipe Marcelo
3. Seo Joo Yong

Jadual Perlawanan Liga Super 27 Feb 2016 (Sabtu)

Jadual Perlawanan ketiga Liga Super 2016 dan Kedudukan Carta.

5 perlawanan akan berlangsung malam nanti.


Pahang 1 vs  3  Selangor - Stadium Darul Makmur

Terengganu 0  vs  2 JDT - Stadium Sultan Mizan

Felda Utd 2 vs 0 TFC ll - Stadium Tun Abd Razak

PDRM 2 vs  2 Pulau Pinang - Stadium Hang Jebat

Perak 0 vs 0 Kedah - Stadium Perak, Ipoh

Siaran Langsung Di TV

TV 9 - Terengganu vs JDT

TV 3 - Pahang vs Selangor

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Jumaat(26/2/2016)

Keputusan Liga Perdana 26 Feb 2016.
6 Perlawanan Berlangsung Semalam.


Uitm 1 - 1 Kuantan FA

Sabah 0 -  2 DRB Hicom

Sime Darby 1 - 1 Perlis

Johor DT ll - 2 Melaka

N.Sembilan 1-1 KL

Liga Super:  Kelantan 2-2 Sarawak


26 February 2016

Liga Juara-Juara PSV Pincang

Kepincangan PSV Gagal DiGunakan Atletico

Atletico Madrid gagal manfaatkan kelebihan bila gagal menunjukkan persembahan terbaik walaupun PSV Eindhoven hanya bermain 10 orang apabila terikat 0-0 dalam perlawanan pertama, pusingan akhir Juara-Juara Liga.

Peluang Atletico untuk membolosi gawang lawan pada babak awal perlawanan gagal diterjemahkan bila gandingan penyerang Luciano Vietto dan Antoine Griezmann yang berdepan Jeroen Zoet gagal menewaskan penjaga gawang tersebut.

Pada separuh masa kedua kami berjaya menguasai perlawanan sehinggakan penjaga gawang (Jan) Oblak tidak perlu menyelamatkan gawang dan sekadar makan angin kerana tiada langsung serangan kata pengurus Atletico, Diego Simeone kepada beiN Sports.

Rembatan kencang jarak jauh Gabi dari bahagian tengah padang yang mengenai pertahanan PSV, terpantul melepasi jangkauan Zoet, namun mujur Jeffrey Brauma sempat berada digarisan pintu gol untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Andrea Palini Rangkul Kemenangan

Andrea Palini Dari Skydive Dubai Pro Cyling Team Kemenangan Sulung Dicipta

Tiada pelumba yang mampu menggugat kehebatan Andrea Palini selepas pendatang baru itu dari Skydive Dubai Pro Cyling Team muncul juara peringkat ke-2 Le Tour de Langkawi(LTdL) dari Sungai Petani dan berakhir di Georgetown, Pulau Pinang semalam.

Pelumba yang berasal dari Itali itu yang berusia 26 tahun menamatkan perlumbaan sejauh 158.1 kilometer dalam tempoh 3 jam, 56 minit dan 2 saat , beliau diikuti rakan senegara Guardini dari Astana Pro Team dan Reinardt Rensburg dari Dimension Data.

Dalam saingan yang penuh dramatik itu menyaksikan beberapa pelumba terlibat dalam kemalangan yang akan tamat 100 meter sahaja lagi, palini mengaku melakukan henjutan yang bertenaga untuk mengatasi Guardini pada saat akhir membuahkan hasil.

Sementara itu pelumba berpengalaman yang mewakili pasukan Kebangsaan, Loh Sea Keong dinobatkan selaku pelumba paling aggresif. Beliau menerima anugerah baru itu selepas bertindak melakukan breakaway awal selain sentiasa berada di depan pada setiap peringkat.

Jadual Liga Perdana Dan Liga Super 26hb Feb 2016(Jumaat)

Jadual Malam Ini 26hb Feb 2016 Liga Perdana Dan Liga Super Serta Kedudukan Terkini.

