})();

14 November 2016

Datuk OKS Tak Kisah Di Kritik

Malaysia Menang 2-1 Perlawanan Persahabatan Menentang Papua New Guinea Persiapan Piala AFF

Sebelum perlawanan bermula jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee berkata yang dia sudah lali dengan pelbagai kritikan sejak awal tahun ini namun beliau meminta semua pihak supaya mengkritiknya selepas Harimau Malaysia menamatkan kempen Piala AFF tahun ini. Malaysia akan ke Yangon Rabu ini bagi memulakan kempen peringkat kumpulan ahad ini

Pertemuan petang tadi antara Malaysia menentang Papua New Guinea merupakan aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam dan merupakan peluang terbaik buat penyerang skuad kebangsaan mengasah taring .

Dalam perlawanan sebentar tadi aksi persembahan yang dipamerkan skuad negara sukar di ramal atas sebab faktor padang yang basah dan hujan lebat pada separuh masa kedua.

Senarai Line Up Malaysia Petang Tadi.

Penjaga Gol - Khairul

Pertahanan - Rizal, Sharul, Shahrom, Matthew

Tengah - Aidil Zaquan, Amri, Badrol, Irfan

Penyerang - Darren, Hazwan

Malaysia di barisi skuad muda yang turut di bantu skuad senior dan Badrul Baktiar di pertanggungjawab sebagai kapt pasukan. Manakala penyerang muda di beri kepercayaan oleh OKS iaitu Hazwan Bakri dan Darren Lok.

Menurut Hazwan Bakri sebelum perlawanan bermula, kemenangan ke atas Papua New Guinea penting untuk mereka mendapatkan semula keyakinan selepas tumpas kepada lawan yang sama 0-2 dalam aksi Jelajah Ocenia Jun lalu.

" Kita kalah sebelum ini dan hari ini kita tak nak kalah di tempat sendiri.

" Walaupun ini hanya perlawanan persahabatan tapi kita tak boleh ambil mudah. Selain mahu mendapatkan keputusan kita juga mahu membentuk keserasian dalam perlawanan," katanya.

Dalam tiga perlawanan terakhir Harimau Malaysia, anak buah Kim Swee tewas 0 - 3 kepada Indonesia dalam perlawanan persahabatan sebelum seri 0 - 0 dengan Singapura dan 1 - 1 menentang Afghanistan.

Kali terakhir Hazwan, 25, menjaringkan gol di pentas antarabangsa ketika membantu Malaysia mengalahkan Timor Leste 6 - 0 dalam aksi play-off Kelayakan Piala Asia Jun lalu.

Pemain Selangor itu meledak dua gol pada perlawanan pertama dan menyumbat satu gol lagi pada aksi timbal balik di Larkin.

" Kita kena fokus, bahagian serangan kena cari gol setiap perlawanan. Memang dari segi jaringan skuad kebangsaan tak memuaskan dan saya juga tidak berpuas hati dengan prestasi sendiri dan berharap mampu jaringkan gol,". kata Hazwan.

Pada perlawanan sebentar tadi Hazwan telah membuktikan apa yang beliau ingin kan menjadi kenyataan apabila berjaya menyumbat gol volley yang cantik hasil hantaran Darren pada minit ke-27 untuk gol pertama Malaysia. Manakala gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahya menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 apabila Darren dijatuhkan dalam kotak penalti lantas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil.

Gol Papua New Guinea dihasilkan pada minit ke-7 apabila berlaku kekecohan dan kesilapan "clearance ball" yang kurang kemas oleh pertahanan lantas berjaya di sambar oleh penyerang PNG lalu membuat rembatan kencang yang menyebabkan bola melantun ke gawang Malaysia yang gagal di tangkap penjaga gol Malaysia Mohd Khairul.

Tamat perlawanan kekal Malaysia 2 - 1 Papua New Guinea. Untuk maklumat Malaysia berada pada rangking FIFA ke-164 dan Papua New Guinea ke-159.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN UPTOWN DI SINI SEGERA

No comments:

Post a Comment