})();

14 June 2016

EURO 2016 - Rusia Dan England Bakal Tersingkir Pada Saingan EURO

EURO 2016 Kemungkinan Besar Akan Menyingkirkan England Dan Rusia Jika Pergaduhan Masih Tercetus


Rusia kemungkinan besar akan hilang kelayakan Euro 2016 jika pergaduhan di Stade Velodrome kembali berulang yang telah mencemari perlawanan berprestij itu  semasa menentang England di Merseille. Eufa telah memberikan amaran keras kepada Persekutuan Bola Sepak Rusia. Namun penyerang Rusia, Artem Dzyuba dengan lantang menjawab bahawa peminat bola sepak England bukanlah malaikat dan mereka juga harus dipersalahkan pada apa yang telah berlaku.

Rusia juga dikatakan menyokong keganasan yang dilakukan oleh penyokong mereka. Dzyuba juga mengkritik media British yang menbuat liputan kejadian insiden kejadian di Marseille sebagai berat sebelah dan mendakwa ia bermotifkan politik dan bertujuan agar hak Rusia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dibatalkan.

Sementara itu jurulatih Rusia, Leonid Slutsky juga mengkritik tingkah laku "tidak beretika" peminat England dan adalah tidak adil untuk hanya menyalahkan Rusia.

Beliau berkata, "Kami tidak tahu apa yang berlaku di luar sana dan ini sudah pasti. Tetapi apabila lagu kebangsaan Rusia dimainkan semua orang mulai menjerit dan penyokong England seolah-olah tidak beretika sama sekali. Juga isyarat yang kami terima dari mereka yang cukup memalukan semasa menaiki bas dalam perjalanan ke stadium yang datangnya dari penyokong England.

"Lebih praktikal jika kita katakan penyokong seluruh dunia dalam jumlah yang ramai dan sama banyak. Terdapat diantara mereka yang datang ke stadium untuk menyokong pasukan mereka dalam pada itu terdapat juga yang datang dengan niat tidak baik untuk melakukan sesuatu yang terlarang."
Jawatankuasa Disiplin UEFA, telah memerintahkan Rusia di denda sebanyak €150.000 dan akan hilang kelayakan jika digantung sekiranya berlaku kejadian itu lagi dan tindakan serta-merta akan berkuatkuasa.

Slutsky berkata yang beliau amat pasti bahawa penyokong Rusia yang dikatakan bertindak ganas pada saat akhir perlawanan sabtu lepas akan lebih bersikap postif dan akan terus memberi sokongan kepada mereka pada baki perlawanan.

Beliau berkata,"Mereka telah menyokong kami dengan cukup bagus semasa perlawanan menentang England dan saya amat berharap mereka akan terus berbuat demikian dalam peringkat kumpulan dan permainan lain. Kami amat memerlukan sokongan anda semua tetapi ingin saya tegaskan sokongan padu dari anda juga perlu selaras dengan undang-undang yang telah ditetapkan."

Manakala England tidak dikenakan sebarang denda semasa kejadian di dalam stadium namun Uefa menyifatkannya ia sesuatu yang amat "memalukan dan menyampah" apabila peminat England yang terlibat dengan pergaduhan bersama penduduk tempatan dan polis di kawasan pelabuhan lama. Mereka juga bakal dikenakan tindakan di gantung sekiranya perkara sama berulang.




No comments:

Post a Comment