})();

05 August 2016

JDT Tergamam Di Bandaraya

Johor Darul Takzim Alami Mimpi Ngeri Di Pulau Pinang
Bertandang ke negeri makanan paling sedap di Asia iaitu Pulau Pinang membuatkan misi Johor Darul Takzim memungut tiga mata terbantut apabila berjaya diikat Pulau Pinang dengan 1-1 dalam aksi saingan Liga Super perlawanan keenambelas.
Harimau Kumbang berjaya menyekat hasrat JDT meraih mata yang mereka idamkan. Anak-anak buah Mario Gomez tampak cukup garang apabila bermula saja babak pertama mereka terus mengasak kekubu Pulau Pinang namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan lawan.
Fitri Omar dan Mafry Balang cukup kebal buat Juan Martin Lucero yang acap kali menyusup masuk ke kubu Pulau Pinang dalam usaha mencari gol awal . Kesilapan benteng pertahanan Pulau Pinang menyebabkan JDT di beri hadiah sepakan percuma yang berjaya menghasilkan gol melalui tandukan Pareyra Diaz pada minit ke-11.
Peluang terbaik buat Pulau Pinang hadir pada minit ke-42 namun tendangan lemah Jeong Seok Min pemain import dari Korea berjaya dinafikan oleh penjaga gawang JDT, Mohd Izham Tarmizi. Begitu juga tandukan Ranti Martin yang hanya sekadar singgah di palang gol sebelah kiri.
Bermula babak kedua perlawanan Pulau Pinang seolah-olah di beri tonik baru oleh Nenad Bacina apabila tanpa menunggu lama terus menggandakan asakkan ke arah gawang gol JDT. Melalui sepakan penjuru yang diambil oleh Mathias Cordoba yang ditepis penjaga gol JDT menyebabkan bola melantun betul-betul di hadapan Fitri Omar lalu melakukan "first timer" yang berjaya menghasilkan gol pertama buat tuan rumah.
Sokongan dan sorakan padu lebih 14,700 penyokong tuan rumah berjaya membuatkan jentera serangan Pulau Pinang melancarkan serangan bertali arus dan menjadikan JDT terkedu dan hilang idea walaupun saat-saat akhir Mario Gomez memasukan Safiq Rahim dan Amri Yahya dalam usaha mencari gol kemenangan.
Keputusan kekal 1-1 sehingga wisel penamat ditiupkan. Tahniah Harimau Kumbang berjaya mengikat Harimau Selatan.

No comments:

Post a Comment