})();

15 May 2016

Indonesia Bebas Dari Penggantungan

Penggantungan Persekutuan Bola Sepak Indonesia Selesai Setelah Setahun


Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino memaklumkan yang mereka kini membebaskan Persekutuan bola sepak Indonesia dari penggantungan dan tamat semalam ekoran campur tangan kerajaan keatas persatuan itu hampir satu tahun.

Namun Kongres FIFA penggantungan Kuwait dan Benin masih berjalan ekoran masalah yang sama.
Infantino menyatakan perkara itu kepada delegasi Indonesia, salah pasaran bola sepak terbesar Asia, telah diambil pemantauan oleh Majlis FIFA selepas kerajaan Indonesia bersetuju untuk membatalkan perintah yang dianggap telah mencampuri urusan persekutuan bola sepak negara itu.

"Kerajaan Indonesia telah memaklumkan kepada kami bahawa perintah itu yang menyebabkan penggantungan kini telah ditarik balik serta merta,"kata Infantino.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) amat menyambut baik dan mengalu-alukan "kembali ke keluarga bola sepak Asia" tapi menentang keras sebarang campur tangan kerajaan dalam pengurusan sukan.

"Jawatankuasa Eksekutif AFC yang bermesyuarat menegaskan mengenai pendirian tetap majlis terhadap campur tangan oleh kerajaan dalam sukan amnya dan bola sepak khususnya amat ditentang.

"Merujuk mesyuarat mereka di Delhi pada November tahun lalu, Doha pada Januari dan Kuala Lumpur pada Mac, Jawatankuasa Eksekutif AFC di Mexico City menegaskan yang tiada ruang atau keperluan kerajaan campur tangan," kata AFC.

Persekutuan bola sepak Indonesia telah di gantung oleh FIFA pada Jun tahun lalu setelah berlaku pertelingkahan antara kerajaan Indonesia dengan PSSI dalam isu pasukan mana yang sepatutnya memasuki divisyen teratas liga tempatan.

Kerajaan Indonesia telah menggantung Persekutuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) selepas mereka engkar perintah arahan menggantung dua pasukan yang pemiliknya gagal mematuhi peraturan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Amaran keras berulang kali di beri FIFA agar cepat menyelesaikan pertelingkahan itu gagal di patuhi menyebabkan mereka di gantung dan tidak dapat menyertai kempen dwikelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.



No comments:

Post a Comment