})();

21 April 2016

Bola Sepak Pulau Pinang Terus Malang

Tumpas Mudah Walaupun Banyak Menyerang, Striker Buntu Tiada Idea


Pasukan Pulau Pinang yang baru kembali ke Liga Super tahun ini setelah lama tenggelam dari kancah persaingan dengan pasukan gergasi Liga Super terus mengalami nasib malang apabila tumpas mudah kepada Selangor pada saingan liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.
Berkunjung ke Selayang dengan misi sekurang-kurangnya membawa pulang tiga mata atau 1 mata sebenarnya tidak mampu merealisasikan impian ribuan peminat setia The Panthers itu apabila jaringan pemain import Selangor Mauro Olivi melalui sepakan percuma yang diambil mengelirukan penjaga gawang Pulau Pinang Sani Anuar Kamsani mencecah masuk di penjuru kiri.

Olivi yang sebelum ini di larang menyertai latihan akibat insiden pergaduhan yang dimulakanya selepas perlawanan dengan Felda United di bilik persalinan membuktikan yang beliau masih setia kepada The Red Giant apabila berjaya menyempurnakan sepakan percuma itu.

Gol awal itu ternyata menyuntikkan semangat Selangor untuk memburu gol kedua dengan serangan pantas ke kubu Pulau Pinang namun ketumpulan jentera serangan gagal menghasilkan gol tambahan.
Giliran penyerang muda Skuad Projek Sukan SEA 2017 S Kumaahran pula menguji keupayaan Khairul Azhan Khalid di depan gawang Selangor dengan tendangan kencang yang sedikit melewati palang gol pada minit ke-35.


Bermula babak kedua, Pulau Pinang lebih banyak mengatur serangan dan peluang hadir pada minit ke-56 apabila bola lorongan pemain import Osa Saha tepat singgah di kaki Rafiuddin Roddin namun kelewatan menolak ke pintu gol berjaya di bentes pertahanan Selangor.

Gerakkan solo Osa Saha mengelecek penjaga gol Selangor Khairul Azhan hampir-hampir menyamakan kedudukan namun kuisan kaki kanan beliau sedikit keluar ke tiang gol kiri .
Pulau Pinang tidak mampu mencipta sebarang gol kerana jentera serangan yang cukup tumpul dan langsung tiada idea bagaimana untuk menjaringkan gol. Hantaran-hantaran jauh pasukan Pulau Pinang mudah dipatahkan pemain pertahanan Selangor yang rata-rata tinggi lampai.
Faiz Subri selaku penyerang gagal bertindak dan sekadar pelengkap kesebelasan utama begitu juga dengan pemain import Osa Saha

Kekalahan kali keempat ini menyaksikan Pulau Pinang menjunam ke tangga kesebelas Liga hanya 6 mata dan Selangor melompat naik ke tangga ketiga dengan 14 mata.

Perlawanan Pulau Pinang seterusnya pada ahad 28 April menentang Terengganu FC II di Stadium Bandaraya dan Pulau Pinang perlu seri atau menang untuk mengelakan tersingkir dari saingan Piala Malaysia dengan berbaki 3 perlawanan . Semua perlawanan pertemuan dengan pasukan ranking teratas Liga Super iaitu Felda United Dan Johor Darul Ta'zim.

Admin merasakan Pulau Pinang perlu merombak semula barisan serangan dan digantikan dengan orang baru kerana selagi dikekalkan mereka yang ada sekarang amat sukar bagi Pulau Pinang melakar kemenangan dan Pulau harus terima hakikat kembali ke Liga Perdana musim depan jika masih gagal bertindak.


No comments:

Post a Comment