Malam ini akan berlangsung 1 perlawanan Liga Super dan 6 Liga Perdana, jadual perlawanan seperti dibawah:

Liga Perdana:

Sime Darby Lwn Perlis - Stadium MP Selayang

PKNS FC  Lwn ATM - Stadium Hang Jebat

JDT ll  Lwn Melaka United - Stadium MP Pasir Gudang

N.Sembilan Lwn K.Lumpur - Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi

Sabah  Lwn DRB.Hicom - Stadium Komplek Likas

Uitm FC  Lwn Kuantan FA - Stadium Uitm Shah Alam

Liga Super:

Kelantan  Lwn Sarawak - Stadium Sultan Muhammad lV

Nota: Kedudukan setakat ini setelah 2 perlawanan Uitm masih mendominasi tempat teratas Liga dengan 6 mata dan diikuti K.Lumpur juga 6 mata namun dipisahkan oleh kelebihan jaringan gol oleh Uitm.

25 February 2016

Senarai Pemain Bolasepak Kelantan Liga Super 2016

Pamoga Qu Putih The Red Warrior Liga Super 2016

Penjaga Gol:

Khairul Fahmi Che Mat

Mohd Ramadhan Abdul Hamid

Mohd Shahrizan Ismail

Pertahanan:

Tuan Muhammad Faim

Mohd Daudsu Jamaludin

Nik Shahrul Azim

Mohd Farisham Ismail

Muslim Ahmad

Norhafiz Zamani Misbah

Zairul Fitri Ishak

Mohd Zafran Akramin Abdul Razak

Tengah:

Wan Zack Haikal

Wan Zaharul Nizam Zakaria

Faizal Abu Bakar

Brendan Gan

Mohd Badhri Mohd Radhzi

Mohamad Noor Hazrul b. Mohd Mustafa

Indra Putra Mahayudin

Faris Shah Rosli

Mohd Qayyum Marjoni Sabil

Muhd Shahrul Hakim Rahim

Muhd Amir Zikri Pauzi

Mohd Rozaimi Azwar

Penyerang:

Abdul Manaf Mamat

Nor Farhan Muhamad

Mohd Khairul Izuan Rosli

Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi

Pemain Import:

Jonathan Mckain - Pertahanan - Australia

Jonatan Luca- Tengah - Brazil

Dramane Traore - Penyerang - Mali

Bazě Ilijoski - Penyerang - Macedonia

Note: Saya dapat maklumat dari blog-blog          sukan.

Senarai Bolasepak Liga Super Kedah 2016

Berikut Senarai Helang Merah Liga Super 2016


Penjaga Gol:

1 . Abdul Hadi Hamid .   
21 .Mohd Syazwan Abdullah. 
30. Farhan AbuBakar. 

Pertahanan:

2. Mohd Sabree Mat Abu
3. Mohd Syawal Nordin
4. Bang Seung Hwan
5. Osman Yusoff
6. Shafizan Hashim
11. Mohamad Raphi Azizan Mariappen
13. Khairul Helmi Johari
15. Mohd Rizal Johari
24. Mohd Alif Fadhil Ismail
25. Azmeer Yusoff
28. Mohd Asri Mardzuki

Midfielders

18. Abdul Halim Shaari
7. Baddrol Bakhtiar
16. AmirulHisyam Awang Kechik
17. Syazwan Tajudin
19. Farhan Roslan
22. Syazwan Zainon
23. Hanif Mat Dzahir
8. Liridon Krasniqi
10. Sandro Mendonca
12. Amar Rohidan
14. Ahmad Fakri Shaarani
23. Mohd Hanif Matdzahir
27. Ariff Farhan Mohd Isa
29. Syazuan Hazani

Penyerang

26. Mohd Shazuan Mohd Ashraf Mathews

9. Carlos Kahe
20. Syafiq AhmadST, LW


Biodata Pemain Bolasepak Pulau Pinang 2016

Liga Super 2016 - Biodata Skuad Harimau Kumbang Liga Super 2016

Berikut dibawah adalah biodata Hariaaaa Penang Hariaaaaa, ghasanya ghamai lagi yang tak berapa kenai nama depa ni.   Lepas ni hampa jangan lupa hapai nama depa na....

Sempoiiii la geng semua....


Nama Penuh: Reinaldo  Rodrigues de Oliveira Lobo
Tarikh Lahir:  5 April 1988 (27 tahun)
Tempat Lahir: Cataguases, Brazil
Tinggi: 1.86 m ( 6 ka 2 in )
Posisi: Pertahanan
No Jersey: 26

TRW- Traore Perlu Lebih Masa

Piya Janji Akan Bantu Import Baru Dramane Traore


Mohd Badhri Radzi selaku ketua pasukan Kelantan menegaskan yang beliau dan rakan-rakan sepasukan akan sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada Dramane Traore yang merupakan penjaring terbanyak musim lalu.

