})();

04 April 2016

Superbike Sepanyol - Zulfahmi Garang

Zulfahmi Henjut Dengan Garangnya Dari Petak 17

Kecermerlangan Zulfahmi diteruskan lagi pada aksi saingan Superbike Dunia (WSBK) apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan pada pusingan ketiga di Aragon, Sepanyol, semalam.

Beraksi menerusi kelas Supersport, bermula di petak ke-17, menunggang dengan penuh keyakinan dan hebat hingga suatu ketika berada pada tempat kelima dan bersaing dengan kelompok depan yang rata-rata bekas jaguh pemotoran dunia.

Akibat cengkaman tayar yang semakin merosot pada penghujung saingan menyebabkan beliau terpaksa berpuas hati dengan tempat kelapan.

"Jika tidak kerana masalah tayar di hujung perlumbaan mungkin saya dapat meraih kedudukan yang lebih mantap dan baik", kata Zulfahmi.

Merupakan pelumba Orelac Racing yang bergiat cergas dalam sukan permotoran mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukanya kerana bertungkus lumus menyediakan sebuah jentera yang hebat buatnya.

"Segala pelarasan motor terbaik tapi kami perlu cari penyelesaian ianya berfungsi hingga ke penghujung dan tamat perlumbaan" katanya lagi.

Zulfahmi sebelum ini menduduki tempat ke-13 di Australia dan ketujuh di Buriram, Thailand.

No comments:

Post a Comment