})();

24 April 2016

Tekad Menang Malam Nanti Benam TTeam

Tidak rela tercicir dari saingan Piala Malaysia.




Tiga lagi baki perlawanan sebelum tamatnya pusingan pertama Liga Super, pasti menjadi misi yang cukup getir buat pengendali pasukan, Manzoor Azwira. Bukan sahaja memastikan sekurang-kurangnya di anak tangga ke-11 bagi layak ke saingan Piala Malaysianamun lawan yang ditemui pada aksi akan datang, bukan calang-calang pasukan.


Bermula dengan pasukan yang segar dengan kemenangan tiga kali berturut-turut, T-Team di Stadium Bandaraya pada Ahad ini, dua lagi lawan ialah dua pasukan teratas Liga Super, Johor DT dan Felda United.

Nyata ranjau penuh berduri perlu dilalui oleh anak-anak buah Manzoor bagi memastikan tidak tercicir ke saingan Piala Malaysia ketika Perak dan Pahang sudah perolehi sentuhan kemenangan. Keadaan di lihat begitu meruncing bagi Pulau Pinang dan ia pasti memberi tekanan buat Manzooor yang berkata misi utamanya buat masa ini adalah memastikan mereka layak ke Piala Malaysia.



Saya tidak mahu kami terlepas ke saingan Piala Malaysia, memang satu kerugian sangat jika pemain-pemain tidak beraksi dalam saingan paling berprestij itu. Sekarang bila tengok kedudukan kami tangga kedua terakhir, saya nampak kami tidak lagi boleh tercicir mata bila beraksi di tempat sendiri.

Pertemuan dengan T-Team, pasti akan menjadi aksi hidup mati pasukan dan kami tiada pilihan lain kecuali tiga mata jika tidak mahu terus keciciran dalam carta liga. Kami hormati prestasi lawan namun kami perlu fikirkan nasib kami dahulu, saya mahu pemain-pemain berjuang hingga keringat terakhir demi maruah Pulau Pinang,” katanya.


Dia berharap masalah ketumpulan serangan yang dialami oleh pasukan pada pertemuan dengan Selangor tidak lagi berulang.

Walaupun kuasai lebih banyak permainan serta mampu halang Patrick Ronaldinho dan Ahmad Hazwan Bakri, segalanya tidak bermakna apa-apa kerana gagal terjemahkan peluang ke dalam bentuk gol.

“Masalah kami yang ketara ialah di bahagian depan dan itu satu perkara yang membimbangkan kerana buat masa ini, kami tiada pemain yang konsisten untuk menjaringkan gol. Itu satu perkara serius yang perlu kami tangani pada pintu perpindahan pemain bulan Jun nanti dan buat masa ini, saya akan bergantung sepenuhnya pada pemain yang kita ada.
Harap penyerang tempatan serta Osas Saha dan pemain lain mampu meledak jaringan bagi membantu pasukan yang amat dahagakan tiga mata,” katanya.

Keputusan 4-1 dengan Pahang pada 16 Februari di Stadium Bandaraya menjadi satu-satunya kemenangan Pulau Pinang pada musim ini di Liga Super.
Harapan dan impian penyokong The Panthers inginkan kemenangan malam nanti.....admin doakan kita berjaya Insha Allah....aminnn

No comments:

Post a Comment