})();

24 May 2016

Kebanggaan Harimau Kumbang

S Kumaahran Bawa Cabaran Harimau Malaysia Sebagai Penyerang Anak Didik Pulau Pinang


Pemain muda Pulau Pinang yang bakal berusia 20 tahun dan merupakan ayam tambatan skuad Harimau Kumbang terpilih menggalas cabaran menyarung jersey Harimau Malaysia dalam misi play-off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Timor Leste di Larkin pada 2 dan 6 jun ini.

Walaupun masih muda dan dianggap mentah jika dibandingkan dengan penyerang tempatan yang lebih ternama seperti Safee Sali, Mat Yo atau pun Indra Putra Mahyuddin.

Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan yang cukup berani menyenaraikan S Kumaahran ternyata cukup hebat dan membuka peluang bagi anak kelahiran Pulau Mutiara itu membuktikan kemampuannya.

"Saya cukup terkejut apabila dipanggil kerana dibahagian serangan yang ada cuma saya, Hazwan Bakri dan Amri Yahyah.

"Kalau sebelum ini ada pemain senior seperti Mat Yo dan Safee Sali yang pasti tersenarai dalam skuad . Dengan ketiadaan mereka pastinya tugas memcari gol terpikul di bahu saya dan rakan penyerang lain.

"Apa pun saya akan cuba memberi yang terbaik untuk negara dan saya akan memberi persembahan terbaik semasa sesi latihan nanti untuk memikat hati jurulatih untuk diturunkan menentang Timor Leste," katanya yang melapur diri di Wisma FAM semalam.

Selain Kumaahran, seramai 14 pemain lagi melapur diri dan berbaki 10 pemain dari Johor Darul Ta'zim yang akan melapur diri selepas aksi pusingan kedua Piala AFC di Larkin.

Untuk memantapkan lagi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee, satu perlawanan persahabatan berstatus A akan diadakan di Yangoon bertemu skuad Myanmar sabtu ini.

"Bagi saya kami perlu menang dengan Myanmar untuk menaikan motivasi pasukan sebelum menentang Timor Leste. Jika kemenangan dapat diperolehi maka saya yakin laluan ke pusingan berikutnya mudah," katanya.

Sekiranya Malaysia menang ke atas Timor Leste, Malaysia akan terus layak ke peringkat saingan kumpulan kelayakan Piala Asia 2019 yang akan bermula pada 28 Mac 2017.

Akan tetapi, jika tewas, Malaysia masih berpeluang untuk layak ke peringkat kumpulan itu tetapi perlu memenangi perlawanan play-off 2 bertemu Taiwan atau Kemboja pada 6 September di Malaysia dan 11 Oktober di tempat lawan.





No comments:

Post a Comment