Piya berkata, paling penting adalah menaruh kepercayaan  kepada penyerang dari Mali itu yang juga bekas penyerang Polis Diraja Malaysia ( The Corp ).

Traore menjaringkan gol tunggal Kelantan ketika menumpaskan PDRM 1-0 dalam saingan terakhir liga Super pada 16 Feb lalu.

Berkaitan perlawanan dengan Sarawak Jumaat nanti di Stadium Sultan Muhammad lV, Piya berkata Kelantan tidak akan mengambil mudah kemampuan dan kehebatan Skuad Bujang Senang itu, walaupun Sarawak dilihat masih belum menemui rentak sepanjang 2 perlawanan lepas.

Namun kelebihan beraksi digelanggang sendiri perlu dimanafaatkan tanpa melakukan kesalahan.

Arsenal Tumpas - ( Liga Juara-Juara )

Barcelona Benam Arsenal Di Emirates.

Serba tidak menjadi, itulah yang boleh dikatakan apabila Arsenal tumpas 0-2 kepada Barcelona .

Arsene Wenger menjadi berang dan menyifatkan kekalahan berlaku akibat pemain gagal mengikut arahanya dan bermain seperti yang dirancang, menyebabkan mereka tewas apabila Lionel Messi berjaya menjaringkan 2 gol di Stadium Emirates semalam.

Messi memastikan kemenangan milik mutlak Barcelona apabila berjaya menjaringkan gol pada baki perlawanan hanya 6 minit sahaja lagi. Menerusi sepakan penalti.

Sekali lagi kami ditewaskan seperti menentang Monaco pada musim lepas, cara yang sama kami ditewaskan, sikap sambil lewa pemain amat mengecewakan kerana peluang yang ada dilepaskan begitu sahaja.


Pertahahanan Barcelona, Gerard Pique tidak akan beraksi dalam pertemuan kedua selepas dilayangkan kad kuning pada penghujung perlawanan..pemain itu dilihat berbincang dengan dengan jurulatih Luis Enrique di tepi padang, ini menimbulkan syak yang beliau sengaja ingin dikenakan penggantungan lebih awal agar dapat bermain pada suku akhir nanti.
Namun Enrique menafikannya, beliau berkata "Tidak, bukan sengaja. Jika anda melihat kekasaran yang dilakukannya, memang jelas dia sengaja melakukannya.

BERITA SUKAN SANA SINI DALAM DAN LUAR NEGARA: JDT Ratah Ayeyawady - AFC

BERITA SUKAN SANA SINI DALAM DAN LUAR NEGARA: JDT Ratah Ayeyawady - AFC

JDT Ratah Ayeyawady - AFC

Johor Darul Ta'zim Belasah Kelab Myanmar Aksi AFC

Kempen Piala AFC 2016 bermula dengan langkah kanan oleh JDT apabila membelasah Ayeyawady United 8-1 di Stadium Tan Sri Hasaan Yunos, Larkin malam tadi. JDT yang berada dalam kumpulan H bertindak garang bila wisel sepak mula dibunyikan oleh pengadil, apabila Safiq Rahim mencipta hatrik untuk gol pertama Harimau Selatan itu.

Kemenangan besar itu menyaksikan JDT kini telah menjaringkan 13 gol ke atas kelab wakil Myanmar itu selepas menumpaskan mereka dalam pusingan kedua musim lalu.

Penyerang yang baru dibawa masuk, Juan Martin Lucero turut menemui jaringan pertamanya sejak menyertai JDT apabila berjaya menjaringkan dua gol pada babak kedua, manakala Jorge Pareyra Diaz, Marcos Antonio dan Mohd Aidil Zafuan masing-masing berjaya menghasilkan satu gol dihadapan ribuan peminat setia JDT.

Namun begitu penyokong JDT dikejutkan oleh jaringan Thiha Zaw pada minit ke-7 selepas Safiq Rahim meletakkan tuan rumah dihadapan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas asakan namun kubu JDT seakan kental dan sukar digugat. JDT membalas serangan bertubi-tubi kearah gawang Ayeyawadi dan berjaya menghasilkan gol kedua. Dan selepas itu JDT dilihat menguasai permainan dengan satu gol lagi sebelum berhenti rehat separuh masa pertama.

