})();

02 April 2016

PKNS Ratah Sime Darby FC

PKNS Mara Ke-Separuh Akhir Piala FA Superpower Best 2016

Kemenangan 3-2 membenam Sime Darby FC malam tadi melayakan mereka mara ke separuh akhir Piala FA dengan aggregat 7-2 .

Selepas membelasah Sime Darby FC di Stadium Selayang 4-0 pada aksi saingan suku akhir pertama dan malam tadi berjaya menang dengan 3-2.

PKNS memperolehi gol awal pada minit ke-11 menerusi rembatan pemain import Argentina Gabriel Guerra yang menewaskan penjaga gol Sime Darby Redzuan Harun.

Berselang 6 minit mereka terus menggandakan asakan dan menambah derita pelawat dengan gol kedua sekaligus selesa dengan agregat 6-0.

Kelincahan bekas pemain pemain import Pulau Pinang musim lalu Lee Gill Hoon berjaya memberi satu gol buat PKNS pada minit ke-18.

Pertahanan Sime Darby dilihat seakan goyah dan tidak mampu menahan kubu pasir jerlus mereka apabila rembatan kencang Juan Cobelli berjaya menewaskan Redzuan buat kali ketiga.

Namun pemain pelawat Frederic Pooda berjaya mencuri satu gol pada minit ke-79 buat Sime Darby dan merapatkan jurang agregat 7-2 yang tidak memberi apa-apa makna dengan jaringan itu.

No comments:

Post a Comment