})();

26 May 2016

Skuad Pulau Pinang - Rombakan Besar-Besaran

Pengendali Baru Pulau Pinang Bakal Rombak Pemain Selepas Aidilfitri


Desas desus sebelum ini mengenai kedatangan Bojan Hodak kini sudah menjadi kenyataan setelah beliau menandatangani kontrak dengan skuad Harimau Kumbang itu sehingga habis musim Liga 2016.

Bojan Hodak yang di lantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Super Pulau Pinang bakal melakukan rombakan ke atas barisan pemain Pulau Pinang bagi menyelamatkan skuad itu dari tersingkir dari saingan Liga Super musim depan.

Pengalaman luas yang dimiliki bekas pengendali Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) Bojan Hodak berkata,  terdapat banyak kelemahan dalam pasukan Harimau Kumbang dan ini perlu diperbaiki segera untuk memastikan mereka terus relevan untuk memberi saingan pada baki Liga Super.

Bojan dan pengurus pasukan Pulau Pinang yang baharu, Nenad Bacina sudah memulakan perbincangan untuk mengenalpasti segala kelemahan sebelum rombakan dibuat selepas perayaan Aidilfitri.

"Buat masa ini semua pemain sedang berehat setelah mengharungi pusingan awal Liga Super dan kita lihat ramai pemain muda yang kurang berpengalaman. Adalah menjadi tugas kami memantapkan semula pasukan.

"Kita dalam proses menilai kesemua pemain dan perlu dilakukan dengan segera kerana pemain akan kembali berlatih sekitar Julai nanti," kata Bojan selepas perlantikanya dan Bacina di Wisma FAP semalam.

Sementara itu, Bacina pula berkata, pengurusan FAP harus di puji kerana bertindak pantas dalam usaha menyelamatkan The Panther yang beliau anggap masih berpeluang kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.

"Terima kasih buat Pulau Pinang dan saya amat berbangga dipilih sebagai pengurus dan kami akan pastikan yang Harimau Kumbang akan dapat terus memberi saingan kepada pasukan lain.
"Banyak perkara yang perlu saya teliti bersama Hodak dan kami akan berbincang secara mendalam dalam menentukan proses rombakan yang bakal dibuat," katanya.

Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, berkata dengan perlantikan Bojan Hodak dan Bacina beliau berharap agar Pulau Pinang akan lebih cemerlang dan mampu kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

"Jacksen F Tiago masih kita rehatkan, kita  tidak akan menyingkirkan dia kerana masih ada kontrak dan kita menghormati itu serta kedudukanya akan ditentukan selepas itu.
"Manzoor Azwira  pula yang memikul tugas Tiago sebelum ini akan kembali ke jawatan penolong ketua jurulatih," katanya.

Admin juga cukup berbangga dengan dengan kepantasan pengurusan skuad Harimau Kumbang yang bertindak segera dan mendengar keluh kesah peminat Pulau Pinang .

Kredit buat Datuk Seri Nazir Ariff kerana peka dengan situasi yang peminat mahukan dan ingin melihat kebangkitan semula The Panther. Komen dari peminat bukan bererti benci atau tidak sayangkan pasukan ....mereka tetap "Die Hard Fan" sampai bila-bila pun samada menang atau kalah. Sokongan padu yang tidak berbelah bahagi diberikan dulu kini dan selamanya.

Tahniah dan terima kasih juga saya sampaikan wakil dari penyokong Pulau Pinang kepada pemangku jurulatih sementara Manzoor Azwira yang mampu memberi saingan pada baki perlawanan yang boleh  kita banggakan apabila JDT gagal dalam misi mereka untuk menewaskan kita dengan mudah dan Felda United dikecewakan di laman mereka. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih buat FAP, Datuk Seri Nazir dan Coach Manzoor Azwira .

Tidak lupa juga buat Mamu Ajis yang meletakkan jawatan. Jasa mu akan kami kenang mamu dan tidak akan pernah pudar dalam ingatan kami penat lelah mamu dalam memartabatkan bolasepak Pulau Pinang dimata Malaysia. Terima kasih Mamu Ajis...





No comments:

Post a Comment