JDT memulakan babak kedua perlawanan dengan lebih garang dan seakan belum puas dengan 3 gol. Safiq Rahjm sekali lagi menambah derita lawan bila menghasilakan gol ke-4 setelah 3 minit babak bermula.

Penguasaan JDT berterusan , Ayeyawady semakin kelam kabut. Lucero melengkapkan malam yang cukup hebat buat JDT bila berjaya menghasilkan 2 gol pada minit ke-82 dan 87 sebelum Mohd Aidil Zafuan menjaringkan gol ke-8 pada tambahan masa kecederaan.

24 February 2016

Dr Vida - Tidak Melampau

Teguran dibuat Dr Vida Viral

Saya tidak melampaui batas, kuasa untuk singkir jurulatih atau pemain bukan di tangan saya. Itu jawapan yang diberikan oleh Penasihat Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia(KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman terhadap reaksi penyokong - Penyokong Pamoga Qu Put
ih The Red Gaint.

Dr Vida turut menegur aksi aksi pemain import berusia 33 tahum ini lasr ni.

1. Saya tidak akan berhenti menegur.

2. Bukan sekadar jadi "payung ", Kafa.

3. Tegur prestasi penyerang import, Dramane Traore dan dianggap tidak berbisa.

4. Tegur Corak dan taktikal K.Devan, permaianan tidak agresif.

3 Mata Berharga Buat Red Giants

Tahniah Selangor aka The Red Giants

Tuah Selangor yang dinobatkan selaku Naib Juara Liga Super 2016 telah melayakan The Red Giants untuk ke pentas Piala AFC.

Meski pun baru kembalib ke pentas Piala Konfederasi Bola Sepak Asia ( AFC ) setelah terlepas saingan musim lalu, Selangor berjaya dengan aksi cukup memikat tampil dengan mengikat Ceres 2-2 ditempat lawan, Filipina.

Berada dalam kumpulan E, perlawanan berlangsung di Stadium Panaad menyaksikan juara Piala Malaysia 33 kali itu ketinggalan pada minitb ke-18 menerusi jaringan Stephan Schrock apabila bertindak merembak deras menewaskan penjaga gol Selangor, Nor azlan Razali.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan bangkit mengatur semula gerakan dan hasilnya mereka berjaya merapatkan jurang pada minit ke-16 hasil jaringan pemain import dari Argentina, Mauro Olivi.

Mohd Hafiz Kamal berjaya menjaringkan gol kedua dan meletakkan Selangor dihadapan, namun penyerang berbisa Ceres, Gallardo meranapkan impian Selangor apabila berjaya menanduk masuk gol penyamaan.

Le Tour De Langkawi - Astana Beri Amaran

Pasukan Astana Akan Beri Cabaran

Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-21 yang bermula hari ini menjanjikan persaingan sengit oleh 22 pasukan yang mengambil bahagian.

Tumpuan adalah kepada Astana Pro Team  apabila pasukan gergasi yang sudah banyak mencipta nama hadir dengan misi meraih kejuaraan individu keseluruhan menerusi Miguel Angel lopez dan Andrea Guardini.

Perlumbaan yang memang amat dinanti-nantikan dan keutamaan adalah peringkat keempat ipoh ke Tanah Rata, Genting Highlands. Rakan sepasukan akan memberi saingan dan berusaha keras. Tapi pada tiga peringkat awal fokus diperlukan agar jurang masa tidak jauh dan ketara untuk Guardini, ujar Lopez.

Pelumba-pelumba yang dijangka menjadi penghalang untuk Astana Pro Team meraih kejuaraan adalah pelumba yang pernah menafikan jersi Raja Pecut dimiliki Guardini iaitu Jakub Mareczko (Southeast) dan Matthew Goss (One Pro Cycling).

Tumpuan peminat dalam negara pastinya terarah kepada tiga pasukan iaitu Terengganu Cycling Team, skuad kebangsaan dan NSC-Mycron.

Edisi perlumbaan yang ke-21 LTdL kali ini membabitkan lapan peringkat perlumbaan dengan jarak sejauh 1,100 kilometer...

Jangan lupa jom ramai-ramai kita saksikan perlumbaan Basikal yang berprestij ini.